View: 2095|Reply: 0
|
Tip Jadi Seorang Ayah Muda Contoh Buat Anak-anak!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Tak salah menjadi seorang bapa pada usia yang muda, tetapi bagaimana untuk menjadi seorang ayah yang menjadi contoh teladan buat anak-anak yang sedang membesar.
Apa yang penting, bapa muda itu perlu sedar situasi yang sedang dihadapi dan juga memahami tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga.
Biarpun lazimnya ayah muda akan rasa tertekan dan tidak tahu bagaimana untuk menjadi bapa yang terbaik. Faktor luaran seperti masa, ekonomi dan juga tekanan kehidupan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi.
Berikut beberapa tip untuk menjadi seorang bapa muda yang terhebat :
1. Jadi Pendengar Yang Baik
Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya. Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu dan bapanya.
Maka peranan anda adalah menjadi seorang pendengar yang setia. Sentiasa melayan mereka bercakap dan menjawab segala pertanyaannya itu walaupun tidak masuk akal. Mereka akan sentiasa merasakan diri mereka terhibur dengan anda walaupun jawapan anda tidak logik.
2. Mendalami Dunia Anak-anak
Dalam usia anda memasuki 27 hingga 29 tahun, ada anak yang telah berumur empat tahun. Pada usia mereka ini, anda haruslah bersedia dijadikan sebagai ruang rujuk. Ruang rujuk ini bermaksud situasi anak-anak menganggap bapanya sebagai rakan sepermainan.
Maka pada usia anda 27 hingga 29 tahun ini, anda harus bersedia untuk menjadi kanak-kanak riang semula. Mungkin anda harus menemani anak bermain jongkang-jongket, buaian putar, menaiki kereta kuda muzik bersamanya di pusat membeli belah ataupun taman tema dan sebagainya.
3. Tidak Boleh Penat
Jangan berasa penat dengan kerja-kerja menjaga anak. Jangan menolak ajakan anak yang ingin ke tempat permainan walaupun pada waktu itu anda penat dengan aktiviti seharian dan baru balik ke rumah.
Bagi yang masih kecil, jangan berat hati untuk bangun di tengah malam semata-mata untuk membuat susu. Bila sudah jadi bapa, kena ingat semua itu merupakan tanggungjawab anda.
4. Sentiasa Memeluk Anak Anda
Kajian mendapati jiwa anak-anak kecil akan semakin positif sekiranya dia dipeluk setiap hari oleh orang tuanya. Anak-anak juga kurang jatuh sakit jika dipeluk dengan kasih sayang lebih daripada tiga kali setiap hari.
Emosi mereka juga lebih stabil. Kuasa pelukan ini terbukti apabila anak-anak yang dipeluk kurang menangis berbanding kurang dipeluk.
Tanggungjawab menjaga anak tidak harus terletak pada bahu ibu seorang sahaja, lebih-lebih lagi zaman sekarang kebanyakan isteri yang turut mencari rezeki bersama-sama membantu menambahkan pendapatan seisi keluarga, bukan seperti zaman dulu hanya bertugas sepenuhnya sebagai suri rumah tangga.
Jadi, si suami perlu memahami kepenatan yang dihadapi isteri yang ketika di rumah dengan kerja rumah yang berlambak selain menjaga anak.- CARI Infonet
sumber info: Pa&ma |
|
|
|
|
|
|
| |
|