CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SallyWho

Novel : Permainan Cinta

  [Copy link]
Post time 10-5-2016 04:49 PM | Show all posts
awanjingga replied at 10-5-2016 04:26 PM
bca kat atas nun..

kaler merah..peraturan untuk penulis..ke hapa tajuknya

wokeyyyy take note. terima kaseh atas info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 04:49 PM | Show all posts
SallyWho replied at 10-5-2016 04:47 PM
thankz mod. maksudnya lepas 3 kali untuk hari ni, minggu dpn plak sambung pon boleh kan. iolls tak ...

gape paling lama 3 hari dari tarikh last update

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 05:03 PM | Show all posts
Edited by SallyWho at 10-5-2016 05:11 PM

-BAB DUA-


Elyana Emirda masuk kedalam pejabat dengan muka masam. Dah dia pulak berjangkit dengan lelaki tadi, muka masam lebih dari cuka pon ye.


“ Selamatlah kau tu bos syarikat Megah Holding, Kalau tak memang tak pasal-pasal kau tu makan kasut aku tadi” Elyana Emirda membebel sorang-sorang sambil mengadap tingkap, cuba sejukkan hati sendiri sambil melihat taman yang berada disebalik tingkap pejabatnya itu. Panas hatinya masih tidak surut walaupun sudah berdiri di situ selama 30 minit.


“Cik El, bila masuk office? saya tak perasan pun” terdengar suara Farah Adila sedikit kuat di belakang Elyana Emirda.

“Ya ALLAH, kamu ni Farah terkejut saya” sahut Elyana Emirda sambil mengurut-gurut dadanya. Terperanjat betul.

“Tak reti nak ketuk ke pintu tu sebelum masuk” sambung Elyana Emirdadengan muka yang dikerutkan.

“Sorry Cik El, saya terlupa sebab saya terkejut tenguk Cik El ada dalam bilik ni”

“Ye lah dah lebih 30 minit saya dalam bilik ni. Mana kamu pergi masa saya lalu dekat meja kamu tak ada”

“Saya pergi bilik Cik Nadia hantar voucher untuk Claim Cik El bulan lepas punya” jelas Farah Adila kepada ketuanya itu dengan terperinci, takut dimarah oleh Elyana Emirda.  

“baru nak hantar. Bila saya nak dapat kalau baru awak hantar hari ni” tanya Elyana Emirda kepada Farah Adila dengan nada agak marah. Lepas satu-satu. Menarik kerusinya dan duduk menghadap kearah Farah sambil meneguk air mineral yang ada ditangannya.

“Eam, minggu lepas saya dah hantar tapi kene reject sebab bahagian akaun tak release ada masalah sikit” balas Farah Adilah. Elyana Emirda hanya mengangguk. “Eam, Cik El kenap aada masalah ke? Bukan patutnya lepas lunch baru Cik El masuk office semula?Macam mana meeting dengan Megah Holding?” Farah Adila bertanya dengan muka yang berkerut.

“Awak ni patut jadi wartawan tau, tanya satu-satu boleh” jawap Elyana Emirda dengan keluhan yang berat. “Meeting tu kalau boleh saya tak nak ingat langsung.” sambung Elyana Emirda lagi.

“kenapa?” tanya Farah Adila dengan mata yang dibesarkan. Farah Adila memang terkenal di pejabat Puncak Mega ni sebagai kaki penyebuk. Sampaikan kadang-kadang Elyana Emirda sendiri tidak tahan dengan perangai Farah Adilah itu.

“Buat sakit hati je ingatkan pasal tadi, saya tunggu dia 20 minit dapat jumpa dia 15 minit je. Jadi present saya dah rushing-rushing. Awak bayangkan lah present tu patutnya ambik masa dalam 45-50 minit jadi 15 minit sahaja. Mana sempat saya nak present sampai habis. Dia pulak buat muka keras je. Saya ni macam buat present dengan dinding je tau.Sakitnya hati!” Geram Elyana Emirda semakin membuak buak. Ingatkan muka Ariff Zafrill tu membuatkan dia rasa macam nak menjerit sahaja.

“Siapa?” Tanya Farah Adilah setelahlama mendengar Elyana Emirda membebel. Susah untuk Farah Adila faham cerita sebenar sebab Elyana Emirda bercakap dengan laju. Itu memang sudah menjadi habit Elyana Emirda sekiranya sedang marah. Akan bercakap dengan laju untuk melepaskan geram dihati.

“Eh, Kamu ni dari tadi saya cerita boleh lagi tanya siapa?” tinggi suara Elyana Emirda “Boss Megah Holdingla, siapa lagi yang saya jumpa tadi.” Elyana Emirda memandang  Farah Adilah dengan geram.

“Cik El, jangan lah marah saya. Bukan saya yang buat salah” sambil menarik kerusi dan duduk dengan cepat,penat agaknya dari tadi bediri sahaja.

“Tak adalah saya tengah geram ni” sambil tangan Elyana Emirda menconteng-conteng kertas yang ada diatas meja kerjanya itu.

“Macam pelik je En. Ariff tu, tak ada perasaan ke. Selalunya kalau lelaki yang meeting dengan Cik El mestinak lama-lama. Yelah Cik EL kan pandai mengayat, cantik pulak tu.” sambiltersengih-sengih.

“Amboi kamu ni, saya mengayat pon sebab nak dapatkan projek bukan nak mengatal kalau saya tak mengayat kamu ingat ada ke projek nak masuk” Jelas Elyana Emirda kepada Farah Adilah dengan tegas supaya tidak dipandang rendah oleh pembantunya itu.

“Saya gurau je lah Cik El, saya tahu Cik El macam mana. Tak kan nak mengatal pulak kan” ujur FarahA dilah sambil ketawa untuk sejuk kan semula hati Elyana Emirda. “nak kopi? saya buatkan” sambung Farah Adilah untuk meredakan keadaan.

“Boleh! Buatkan coffee ice. Lapar la pulak.” Tersenyum. Senang betul ..

Farah Adilah dah tahu macammana nak sejukkan hati bos nya itu.

“Ok!” sambil melangkah keluar, sambil tersenyum-senyum. Orang lapar cari makanan tapi lain dengan bosnya itu, Elyana Emirda lapar cari kopi. Diet kononnya. ‘Fakta negara mana la dia ni pakai’.

Setelah Farah Adilah sudah hilang dari pandangannya, Elyana Emirda mengadap PC yang ada didepannya dan membaca email yang ada didalam Inbox, dan membalas email yang patut.


Farah Adila masuk dan meletak mug yang berisi kopi ais di atas meja, Elyana Emirda megangkat kepalanya dan tersenyum tanda terima kasih kepada Elyana Emirda.

“Farah, surat untuk pejabat tanah tu saya dah tengok so dah boleh hantar tapi kamu kene cc ke dato’ juga ye”

“Baik, Cik El” Farah Adila melangkah ke pintu tapi terhenti.

“ Saya nak pergi Lunch, Cik El nak ikut sama?”tanya Farah Adila “Eam, tak nak lah saya dah ada ni” sambil mengangkat mug yangada di hadapanya itu.
            
Tepat jam 4.00 petang Elyana Emirda sudah siap-siap untuk keluar dari pejabatnya. Perutnya sudah berbunyi minta di isi. Sepatutnya Elyana Emirda mempunyai site visit hari ini, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca tidak begitu bagus. Dari jam 2.00 tadi hujan dengan lebat.

“Farah, saya dah nak keluara nyting call saya lah” pesannya kepada pembantunya itu setelah sampai dihadapan meja kerja Farah Adilah. “OK, boss” jawap Farah Adila dengan senyum yang meleret. Elyana Emirda sudah merangka-rangka untuk singgah ke kedai roti dibawah pejabatnya sahaja sebelum balik terus ke condonya di Cheras.


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 05:05 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 10-5-2016 04:42 PM
untuk perhatian TT Peraturan Baru

opppssssssssssssssss
mana ada sesat..ajaran bener belaka

hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 05:11 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 10-5-2016 04:49 PM
gape paling lama 3 hari dari tarikh last update

okey mod. dah paham dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 06:07 PM | Show all posts
Sekius me TT...

I think la.... I think think kan, the correct words / sentence / grammar is

"So, make it fast."

“Saya Ariff Zafrill” suaranya mendatar sahaja. “Saya ada masa dalam 15 minit sahaja nak dengarpresentation ini, so making fast” sambung Ariff Zafrill sambil memandang Elyana Emirda dengan hujung matanya.

Jgn hencap iols yg tetiba fefeeling grammar police...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-5-2016 08:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 10-5-2016 06:07 PM
Sekius me TT...

I think la.... I think think kan, the correct words / sentence / grammar is

Okey nanti sy betul kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:30 PM | Show all posts
wah ada cerita baru...
makin meriah bod ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 07:21 AM | Show all posts
sakura_ungu replied at 10-5-2016 04:22 PM
nok...novel aku nama biasa je

link plis noks.. boleh aku baca..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:49 AM | Show all posts
ais_kosong replied at 11-5-2016 07:21 AM
link plis noks.. boleh aku baca..

nok sini

sori TT..aku g letak link kat tanah orang plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 05:12 PM | Show all posts
Edited by SallyWho at 11-5-2016 05:17 PM

-BAB TIGA-


Tepat pukul 5.oo petang AriffZafril terus keluar dari pejabatnya dengan muka yang sangat letih. Sudah 2 hariAriff tidak pulang kerumahnya kerana perlu menyiapkan semua kerja-kerja sebelum berangkat ke Jepun selama 5 hari.


Ariff merasakan seluruh badannya seperti mahu tercabut, hendak memandu pulang pun sudah tidak mampu. Apa tidaknya orang lain tidur elok diatas katil dan beralaskan tilam yang empuk, dia pula hanya sempatlelap untuk 2 jam diatas sofa didalam pejabatnya.


Kalau ikutkan hatinya tidak perlu ke sana hanya untuk melihat material. Dia boleh arahkan pekerja bawahannya yang uruskan tetapi atas arahan abang sulungnya yang juga merangkap CEO di syarikat itu, apakan daya.


Sangat tidak berpuas hati dengan abangnya itu, walaupun sudah diberi tahu tidak sempat untuk menghadirimana-mana musyuarat atau berjumpa dengan pembekal dan pengusaha kerana perlumenyiapkan semua kerja, abang sulungnya itu tetap mendesak.


Akibatnya sepanjang perjumpaan dia tidak dapat tumpukan perhatian, dikepalanya hanya untuk siapkan semua kerjanya yang menanti diatas meja kerjanya. Sudah seperti zombie Ariff Zafril sepanjang hari ini.


Ariff Zafril memandu keretanya dengan pelahan kearah Bukit Kiara. Perjalananya yang sepatut itu hanya 30minit, menjadi lama kerana kesesakan lalu lintas.


“Kenapalah, aku keluar time-time macam ni” Menyesal dengan tindakan sendiri. Tengah Ariff lekamendengar lagu dari DVD yang memang sentiasa terpasang didalam keretanya itu,Telephone bimbitnya berbunyi.


“Helo” Ariff menjawap dengan suara yang agak kasar.


“Amboi, kau dah kenape. Datang bulan ke?” kedengaran suara kawannya Firdaus pun dikuatkan.


“Sorrylah, aku tengah penat kau call buat apa?” Suaranya Ariff sudah sedikit perlahan. Tetapi tetap kedegaran marah.


“Memang aku tahu pon kau tangah penatkan, kau buat ape sampai penat sangat ni kau pergi jumpa Dania eh?”Tetap hendak melawak dengan kawannya itu. Harap-harap sejuk sikit hati kawannya itu selepas dengar nama kekasih hati.


“Aku kerjalah. Dah dua hariaku tak tidur ni” Balas Ariff. Matanya melihat kehadapan. Cuba tumpukan perhatian dengan kereta dihadapan.
“hai, Anak orang kaya macam kau pon kena kumpul duit nak kawin ke?” Suara Firdaus kepelikkan.


“Banyaklah kau, aku kene pergi Jepun esok tu yang abang aku suruh siapkan semua kerja. Kalau tak abang aku suruh aku angkut semua kerja-kerja aku tu pergi Jepun jugak. Tak nak aku” Jawap Ariff dengan panjang lebar kepada Firdaus yang sudah ketawa mengejek. “Jap, kau call aku ni pasal ape? Malas aku nak layan kau ni lah” Sambung Ariff keranabengang mendengar kawannya itu mengetawakannya itu.


“Tak, aku call kau ni nak ajak pergi minum. Jom malam ni!” Balas Firdaus.


“Sorry, aku betul-betul tak larat ni. Aku nak balik tidur, esok pagi-pagi aku dah nak kene pergi airport.Minggu depan je lah, lepas aku balik nanti” Ariff memberi cadangan, harap-harap kawannya paham.  


“kejap pun tak boleh ke bro?”Firdaus cuba untuk mendesak. “Yelah yelah, macam perempuan tau kau ni asik nak sentap je. Aku bukan ape, Kamal kan dah balik Malaysia. Itu yang dia ajaklepak, rindu katanya.” Firdaus terus bercakap selepas Ariff hanya memdiamkan diri.


“Aku macam perempuan? Kau tu macam mak nenek tak tahu pulak” Bidas Ariff Zafril.


Setelah beberapa minit berbual bersama Firdaus. Kereta Ariff sudah sampai kedalam perkarangan rumahnya. Ariffkeluar dari kereta dan terus masuk kedalam rumah.


“Ariff, baru balik?”


Baru Ariff mahu melangkah naikke biliknya, Datin Mila menegur anak keduanya itu. Ariff memandang kearah Datin Mila.


“Mama” Sambil melangkah ke arahDatin Mila yang sedang berada di ruang tamu.


“Baru nak balik, mana kamu pergi?” Datin Mila sudah mahu memulakan ceramah.


“Ma, Ariff penat ni. Ariff naik dulu lah ye” Ariff sudah memalingkan badannya untuk ke atas.


“Ha, mama cakap bukan nak dengar. Kamu pergi mana 2 malam kamu tak balik?” Datin Mila sudah bangun dari sofa dan mengikut Ariff naik ke atas.


“Kerja ma, abang tu buat Ariffni macam pekerja bawahan je” Cuba mendapatkan simpati dari Mamanya itu.


“Abang Long buat ape pulak,kamu dengan Abang Long tu asik lah nak bergaduh. Cuba bawak bincang.” Datin Mila sudah tahu macam mana kelakuan anak-anaknya. Hanya bergaduh mulut sahaja,belum pernah lagi mereka bergaduh sampai angkat-angkat tangan. “Kalau kamu tu sebuk, Along Long kamu tu lagilah. Terkejar-kejar mama tenguk” Cuba mempertahankan anak sulungnya pula.


“Mama, asik menangkan Abang je”semakin penat hendak melawan cakap dengan mamanya itu. Pintu biliknya dibuka dan terus melangkah kearah katil. Hanya itu matlamatnya hari ini. Tidur.


“Bukan. Siapa yang betul dia lah yang mama menangkan” melihat anaknya itu terus baring diatas katil. “Haih, mandi dulu lepas tu solat. Terus nak baring pulak” terus menarik-narik tangan Ariff.


“Penatlah” balas Ariff.


“Penat pun pergi solat dulu,nanti dah baring mesti kamu tertidur. Dah bangun!” Menarik tangan Ariff, Ariff tetap tidak berganjak. “Mama keluar dulu, Ariff bangun lah ni” matanya sudah terpejam.


“Eee, mata dah pejam tu..”belum sempat Datin Mila sempat sambung bebelannya Ariff bangun terus pergi kebilik air.


“Nak mandilah ni, ke mama nak mandikan Ariff” saja mahu menyakat mamanya itu.


“Budak ni kan, mama tengah cakap! Kalau nak orang mandikan kawin cepat-cepat, mama ni dah tak larat nakmandikan kamu tu.” Ketawa sambung menyakat Ariff.


Selepas mandi dan solat maghrib, Ariff terus tidur tak berkutik.


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 05:30 PM | Show all posts
SallyWho replied at 11-5-2016 05:12 PM
-BAB TIGA-

Tepat pukul 5.oo petang AriffZafril terus keluar dari pejabatnya dengan muka yang san ...

patut ler mcm patung masa meeting td... kepenatan rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-5-2016 05:30 PM
patut ler mcm patung masa meeting td... kepenatan rupanya...

Kan..tak pasal2 el mengamuk.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 08:40 AM | Show all posts
SallyWho replied at 11-5-2016 07:28 PM
Kan..tak pasal2 el mengamuk.. Hahaha

kesian dia keletihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 09:34 AM | Show all posts
Edited by SallyWho at 14-5-2016 09:44 AM

-BAB 4-


Tengah Hari  itu Elyana Emirda singgah di kedai kopi kegemarannya iaitu Starbucks untuk mencari kopi sejuk untuk legakan tekak dan perutnya lapar. Pagi tadi Elyana Emirda  terus pergi ke tapak projek untuk melihat-lihat kerja yang sedang dilakukan di sana. Dipesan juga sebiji currypuff untuk mengalas perutnya untuk tengah hari tersebut. Sementara Elyana Emirda menunggu pesanannya siap Elyana Emirda hanya berdiri di tepi kuanter untuk membuat pesanan dan pembayaran.


            Elyana Emirda memandang-mandang disekeling kedai tersebut saja untuk cuci mata, Agak ramai orang hari ini hampir kesemua meja sudah penuh.

            Tiba-tiba mata Elyana Emirda terhenti di salah satu meja yang berada disudut kedai tersebut. Terdapat 3 orang lelaki sedang bergelak ketawa entah apa yang lucu pun tak tahu. Tetapi yang lebih menarik perhatian Elyana Emirda adalah kepada seorang lelaki yang memakai kemeja hijau cair. Salah seorang yang ada di meja tersebut. Elyana Emirda seperti kenal  lelaki tersebut. macam Ariff Zafrill tapi macam bukan sebab lelaki tu ketawa dan tersenyum bukan seperti lelaki yang pernah Elyana Emirda jumpa beberapa hari yang lepas. Ariff Zafrill seorang yang kaku dan dingin. Melihat lelaki itu ketawa, membuatkan Elyana Emirda  turut tersenyum dan ketawa.


‘hehehe..comelnya dia ketawa. Senyum dia pon manis je bukan macam Ariff Zafrill yang aku jumpa hari tu.Kerek.’ Getus Elyana Emirda didalam hati.


“Miss?” pekerja di kuanter tersebut kepelikan. Melihat Elyana Emirda ketawa sendirian dan tak memberi responde ketika dia memanggil Elyana Emirda.


“Ah?” Elyana Emirda memandang pekerja restorant yang berada dihadapannya.



“Cik, Okey ke?” ulang pekerja tersebut. “Okey!, Thanks” Elyana Emirda mengambil air dan Currypuff yang berada dihadapannya dan terus melangkah keluar dari kedai tersebut. ‘Aduh malunya, janganlah Lelaki tadi nampak’


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 09:37 AM | Show all posts
Edited by SallyWho at 14-5-2016 09:46 AM

Sambungan BAB 4  Part 1:


        Sampai sahaja Elyana Emirdadidalam biliknya, Elyana Emirda terus membuat kerja yang tertangguh semalam.  Sudah menjadi kebiasaan Elyana Emirda makan sambil membuat kerja. Tak perlu buang masa, dua dalam satu. Kerja siap perut pun kenyang.


        Kepala Elyana Emirda mendungak apabila terdengar ketukan di pintu yang terbuka. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat gerangan yang berada dihadapannya.


“Asssalamuaikum” ucap lelaki tersebut.


“Waalaikumussalam, masuklah yang You tercegat kat depan pintu tu buat apa?” balas Elyana Emirda dengan senyuman yang semakin mekar.


“Sebuk ke?”  tenang Amar Hakimi melangkah dan duduk di kerusi yang terdapat dihadapan meja kerja Elyana Emirda. Amar Hakimi memandang wanita dihadapannya itu. Wanita yang telah membuatkan perasaan lelakinya bergelora.


“Agaklah, I tengah buat Report untuk projek kat Shah Alamtu” Elyana Emirda memandang lelaki dihadapannya itu.


“Dah pukul 12.30pm ni. Tak keluar lunch ke?” Sambung Elyana Emirda kepada Amar Hakimi. “sebab tu I datang bilik You ni, Jom pergi lunch” Ajak Amar Hakimi dan terus bangun dari kerusi yang didudukinya tadi.


“Alamak You, Sorry I baru je makan tadi kenyang lagi” Elyana Emirda turut bangun tapi tidak melangkah hanya berdiri disebalik mejanya.
Amar Hakimi menoleh dan memandang Elyana Emirda dengan kepelikkan “Tadi You makan  breakfast, ni I ajak untuk Lunch la” jelas Amar Hakimi kepada Elyana Emirda.


“Masaalahnya I baru abis makan10 minit tadi la, lain kali lah ye” Elyana Emirda cuba mengelak, supaya diadapat selesaikan kerjanya. Selagi kerjanya tidak beres, hatinya tidak akan senang.


“Betul ni?” Tanya Amar “Betul, lain kali ye. I janji.” Elyana mengangkat tangan tanda berjanji.


“Yelah, I pergi dulu. You kena ingat yang you dah hutang I banyak lunch and dinner tau” Amar membalas sambil terus berjalan ke arah pintu. Elyana hanya tersenyum. Susah jugak dah berjanji ni.


“I tau lah, nanti I bayar balik semua lunch and dinner you tu” sengaja menbuat suara mengajuk.


“I bukan nak duit you tu. I nak makan dengan you. Berdua je” balas Amar.


“Okey okey, nanti kalau I freeI bagi tahu” cuba mengalah. Kalau Amar masih tercegat depan pintu. Bila dia boleh siapkan kerja.


“Eam, I pergi dulu lah. Bye” Amar terus menutup pintu sebelum sempat Elyana membalas apa-apa.

Aik, mengajuk pulak. Lantak lah labu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2016 09:39 AM | Show all posts
Edited by SallyWho at 14-5-2016 09:48 AM

Sambungan BAB 4 part 2 :


Selepas beberapa minit Amar Hakimi meninggalkan bilik Elyana Emirda datang Farah Adilah untuk menyampaikan pesanan yang baru kepada Elyana Emirda untuk hari ini.


“Cik El, tadi Megah Holding call. Esok dia suruh Cik El pergi Office mereka”


“Untuk apa, hari tu saya pergi macam nak tak nak je dengar” keluh Elyana Emirda kepada pembantunya. Kalau boleh memang sudah tak mahu berurusan apa-apa dengan Syarikat Megah Holding itu, setelah apa yang berlaku tempoh hari. Tetapi Megah Holding antara Syarikat yang diberikan cadangan oleh majikannya iaitu Dato’ Azahar untuk Elyana Emirda dapatkan projek dari mereka.


“Esok, pukul berapa?” tanyaElyana Emirda setelah diam untuk beberapa minit. Farah Adila sudah beragak-agak untuk kembali semula ke meja kerjanya kerana Elyana Emirda tidak memberiapa-apa respond dengan kata-katanya tadi.


“Pukul 10 pagi Cik El” Jawap Farah Adila setelah melihat buku ditangannya.


“Okey, tapi bukan esok Dato’Azahar nak jumpa semua staff ke?” Elyana Emirda baru teringat dengan jadualnya esok yang ditandakan di orgenaizer yang terdapat di mejanya.


“Oh, perjumpaan dengan Dato’ tu Cik El tak payah pergilah nanti kalau ada apa-apa saya inform Cik El” Farah Adila berkata sambil menulis sesuatu di dalam bukunya.


“Boleh ke?” Elyana Emirda kepelikkan. “bukan ke, selalunya Dato Azahar akan suruh semua staff berkumpul baru boleh pergi mana-mana oppoiment atau kerja-kerja yang lain.”


“Boleh, tadi Dato’ Azahar dah bagi tahu. Briefing tu siapa yang tak sempat boleh escape.” Jelas Farah Adila kepada Elyana Emirda. “Peliknya” Farah Adilah menyambung kata-katanya tadi dengan suara kehairanan.


“Maybe tak ada yang penting dia nak bagi tahu kot. Briefing biasa je” jawap Elyana Emirda sambil memandang computernya dan sebagai isyarat kepada Farah Adila untuk tinggalkan biliknya itu.



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp tt sambung lagi ye..n jgn biarkan rumah bersarang lama2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 09:35 AM | Show all posts
sambung ye tt....best jugak cite ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 09:38 AM | Show all posts
kenapa tak sampai 10 post lagi? Last update 14/5/2016 sehingga kini tidak ada update terbaru?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.076476 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list