Bila bercerita mengenai air terjun tertinggi dan paling mempersonakan di dunia, pasti ada yang akan mengatakan Niagara Falls yang terletak di Kanada adalah air terjun yang dimaksudkan.
Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bahawa Angel Falls yang terletak di Canaima National Park, Venezuela merupakan air terjun tertinggi di dunia dengan tingginya mencapai 979 meter. Sebaliknya, Niagara Falls hanya mempunyai ketinggian 52 meter sahaja.
Mengikut sejarah, Angel Falls ditemukan oleh Jimmy Angel, seorang juruterbang Amerika, pada tahun 1937. Kerana itu air terjun ini diberi nama Angel Falls sempena nama juruterbang itu.
Jom kita layan gambar-gambar keindahan Angel falls ini.. Cantik seindah namanya, harap-harap kalau ada rezeki boleh lah berkunjung ke sini suatu hari nanti. - CARI Infonet.