CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6537|Reply: 57

Islam dan sekularisme

[Copy link]
Post time 13-5-2016 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 13-5-2016 08:48 PM

Islam Tolak Sekularisasi

Ditulis oleh Md. Asham B. Ahmad. Posted in Utusan Malaysia



Dalam masyarakat Barat, agama telah semakin hilang peranannya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, dan kalau ada pun sedikit peranannya kini ia dihadkan kepada kehidupan peribadi (private sphere) semata-mata, dan tidak boleh dipaksakan ke atas orang lain. Untuk menjamin itu berlaku, maka tempat awam (public spaces) dan jawatan awam hendaklah dipastikan bebas dari pengaruh agama. Maka seringkali kita dapati  timbul kontroversi dan bantahan terhadap apa yang dianggap campurtangan kerajaan dalam perkara-perkara yang dianggap sebagai hak peribadi, seperti amalan keagamaan dan akhlak, LGBT, homoseksualiti, perkahwinan sejenis, dan pendidikan agama di sekolah kerajaan. Negara sekular adalah negara yang memisahkan negara dari gereja. Maka ia hendaklah mengambil pendirian rasional dan humanistik dalam membuat dasar dan tindakan, serta tidak cenderung kepada sebarang agama yang tertentu, walaupun pada masa yang sama ia menjamin kebebasan mengamalkan sebarang agama. Itulah yang dipercayai oleh sesetengah pemikir sebagai jalan terbaik ke hadapan bagi sesebuah negara yang memiliki kepelbagaian budaya (multicultural society) dan agama, dan dalam dunia tanpa sempadan.      






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2016 08:46 PM | Show all posts
Kaum Muslimin juga tidak terkecuali dari dilanda oleh arus sekularisasi ini sehingga ia menimbulkan berbagai-bagai masalah dan konflik di kalangan mereka. Walaupun masalah yang dihadapi itu mungkin tidak sama dengan apa yang dihadapi di Barat, apa yang pasti adalah kekeliruan yang telah ditimbulkan olehnya. Maka sayugialah kita kenali dengan benar hakikat Islam dan sifat masyarakat Islam agar dapat dibuat perbandingan dengan sifat-sifat Kebudayaan Barat yang telah mencetuskan masalah sekularisasi itu, dan memahami apakah akibatnya apabila ia diterima sebagai asas hidup bermasyarakat dan bernegara, sistem pendidikan dan akhlak, pembangunan sosio-ekonomi dan kebudayaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2016 08:47 PM | Show all posts
Sekularisasi adalah suatu proses yang pada akhirnya membawa kepada ‘terhapusnya dari akal dan bahasa kawalan agama dan metafizik’. Proses inilah yang telah dialami oleh Kebudayaan dan Tamadun Barat dalam sejarahnya. Dan inilah yang membawa kepada Teori Sekularisasi dalam sosiologi yang mengatakan bahawa dengan kedatangan zaman moden agama semakin berundur ke belakang. Menurut teori ini, selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, asas-asas kepada pemikiran keagamaan seperti Tuhan, ruh, dan perkara-perkara ghaib sudah tidak lagi diterima, diragui, atau dipandang dengan rasa curiga. Lama-kelamaan agama akan kehilangan makna dan ditinggalkan
Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa sekularisasi itu adalah suatu agenda falsafah dan ideologi yang bermatlamat menghapuskan dasar-dasar agama, dengan menafikan makna-makna keruhanian dari alam semesta, menolak peranan agama dalam kehidupan politik dan kemasyarakatan, dan menisbikan kebenaran dan nilai dalam fikiran dan perbuatan manusia. Dalam masyarakat Barat sekularisasi itu kini sudah dianggap sebagai nasib sejarah yang tidak dapat dielakkan lagi. Bahkan para pemikir dan ahli teologi Kristian sendiri turut memberikan justifikasi terhadap sekularisasi itu dengan mengatakan bahawa ia adalah berakar umbikan ajaran kitab Injil sendiri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2016 08:47 PM | Show all posts
Tidak seperti Barat, yang dalam pengalaman sejarah keagamaannya melihat dunia secara terpisah dari akhirat, Islam tidak pernah memisahkan dunia dari akhirat, dan tidak memandang hina kepada kehidupan duniawi. Maka dalam Islam tiada istilah yang boleh membawa maksud yang sama. Istilah yang terdekat adalah al-hayat al-dunya yang bererti ‘kehidupan duniawi’ seperti yang disebut dalam al-Qur’an. Perkataan dunya, dari katadana yang bererti sesuatu yang dibawa dekat, dan ia bermaksud bahawa dunia dan kehidupan dunia itu amat dekat dan kuat mempengaruhi kesedaran kebanyakan manusia sehingga mereka lupa kepada nasib terakhir, iaitu akhirat. Oleh sebab itu al-Qur’an berulangkali memberi amaran perihal kehidupan dunia.[1] Akan tetapi itu tidak pula bermakna dunia itu sendiri dipandang hina seperti mana yang dikandung dalam kata secular. Sebaliknya dunia dan alam ini adalah adalah merupakan tanda-tanda (ayat) Allah yang dibawa dekat kepada kita agar kita mengenali Penciptanya. Jika demikianlah tujuan dan sifat dunia, maka tidak mungkin ianya sesuatu yang hina. Walaupun demikian, dunia dan kehidupan duniawi itu ada penamatnya. Maka pembangunan duniawi hanyalah bermakna apabila ia diikat dengan matlamat akhir, dan matlamat akhir itu adalah tidak lain dari kejayaan yang datang selepasnya, yakni di akhirat. Demikianlah rapatnya hubungan dunia-akhirat dalam pemikiran dan kesedaran Kaum Muslimin. Oleh yang demikian maka masalah pertentangan negara Islam-negara sekular tidak sepatutnya timbul atau ditimbulkan. Apabila ianya ditimbulkan juga maka ia bermaksud bahawa Kaum Muslimin sudah keliru tentang hakikat dan sifat agamanya sendiri sehinggakan mereka telah mempermasalahkan apa yang tidak sepatutnya menjadi masalah.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:29 AM | Show all posts
sekularisme itu adalah orang islam itu sendiri.

yang memisahkan antara dunia dan akhirat...

syok sangat kejar yang apa dinamakan sbg akhirat sehingga melepaskan kepentingan dunia..

hingga akhirnya lemah hina ditindas dan ketinggalan dalam pelbagai bidang ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 04:26 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 13-5-2016 08:47 PM
Tidak seperti Barat, yang dalam pengalaman sejarah keagamaannya melihat dunia secara terpisah dari a ...
salam

good article ..

Maka pembangunan duniawi hanyalah bermakna apabila ia diikat dengan matlamat akhir, dan matlamat akhir itu adalah tidak lain dari kejayaan yang datang selepasnya, yakni di akhirat. Demikianlah rapatnya hubungan dunia-akhirat dalam pemikiran dan kesedaran Kaum Muslimin. Oleh yang demikian maka masalah pertentangan negara Islam-negara sekular tidak sepatutnya timbul atau ditimbulkan. Apabila ianya ditimbulkan juga maka ia bermaksud bahawa Kaum Muslimin sudah keliru tentang hakikat dan sifat agamanya sendiri sehinggakan mereka telah mempermasalahkan apa yang tidak sepatutnya menjadi masalah.
hrrmm ..
  • Adil dari sudut pengisian jiwa
  • Adil imbangi ilmu duniawi dan ukhrawi
  • Adil dalam membantu orang sekeliling
Keadilan dalam Islam amat luas dan mendalam.
Antara tiga perkara adil yang dapat d'semai dalam kehidupan ialah:

1. Adil dari sudut pengisian jiwa
Kita perlu berlaku adil kepada diri kita.
Jiwa yang berdepan dengan pelbagai tekanan harian perlu d'tenangkan.
D'sinilah perlunya kita dekatkan diri kepada Allah.
Apabila melakukan solat lima waktu,
anggaplah ia masa untuk merehat dan mendamaikan jiwa dan nurani kita,
waktu untuk jiwa kita mendapatkan semula kekuatan daripada Allah swt.
Jika minda kusut dan jiwa tertekan,
ambil wuduk dan mengadu kepada Allah.

2. Adil imbangi ilmu duniawi dan ukhrawi
Seseorang yang adil ialah seorang yang seimbang
dalam pengetahuan berkaitan kehidupan d'dunia dan d'akhirat.

Hanya apabila seseorang itu adil d'dalam mengejar kededuanya
barulah mereka dapat berasa kepuasan hakiki.
Ramai yang mungkin telah meraih kejayaan kebendaan
dengan ilmunya yang pelbagai tentang dunia ini
tetapi tidak berasa puas atau tenang.
Biarpun mereka dapat memenuhi keperluan hidup,
mereka kurang jelas erti kehidupan -
apa tujuan mereka berada d'dunia ini dan
ke manakah hala tuju mereka?
D'sinilah letaknya peranan ilmu agama.
Ia menjadi kompas yang menunjukkan jalan kebahagiaan sejati yang harus d'cari manusia.
Dengan pengetahuan demikianlah mereka akan dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan.
Sudahkah kita membekalkan diri kita dengan kededua ilmu pengetahuan ini?

3. Adil dalam membantu orang sekeliling
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِيتَآىِٕ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنڪَرِ وَٱلۡبَغۡىِ‌ۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَذَكَّرُونَ
Allah swt berpesan (Al-Nahl: 90):
"Sesungguhnya Allah memerintahkan berlaku adil dan berbuat kebaikan,
membantu kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.
Dia memberi pengajaran kepadamu agar kalian dapat mengambil pelajaran."

Perintah berlaku adil d'ikuti dengan gesaan berlaku ihsan.
Ia mengingatkan kita bahawa dalam mengejar
  • kebaikan,
  • kejayaan dan
  • kesenangan
untuk diri sendiri,
usah lupa menginginkan perkara yang sama untuk orang lain d'sekeliling kita.
Jiwa seorang Mukmin tidak akan senang jika sedar ada
  • saudara-mara,
  • sahabat-handai atau
  • jiran
berada dalam kesempitan.


wassalam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 07:28 PM | Show all posts
alasala replied at 16-5-2016 07:12 PM
Menarik!

Tapi berdasarkan rekod pengalaman saya, ianya berkaitan "merekod agama mengikut hawa n ...

al habr - ahli ugama
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 16-5-2016 05:19 PM
alasala replied at 16-5-2016 04:54 PM
Allah memberikan "kefahaman" agama dan kehidupan kpd sesiapa yg Dia kehendaki.

Bila kita "buta ma ...


kamu mesti kenal dulu siapa Allah..org yg mengelarkan diri mereka ustaz dan ulama menjurus manusia kearah kesesatan..
sekali kau terjaga tak mungkin kau boleh tidur kembali, gunakan akal mu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2016 11:43 PM | Show all posts
alasala replied at 16-5-2016 07:12 PM
Menarik!

Tapi berdasarkan rekod pengalaman saya, ianya berkaitan "merekod agama mengikut hawa n ...

sekularisme adalah pemisahan apa apa jua unsur spiritual atau agama dala segala genap kehidupan.
sistem nilai yg malar dan tertakluk pada  kriterai kriteria dalam tertentu ditinggalkan malah sistem bebas nilai  yg tidak mempunyai panduan yg stabil digunapakai  dan ini amat  terdedah pada manipulasi.

pengalaman seseorg adalah subjektif  dan tidak applicable kepaad semua masa , ketika dan lokasi dan keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 09:38 PM | Show all posts
alasala replied at 17-5-2016 12:41 AM
Itulah pointnya.

Bila berlaku "sekularisma" dalam agama, muncullah golongan yg beragama dan ext ...

saya setuju,,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 09:39 PM | Show all posts
apa pula yang dimaksudkan sunnah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 06:18 AM | Show all posts
alasala replied at 17-5-2016 12:41 AM
Itulah pointnya.

Bila berlaku "sekularisma" dalam agama, muncullah golongan yg beragama dan ext ...

memang tajuk ini berat tapi perlu disiarkan untuk iktibar.
setakat mana anda boeh komen okaylah tu ( tapi saya pun tak faham bahasa anda sangat  kalau sapa yg faham boleh kupas ).




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 06:20 AM | Show all posts
alasala replied at 17-5-2016 12:41 AM
Itulah pointnya.

Bila berlaku "sekularisma" dalam agama, muncullah golongan yg beragama dan ext ...

anda menjurus pada sekularisme dalam agama tapi artikel di atas menjurus pada sekulrisme bawah sedar  seperti sub conscious dan  pemikiran, atau dasar dasar  yang bersifat pemisah.

i guess article di atas tu rasanya tak berat sangat ia untuk pembaca umum. saya  bersangka baik bahawa mereka di IKIm sana mempunyai tujuan tertentu dalam menghuraikannya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 04:22 PM | Show all posts
alasala replied at 17-5-2016 11:28 PM
Sunnah itu asalnya ada 2.

1) Sunnahtullah
salam

Wallah Hu'alam
والله أعلم بالـصـواب
wAllahu a'lam bissawab

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 05:42 PM | Show all posts
alasala replied at 20-5-2016 08:35 AM
Saya menjurus sekularisma?

maksud saya  awak menjurus kan pendapat awak tentang sekularisme dalam agama.

article tu menjurus kepada sekularisme secara umum yerutamanya thinking patterns.

menjurus   dalam konteks ayat  ini  bermaksud menghala perbincangan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 06:26 PM | Show all posts
alasala replied at 20-5-2016 06:20 PM
Cuba baca perlahan2 dan berkali2. Nanti baru faham

allright. i will insya Allah.

u have fun ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2016 07:37 PM | Show all posts
alasala replied at 20-5-2016 06:37 PM
Hari ini? kerje  :zz  :zz  :zz  aje

oh...u tak keje ye? why ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 12:34 PM | Show all posts
alasala replied at 17-5-2016 11:28 PM
Sunnah itu asalnya ada 2.

1) Sunnahtullah
Para Al-Mahdi itu ada 12 kesemuanya (pelengkap agama). Akan tetapi hanya 1 sahaja yg paling "special" khusus utk umat akhir zaman. Apakah itu? Saya pun tak tahu. Hehehe

Wallah Hu'alam
Huh? Tang mana celah dok mai 12 al-Mahdi ni? Mohon beri sumber rujukan Hadith?

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:40 PM | Show all posts
Edited by robotech at 26-5-2016 02:41 PM

Boleh letak ke sumber 12 Al-Mahdi merujuk kepada 12 suku bani Israel yang merupakan keturunan 12 orang anak2 (termasuk Nabi Yusuf dan saudaranya Bunyamin) Nabi Yaakub?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:49 PM | Show all posts
alasala replied at 26-5-2016 02:42 PM
Mujadid ke 10: 1004 hijrah. Mujadid ke 11 mewakili mujadid2 sebelum datangnya Imamul Mahdi. Maka Muj ...

Saya minta sumber rujukan Hadith atau Al-Quran yang menyatakan 12 Al-Mahdi ni. Paling tidak pun sumber Sirah Nabawiyyah. Sumber Israiliyat pun takpe.

Kalau amik sumber kitab samawi lain paling cikai pun sumber Yahudi seperti Torah, atau Talmudic. Sumber Bible pun OK gak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070004 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list