CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 14

[Tempatan] {3} Dek kerna simpati , dia ditahan polis!

[Copy link]
Post time 14-5-2016 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Sabtu, 14 Mei 2016 @ 5:18 AM

Segamat: Seorang lelaki yang menawarkan diri untuk membayar barangan dicuri seorang wanita di pasar raya di Taman Yayasan, Buloh Kasap dekat sini, ditahan jam 7.30 petang kelmarin kerana bersubahat bersama  wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek lelaki berusia 42 tahun itu rupa-rupanya adalah teman lelaki kepada suspek wanita dan mereka bersubahat mencuri barangan pasar raya berkenaan bernilai RM300.

“Pada mulanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggota Balai Polis Buloh Kasap yang melakukan rondaan rutin di kawasan pasar raya berkenaan, suspek lelaki mendakwa tidak mengenali suspek wanita berusia 41 tahun, malah menawarkan diri untuk membayar nilai barangan dicuri kononnya bersimpati.

“Bagaimanapun, anggota kami curiga lantas melakukan pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu sebelum mendapati suspek lelaki turut mencuri beberapa barangan keperluan harian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Mohd Kamil, rakaman CCTV menunjukkan suspek lelaki meletakkan barangan berkenaan ke dalam troli sebelum melalui lorong pintas keluar daripada pasar raya tanpa disedari kakitangan.

Barangan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada suspek wanita yang menunggu di luar sebelum ia diletak di raga motosikal.

“Suspek wanita turut menggunting kanvas di tepi pasar raya untuk menutup beberapa tin susu pekat manis dicuri.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu pada awalnya merancang bertemu di sekitar bandar Segamat sebelum ke pasar raya berkenaan untuk mencuri barangan keperluan harian terbabit,” katanya.

Menurut beliau, kejadian berkenaan disedari anggotanya yang curiga melihat suspek wanita meletakkan barangan berkenaan di raga motosikal tanpa membuat pembayaran.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui 24 tin susu pekat manis, beberapa bungkusan Milo, seberkas pemetik api, beberapa tin sardin selain sotong.
“Suspek lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu berasal dari Muar manakala suspek wanita pula berasal dari Pahang.

“Kedua-duanya kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.
Semakan rekod motosikal digunakan mendapati ia dilaporkan hilang di sekitar Muar beberapa bulan lalu. Suspek lelaki turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.

http://www.hmetro.com.my/node/137761


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2016 11:32 AM | Show all posts


SUSPEK diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:42 AM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 14-5-2016 11:32 AM
SUSPEK diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah.

lelaki ke pempuan neh?

ohh kalau tak kantoi, sama-sama enjoy barang free lah ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 11:45 AM | Show all posts
Syd replied at 14-5-2016 11:42 AM
lelaki ke pempuan neh?

ohh kalau tak kantoi, sama-sama enjoy barang free lah ye

pompuan la... Syd
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
da dekat separuh abad hidup pun masih nk mencuri xnak keje
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:52 AM | Show all posts

kena panggey @peynoTheLegend

dia ketua kampung kat situ utk pencerahan.

nih musti orang kampung dia jugak.
nak tanya lelaki ke pempuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan bg alasan nak tanggung anak belajar kat uni whatsoever macam mokcik sebelum ni dah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:58 AM | Show all posts
cam datuk k plak polis tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 02:54 PM | Show all posts
seberkas pemetik api


lighter pun nk curi..barangan keperluan harian utk hisap rokok. pastu xde duit nk makan gi curi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 03:44 PM | Show all posts
wartawan menyamar tadah tangan minta sedekah senang senang dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 04:36 PM | Show all posts
24 tin susu pekat manis, beberapa bungkusan Milo, seberkas pemetik api, beberapa tin sardin selain sotong.
ada anak kecik kah..

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas keja...
Nak senang ja..
Nyusahkan org lain plak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 04:46 PM | Show all posts
muka mcm orng asli jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 05:02 PM | Show all posts
hmm..sian....aku x bca berita..malaih
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 09:07 AM | Show all posts
sotong pun sempat??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.474933 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list