Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2016 06:36 PM
Takut Jurusolek Mati Kerana Kanser, Pengantin Batal Tempahan ‘Make-up’
KUALA LUMPUR – Kerana takut mak andam yang ditempahnya sebelum ini meninggal dunia akibat penyakit kanser, seorang wanita membuat keputusan untuk membatalkan hasrat mengunakan khidmat jurusolek tersebut.
Iyda Yusof melalui status di Facebook berkata, wanita tersebut membatalkan tempahan tersebut apabila mengetahui dirinya menghidap penyakit kanser usus tahap 3.
“Salam kak maaf saya nak batal makeup yang dah bayar deposit tuk wedding saya bulan 12, dengar cite akak kanser biasanya kalau dah 3 memang susah nak baik kak, ikut pada nasib je, apapun saya harap akak kuat, boleh aka refund deposit tu coz nak cari mua lain” ujar wanita tersebut melalui khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepadanya.
Akur dengan kehendak pelanggan wanita itu, Iyda bersetuju untuk memulangkan wang pendahulaan tersebut walaupun ia bertentangan dengan syarat yang telah ditetapkan.
“Owh ni adik yang nikah tu ye, oklah akak refund balik kalau ikutkan memang tak boleh refund tapi tak apalah mungkin betul kata awak akak ni tak lama nak hidup tapi serah pada Allah je pasal sakit ni Dia yang bagi mungkin bukan rezeki sis nak makeup awak, bagi no acc k.
“Pada yang takut Iyda mati atau tak dapat nak mekup hari bahagia korang jangan risau, Iyda (akan) refund duit ok… Yang dah book jangan la risau andai Iyda tak dapat makeup korang ramai lagi kawan-kawan yang sudi tolong cantikan uolsss itu janji saya yee, harap Allah panjangkan usiaku demi anak dan pelanggan tersayang” tulis yang turut memuatnaik ‘printscreen’ perbualan tersebut di media sosial.
Walaupun ada yang mempertikaikan tindakan memuatkan ‘printscreen’ tersebut, namun menurut Iyda ia bertujuan untuk memastikan para pelanggan tidak risau dengan keadaan kesihatannya.
“As salam semuaaa Allahuakhbar viral pulak kes kakak ye maaf sejujurnyaa iyda xde niat tuk screenshoot dan jadi bahan viral iyda cuma minta cus jangan risau itu je,,sbb iyda yakin iyda bole teruskan kerjaya sbb itu sumber rezeki dan minat..
“Dan jika iyda x dapat makeup pun ramai kawan2 mua sudi tolong nanti sbb tu x risau nk ambil booking..pada adik tu korang jangan kecam dia ye iyda mmg x ambil hati sikit pun anggap xde rezeki mungkin kata2 dia jela agak sentap hihi tp hakak okeyyy…tq semuaaaaa ats doa2 kalian ..,” tulisnya pula. – SuaraTV Share this:
http://www.suara.tv/2016/05/14/takut-jurusolek-mati-kerana-kanser-pengantin-batal-tempahan-make-up/
|