Register Login
CARI Infonet Return home

yowa2's space https://mforum.cari.com.my/?1011334 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Wall msg

facelist

You have to log in before you can write to a wall Login | Register


yowa2 14-11-2012 11:40 AM
done.

but i don't know. maybe you actually prefer small/medium business. Sime Darby avoid using open source for security reason. when everyone can have the codes, the safety of our data cannot be confirmed.

i responded whicever i can.
sephia77 13-11-2012 03:54 PM
Saya memohon jasa baik pihak tuan dan puan untuk menjawab soal kaji selidik yang merupakan sebahagian daripada syarat kelayakan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Sekolah Perniagaan Pascasiswazah, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

Tujuan kaji selidik di jalankan adalah untuk menilai persepsi pihak pengurusan dalam mengguna pakai Open Source System dalam organisasi di Malaysia. Sasaran responden adalah pihak pengurusan yang terbabit dalam membuat keputusan bagi kepenggunaan sistem.

Diharap pihak tuan/ puan dapat menjawab kesemua soalan. Maklumat yang di perolehi hanyalah untuk kegunaan kaji selidik ini. Manakala nama organisasi pihak tuan adalah bertujuan untuk mengenalpasti pertindihan data. Kaji selidik dijangka dalam masa 5 - 10 minit.

Kaji selidik ini boleh di capai melalui Google Docs - yakni melalui capaian URL di bawah atau menggunakan dokumentasi yang dilampirkan. Di harap pihak tuan dan puan dapat menjawabnya sebelum 16th November 2012 (Jumaat). Adalah amat dihargai sekiranya pihak tuan / puan dapat menyalurkan kepada pihak yang sepatutnya sekiranya tuan/ puan bukan responden sasaran. Saya berharap sekiranya mendapat 1 responden bagi setiap organisasi bagi memastikan ketepatan data dalam kaji selidik ini.

Sekiranya tuan/puan mempunyai persoalan terhadap kaji selidik ini, sila hubungi saya di alamat email: shfazlinda@siswa.um.edu.my atau shfazlinda@gmail.com

Kerjasama dari pihak tuan/ puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan ianya merupakan sumbangan kepada bidang akademik di Malaysia amnya.

Capaian URL: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEp3UWl1ZHQ4NFR1V3hWSldqa29TTlE6MQ#gid=0

Sekian, terima kasih

Yang benar,
Sephia

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.036304 second(s), 13 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top