Register Login
CARI Infonet Return home

danialarif's space https://mforum.cari.com.my/?1149299 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

4 Tempat Menarik yang Wajib Dikunjungi di Kundasang Sabah

Hot 7Viewed 1730 times1-5-2019 04:56 PM |Personal category:Melancong dan Percutian| Trip, Kundasang, Tempat, menarik, Trip, Kundasang, Tempat, menarik, Percutian, Kundasang, Sabah, Melancong, Trip, Kundasang, Sabah, Bercuti, Trip, Tempat, menarik,

Tempat-tempat Menarik di Kundasang

Trip ke Kundasang boleh dikatakan tidak lengkap kalau anda tidak lawati 4 tempat menarik di Kundasang ini. Post ini hanyalah perkongsian ringkas. Saya tulis berdasarkan pengalaman bercuti ke Sabah baru-baru ini.

Okay, straight to the point. Saya terus share tempat-tempat menarik di Kundasang Sabah.

1. Desa Dairy Farm Kundasang

Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
Bayaran Masuk : RM10.00 (dewasa) & RM5.00 (kanak-kanak)

Desa dary farm kundasang adalah antara tempat yang menarik di Kundasang. Ini memang port orang selfie dan upload dalam IG.

Boleh dikatakan trip ke kundasang tidak lengkap kalau tidak pergi sini.

dairy farm Kundasang

Suasana dan pemandangan tempat ni memang cantik.

Dengan padang rumput yang hijau....

...ada lembu ala-ala spesis lembu susu new zealand tengah meragut rumput.

…udara segar, kalau sampai waktu pagi paling best! Udara pun je segar, suhu pun sejuk-sejuk nyaman.

Tapi, bukanlah terlalu sejuk.

Masa saya melawat Desa Dairy Farm Kundasang, saya tidak pakai sweater, windbreaker atau apa-apa baju sejuk pun.

Hanya pakai t-shirt lengan pendek sahaja.

Suhu di Daisy Dairy Farm Kundasang boleh dikatakan nyaman, tapi tidaklah sejuk macam New Zealand. =)

Cuma, kalau anda datang dengan baby (macam saya), lebih baik pakaikan stokin, penutup kepala, baju lengan panjang dan seluar panjang.

Lepas tu, kendung sahaja dalam baby wrap.

Aktiviti menarik di Desa Dairy Farm Kundasang
  • Beri lembu makan
  • Makan gelato (Tidak rasa macam gelato, rasanya macam soft serve ais krim biasa)
  • Shopping susu lembu dan yogurt ori dari ladang

gelato dairy farm
(Gelato yang dibuat dari susu segar dari dairy farm Kundasang)

shopping produk dekat dairy farm Kundasang
(Segar dan ori dari dairy farm Kundasang. Tarbaik dari ladang.)

Sebenarnya, Dairy Farm Kundasang ini sesuai untuk anda yang sukakan pemandangan. Tempat ini tiada banyak aktiviti yang menarik.

Kalau mahukan maklumat lanjut, boleh rujuk di halaman Desa Dairy Farm Kundasang di laman web Sabah Tourism.

(Nota: Sebelum melancong ke Sabah, baca dulu update terkini di website rasmi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah)

2. Kedai makan yang sedap dan halal di Kundasang

Dekat Dairy Farm, biasanya akan luangkan masa dalam 1-2 jam je. Serius kejap je, sebab tempatnya tidak besar sangat.

Lepas dah habis beraktiviti, bolehlah makan tengah hari pula.

Hmmm... kedai makan apa yang sedap di Kundasang?

Ada 1 kedai ni memang saya rekemen. Alang-alang dah ada di Kundasang, singgah sekali makan sayap ayam madu Wak Ali.

Warung Wak Ali ini juga boleh disenaraikan antara tempat menarik yang wajib dikunjungi di Kundasang.

kedai makan halal di Kundasang

Memang orang Sabah panggil sayap ayam. =)

Rasa kepak ayam madu Wak Ali ni memang padu punya! Anda tidak akan dapat rasa yang sama di semenanjung.

sayap ayam madu Wak Ali Kundasang Sabah
(Memang power kedai ni, sehari dua tong ayam mereka perap)

Perapan ayam wak ali ni memang sedap, makan kosong macam itu sahaja pun dah best.

Tapi, kalau cicah sekali dengan sambal kicap, lagi berkali-ganda dia punya sedap tu. Rasa masam-masam, pedas-pedas tu, bila cicah kepak ayam madu, rasa dia memang padu!

kepak ayam madu Wak Ali Kundasang

Untuk datang ke sini, anda boleh search guna waze/google maps “Nasi Ayam Antarabangsa”. Kedai wak ali ni ada dekat Nasi Ayam Antarabangsa.

Selain dari menu kepak ayam, anda boleh order makan tengah hari di kedai Nasi Ayam Antarabangsa ni.

Biasalah, lidah melayu kan?

Wajib ada nasi-nasi bila nak lunch.

Dekat kedai Nasi Ayam Antarabangsa ni ada nasi campur, nasi ayam dan soto.

Mungkin rasa makanan tu tidak sesuai untuk lidah segelintir orang semenanjung. Tapi, inilah kedai makan yang paling sedap dan halal di Kundasang.

Apa pun, trip ke Kundasang Sabah tidak lengkap kalau tidak makan disini. 

Lepas dah makan-makan, kita pergi ke destinasi seterusnya.

3. Sabah Tea Garden Ranau, Sabah

Waktu Operasi : 7:00 a.m – 8:00 p.m
Bayaran Masuk : Percuma

Pemandangan di Sabah Tea Garden

Lepas dah kenyang makan, kena jalan-jalan balik. Supaya lemak-lemak tepu yang kita makan tadi dibakar. :p

Destinasi menarik yang ketiga adalah: Sabah Tea Garden.

Sabah Tea Garden ni adalah ladang teh yang organik.

Maksudnya, segala proses dari A hingga Z, semuanya bebas dari penggunaan bahan kimia sintetik dan berbahaya.

Daun teh di Sabah Tea Garden tidak disembur dengan sebarang racun dan baja sintetik.

Lepas dah penat jalan-jalan, singgah minum the dulu. Dekat Sabah Tea Garden Ranau ni ada cafe.

Minum petang di Sabah Tea Garden

Anda boleh tengok menu lengkap dalam page FB Sabah Tea Garden Ranau.

Sabah Tea Garden ni ni best kalau anda suka permandangan ala-ala cameron.

Kalau anda tidak prefer untuk sekadar jalan-jalan tengok permandangan, Sabah Tea Garden bukan destinasi pilihan anda.

Anda boleh pergi ke destinasi alternatif dibawah ni.

4. Poring Hot Spring Ranau

Waktu Operasi: 8:00 a.m – 6:00 p.m (dibuka setiap hari)
Bayaran Masuk : RM3 (atas 18 tahun) & RM1 (bawah 18 tahun)

Saya faham, bukan semua orang suka jalan-jalan tengok permandangan.

Jadi, buat anda yang dalam kategori ni, saya sarankan pergi mandi-manda di Poring Hot Spring Ranau.

Ini adalah kolam air panas semula jadi.

Saya sekadar boleh kongsikan info ringkas, sebab saya tidak sempat nak ke sini.

Kesimpulan

Sebenarnya, kalau nak bercuti di Kundasang, tidak sesuai 1 hari. Saya sarankan stay sekurang-kurangnya semalam. Barulah sempat untuk berkunjung ke banyak destinasi.

Kalau anda buat day trip, jam 3.30 tu dah kena bertolak balik. Sebab, kalau lambat bertolak, nanti langit gelap dah. Tidak selamat sangat kalau nak balik bila dah gelap, sebab jalan disana berlubang-lubang dan sempit.

Sebenarnya ada beberapa lagi tempat menarik di Kundasang, tapi saya hanya dapat kongsikan 4 sahaja.

Nota Kaki:

Anda boleh baca perkongsian penuh di pautan ini: https://foodlab.my/

Leave a comment Comments (11 Comment)

Reply Jane909192 18-11-2019 10:43 PM
Just need to follow the link here https://onlinetechnicalhelps.com/windows-shortcut and got the all information of windows 10 keyboard shortcuts.
Reply sohamkani 14-2-2020 11:59 PM
My spouse and i shocked while using investigation anyone created to choose this certain release outstanding. Amazing task!
best CBD oil for anxiety        https://observer.com/2020/01/best-cbd-oil-for-anxiety/
Reply Saint6 20-4-2020 06:49 PM
This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value. Im glad to have found this post as its such an interesting one! I am always on the lookout for quality posts and articles so i suppose im lucky to have found this! I hope you will be adding more in the future...
https://royalcbd.com/shop/
Reply Saint6 28-4-2020 07:13 PM
Thank you again for all the knowledge you distribute,Good post. I was very interested in the article, it's quite inspiring I should admit. I like visiting you site since I always come across interesting articles like this one.Great Job, I greatly appreciate that.Do Keep sharing! Regards,
best CBD oil https://www.riverfronttimes.com/newsblog/2020/04/22/the-best-cbd-oils-a-buyers-guide-2020
Reply aliana123 28-5-2020 05:39 AM
Just pure classic stuff from you here. I have never seen such a brilliantly written article in a long time. I am thankful to you that you produced this!
เว็บดูหนังออนไลน์ https://www.mawintv.com/
Reply Saint6 21-6-2020 08:26 PM
I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article.
Aluminium ramen deuren        https://www.zenit-ramenendeuren.be/services/aluminium-ramen-en-deuren/
Reply Saint6 14-7-2020 03:35 PM
This type of message always inspiring and I prefer to read quality content, so happy to find good place to many here in the post, the writing is just great, thanks for the post.
Custom Leather Patches        https://houstonembroideryservice.com/custom-leather-patches/
Reply Saint6 23-7-2020 10:06 PM
Clavon at Clementi by UOL & UIC. Hotline 61009266. Get Discounts, Direct Developer Price, Floor Plan, Price List & Brochure . New Launch Condo at Clementi in Singapore.
Clavon        https://www.theclavon.sg/
Reply ashish2903 8-2-2022 04:31 PM
your contribution for this topic is just par with the basics thanks for your hard work hope this type of posts also will come near future
https://syllablecounter.co/
Reply hipohaha 18-7-2023 03:06 PM
good games
https://paper-mc.io
Reply textsorter 17-2-2024 06:25 AM
https://www.convertifyhub.com/

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.127948 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top