CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mh370: Mas Nafi Ubah Jadual Petugas Saat Akhir

18-3-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 159349| Komen: 2501


MH370: MAS nafi ubah jadual petugas saat akhir

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menafikan dakwaan bahawa juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah bukan juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing pada awalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, Zaharie ditugaskan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

"Tidak benar. Dia ditugaskan mengikut jadual bertugas," katanya pada sidang media harian bagi hari ke-10, hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan bahawa juruterbang MH370 sebenarnya sedang bercuti ketika dipanggil bertugas.

Masuk hari ke-10 pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru MAS hilang, masih tiada perkembangan positif disampaikan pihak berkuasa.

Namun, semua pihak masih menaruh harapan penumpang MH370 itu berada dalam keadaan selamat.



Malaysia tak akan sembunyi maklumat

KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan dakwaan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat mengenai pergerakan penerbangan MH370.

"Bagi para keluarga, saya faham setiap hari perasaan semakin terseksa. Saya faham kerana Malaysia juga kehilangan 'anak-anaknya'. Ada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.

"Keutamaan kami pada sepanjang masa ialah mencari pesawat itu. Kami tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat yang dapat membantu. Akan tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat sehingga disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa," katanya dalam sidang media, di sini.

Katanya tanggungjawab itu bukan sahaja terhadap keluarga dan pasukan penyiasat, tetapi juga operasi mencari dan menyelamat kerana adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk mengerahkan sejumlah besar aset hanya berasaskan maklumat yang tidak sah dan sahih. 

"Sebaik sahaja wujud kemungkinan pesawat berpatah balik ke Selat Melaka, kami memperluas pencarian ke kawasan itu. 

"Saya ingin mengulangi kenyataan pasukan penyiasat AS (Amerika Syarikat) berhubung keputusan itu: 'berasaskan maklumat dan data yang diberi oleh pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpandangan ada asas untuk pihak berkuasa Malaysia mengerahkan aset melakukan pencarian di sebelah barat Semenanjung Malaysia'," katanya.

Hishammuddin berkata sebaik sahaja mereka mengesahkan dengan sahih maklumat terbaharu daripada satelit berhubung lokasi terakhir pesawat yang diketahui, mereka menyusun semula usaha pencarian di koridor utara dan selatan seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Dalam tempoh 48 jam yang lalu, beliau berkata Malaysia mengusahakan keperluan diplomatik, teknikal dan logistik berhubung pencarian MH370 dan terus mengetuai penyelarasan keseluruhan usaha mencari itu.

Beliau berkata bilangan negara yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu telah bertambah kepada 26 negara. 

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu Perdana Menteri telah berhubung dengan Perdana Menteri Australia (Tony Abbott) dan Perdana Menteri China (Le Keqiang). 

Kementerian Luar Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. 

"Ini meliputi dua kumpulan, pertama negara-negara di koridor pencarian dan kedua, negara yang kita dapatkan bantuan serta kepakaran," kata Hishammuddin. 

Bagi negara di kedua-dua koridor pencarian, Hishammuddin berkata Malaysia meminta maklumat radar dan satelit serta aset-aset khusus bagi operasi mencari dan menyelamat.

"Kita meminta mereka berkongsi pelan tindakan mencari dan menyelamat meliputi udara, laut dan darat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat di Malaysia supaya kita boleh menyelaraskan usaha mencari.

"Kita meminta agar dimaklumkan perkembangan terkini termasuk laporan harian mengenai kedua-dua aktiviti pencarian dan perincian sebarang maklumat yang diperlukan oleh Malaysia," katanya.

Sebagai pihak berkuasa penyelaras, Malaysia mengumpulkan semua maklumat sebagai sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat serta tidak boleh mendedahkan maklumat daripada negara-negara tertentu.

Hishammuddin berkata operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.

"Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sudah mengerahkan aset ke koridor selatan. Dua kapal dikerahkan iaitu kapal peronda luar pesisir KD Kelantan dan KD Selangor. Kerahan ini turut melibatkan helikopter Super Lynx yang boleh beroperasi dari kedua-dua kapal. 

"Australia mengerahkan pesawat P-3 Orion ke Kepulauan Cocos dan Krismas. Hari ini Perdana Menteri Australia mengesahkan Australia akan menghantar tambahan dua lagi pesawat P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules. Pesawat P-8 Poseidon AS akan terbang ke Perth hari ini bagi membantu pencarian," katanya.

Beliau berkata semalam, pakar dari Jabatan Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat manakala pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis pula hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aurora273 17-3-2014 07:47 PM
Check in...
Quote Muntz 17-3-2014 07:48 PM
Apa artikel terbaik utk ditepek di first post?
Quote aurora273 17-3-2014 07:49 PM
Senarai koridor..
Quote tongkatwaran75 17-3-2014 07:49 PM
AMIK KO MUNTZ...
KO BUKAK THREAD...

Quote Innrukia 17-3-2014 07:49 PM
Official statement dr pc
Quote perang_sivil 17-3-2014 07:50 PM
Muntz posted on 17-3-2014 07:48 PM
Apa artikel terbaik utk ditepek di first post?

janji abang Muntz tepek prvious links Vol1-14.. aku cadangkan

Vol 15: Hentikan Konspirasi MH370
Quote gogo2 17-3-2014 07:50 PM
TT Sakai heheh
Quote Muntz 17-3-2014 07:50 PM
tongkatwaran75 posted on 17-3-2014 07:49 PM
AMIK KO MUNTZ...
KO BUKAK THREAD...

Tak. Tadi aku heran V14 dah lebih 100 pages, tapi takder kelibat org bukak thread V15. Selalunya org berpusu2 nak bukak. Penat refresh takder gak. So, aku bukak jer lah. Sblm thread tu autokatup sendiri.
Quote nanie 17-3-2014 07:50 PM
ccheck in umah  baru
Quote Muntz 17-3-2014 07:51 PM
perang_sivil posted on 17-3-2014 07:50 PM
janji abang Muntz tepek prvious links Vol1-14.. aku cadangkan

Vol 15: Hentikan Konspirasi MH370 ...

OK dik. Abg cari dulu thread2 tu semua ek.
Quote AdamBillionaire 17-3-2014 07:52 PM
adam busy.. xpe silakan..
Quote perang_sivil 17-3-2014 07:52 PM
Muntz posted on 17-3-2014 07:50 PM
Tak. Tadi aku heran V14 dah lebih 100 pages, tapi takder kelibat org bukak thread V15. Selalunya o ...

siap bergaduh-gaduh lagi kan..
Quote 5229 17-3-2014 07:55 PM
excited tu dah kurangg..
Quote vespa_oren 17-3-2014 07:55 PM
check in rumah baru...

bru pas solat maghrib

muntz tepek peta koridor tu, pastu statement abang hisham petang tdi
Quote purpledesire 17-3-2014 07:55 PM
kot yer pun takyah la dok pggil org yg bukak thread itu sbg sakai..
Quote nazadiyah 17-3-2014 07:56 PM
malas nak buka nanti kene update....hehhe
Quote vespa_oren 17-3-2014 07:57 PM
Quote nashrudean 17-3-2014 07:57 PM
Muntz posted on 17-3-2014 07:51 PM
OK dik. Abg cari dulu thread2 tu semua ek.

Abam mUntz..  
Quote Naa.Yaa 17-3-2014 07:58 PM
maaf kalo artikel ni dah ada...sbb aku nak sgt percaya artikel ni..rasa mustahil sangat rakyat malaysia sendiri akan hijek plane..ni semua org luar punya kerja..


MH370 boleh 'dihilangkan'
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
[email protected]

KUALA LUMPUR 16 Mac - Spekulasi mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dirampas oleh pihak tertentu boleh diterima kerana menurut pakar penerbangan, pesawat tersebut boleh 'dihilangkan' daripada radar secara sengaja menggunakan teknologi ketenteraan.

Mengulas perkara itu, bekas juruterbang MAS selama 15 tahun, Hazri Satriawan Haron, 42, berkata, MH370 boleh menjadi 'halimunan' sekiranya terdapat sekurang-kurangnya tiga pesawat Stealth iaitu pesawat perang antiradar yang terbang berhampiran atau di bawahnya.

Katanya, pada masa sama, individu yang menerbangkan pesawat Stealth juga boleh melakukan pintasan terhadap frekuensi radio yang digunakan mana-mana pesawat komersial berhampiran menyebabkan isyarat kecemasan yang dihantar juruterbang tidak sampai ke menara kawalan.

Hazri yang juga Pengurus Kualiti dan Keselamatan, Asia Pasific Flight Training (APFT) berkata, meskipun teori itu sukar diterima, namun boleh dilakukan asalkan pihak merancang rampasan mempunyai akses kepada mana-mana pesawat Stealth, sistem satelit dan melakukan perancangan dengan teliti.

"Pesawat Stealth direka khas untuk mengelak daripada dikesan oleh radar biasa dan melalui formasi khusus iaitu sekiranya terdapat tiga pesawat tersebut terbang di bawah MH370 pada jarak antara 30 hingga 60 meter, secara automatik MH370 juga akan 'hilang' daripada radar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pesawat Stealth yang hanya dimiliki oleh beberapa negara kuasa besar mempunyai keupayaan untuk memesongkan pancaran radar selain menyerap transmisi radio daripada pesawat yang terbang berhampiran.

Sehubungan itu, katanya, selain tindakan juruterbang sendiri, hanya pesawat Stealth yang boleh menyebabkan juruterbang terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum transponder pesawat dipadamkan atau selepas rampasan berjaya dilakukan.

"Andaiannya mudah iaitu perkara tersebut mungkin telah dirancang dengan tiga pesawat itu terbang di bawah MH370 untuk memastikan radar tidak dapat mengesannya lalu pada masa itulah macam-macam boleh berlaku termasuk cubaan merampas penguasaan pesawat daripada juruterbang.

"Saya percaya juruterbang ada menghubungi menara kawalan namun gagal kerana sistem radio yang digunakan itu sudah dipintas menyebabkan aduannya hanya sampai pada pesawat Stealth yang terbang berhampirannya," katanya.

Sementara itu, ditanya kemungkinan juruterbang sendiri memainkan peranan dalam kehilangan MH370, Hazri berkata, sebagai bekas juruterbang, perkara tersebut sukar diterima.

Ini kerana, katanya, untuk mencapai tahap kapten bukan mudah sebaliknya memerlukan tempoh yang lama dengan pengalaman dan kecintaan yang tinggi terhadap kerjaya, maka tidak mudah untuk seseorang juruterbang bertindak di luar batas.

"Memang ada kemungkinan juruterbang terlibat sama, namun secara peribadi saya tidak percaya. Bagi saya, tindakan itu memerlukan satu dorongan yang luar biasa untuk seseorang juruterbang berpengalaman merampas sendiri pesawatnya dan bertindak di luar dugaan," katanya.

Tambahnya, andaian rampasan dilakukan oleh penumpang boleh diterima terutama bagi individu dengan kepakaran dalam teknologi elektronik yang boleh digunakan untuk mematikan sistem keselamatan dalam pesawat.

"Untuk masuk ke dalam kokpit pesawat tidak mudah memandangkan pintu tersebut dikunci menggunakan sistem magnetik dari dalam bagi menjamin keselamatan juruterbang malah kapten juga boleh melihat apa yang berlaku di luar kokpit melalui kamera yang disediakan.

"Namun, sistem magnetik itu boleh dimatikan dari luar kokpit sekiranya kita tahu kod yang digunakan. Lazimnya, kod tersebut hanya diketahui oleh jurutera penerbangan yang terlatih selain syarikat yang membina kapal terbang itu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ngkan#ixzz2wDjEWxE5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lihat semua komen(2501)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.216790 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top