CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Teman Wanita Dibakar Hidup - Hidup

18-3-2014 04:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11881| Komen: 94

Gambar hiasan



Mekanik bakar dua anak teman wanita dipenjara 12 tahun


KUALA LUMPUR 17 Mac — Seorang mekanik yang bertindak kejam dengan membakar dua orang anak teman wanitanya hidup-hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan, Januari lalu, dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Afizi Abdul Rahman, 27, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh Nur Iris Qalisya Mohd. Shahril, satu tahun tiga bulan, serta adiknya, Nur Fazana, dua bulan.


Ahmad berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah meneliti gambar-gambar tempat kejadian dan keupayaan fizikal seorang bayi yang tidak dapat menyelamatkan diri ketika kejadian ekoran tindakan tertuduh itu.

"Pun begitu, mahkamah tetap mengambil kira faktor pengakuan tertuduh yang telah menjimatkan masa dan kos mahkamah selain rayuan pihak pembelaan," katanya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan cubaan membunuh dan diperintahkan berjalan serentak berkuat kuasa mulai dari tarikh tertuduh ditangkap pada 22 Januari lalu.

Mohd. Afizi yang bekerja di kedai basikal mengaku membakar Nur Iris Qalisya serta Nur Fazana di sebuah rumah di Blok H-08-07, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini kira-kira pukul 1.30 pagi, 21 Januari lalu.

Mohd. Afizi sebelum ini turut didakwa atas satu lagi pertuduhan cuba membunuh bekas teman wanitanya, Saliza Saidin, 29, dengan melakukan perbuatan yang sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Bagaimanapun berikutan kematian Saliza, tertuduh kini berdepan hukuman mati di tali gantung setelah didakwa membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Mangsa yang hampir 85 peratus melecur dalam kejadian itu, meninggal dunia di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Februari lalu, selepas 12 hari bertarung nyawa.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana perbuatan tertuduh adalah sesuatu yang serius.
"Dia membakar bilik teman wanitanya dengan mengetahui dua anak kecil wanita itu berada di dalam bilik tersebut dan tertuduh bertindak melarikan diri tanpa mempedulikan kedua-dua bayi itu," katanya.

16

Bagus
17

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 18-3-2014 11:09 AM
Selayaknye pembunuh dihukum mati.
Quote cindelira 18-3-2014 11:10 AM
masalah mental kot ni....
Quote ice_sky92 18-3-2014 11:11 AM
Kenapa 12 tahun je? Tak adil. Sepatutnya dihukum mati.
Quote berancuk 18-3-2014 11:11 AM
selayaknyalah pembunuh melayu muslim sunni ini
Quote slippergombak 18-3-2014 11:12 AM
malaysia masih aman....
Quote poyohabis 18-3-2014 11:13 AM
patutnye hukum bakar kat lelaki nie..gile sial ko dah sedap2 gan mak nye tak nak kat anak dia bakar lak anak dia...
Quote DeMax 18-3-2014 11:13 AM
mjla posted on 18-3-2014 11:09 AM
Selayaknye pembunuh dihukum mati.

Selayaknya dlm cell sepanjang hayat
Quote reenz013 18-3-2014 11:15 AM
pancung terus dia ni
Quote tintabiru73 18-3-2014 11:16 AM
mjla posted on 18-3-2014 11:09 AM
Selayaknye pembunuh dihukum mati.

titis lilin kat kxnxk seumur hidup...
Quote akughi 18-3-2014 11:19 AM
ice_sky92 posted on 18-3-2014 11:11 AM
Kenapa 12 tahun je? Tak adil. Sepatutnya dihukum mati.

12thn tuk hukuman bakar anak....tapi gantung tuk bunuh mak nyer.....
Quote jari10 18-3-2014 11:24 AM
slippergombak posted on 18-3-2014 11:12 AM
malaysia masih aman....

ye Malaysia masih aman..tapi penghuninya yg tidak aman dan menyumbang kpd ketidakamanan negara

Quote ais_kosong 18-3-2014 11:24 AM
2x okt buat!!!

Quote sapp73 18-3-2014 11:25 AM
memang keji...baby tu baru berusia 1thn 3 bulan ngan 2 bulan...apa dosa baby tu..

Bagaimanapun berikutan kematian Saliza, tertuduh kini berdepan hukuman mati di tali gantung setelah didakwa membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.


moga disabitkan kesalahan
Quote scarflicious 18-3-2014 11:26 AM
pening aku dgn manusia macam gini. Sudah hilang pertimbangan. Otak memasing campak dlm longkang.
Quote ibu_haritz 18-3-2014 11:27 AM
ape masalah ko ni setannnnnnnn...
ko dh bakar mak dia smpi meninggal..
pada sape anak ni nk dptkan kasih syg lagi....
dahlah sakit melecur, mak meninggal...ayah ntah kemana...
Quote anishacute 18-3-2014 11:29 AM
Tgk mukanaya pon dah tau jenis panas baran, kuat cemburu etc etc etc
Quote Dewa19XKangen 18-3-2014 11:32 AM
ang nak sangat memant*t awalnya,selepas tu baru tau habuan dapat perangai yang huduh
Quote rosasa 18-3-2014 11:33 AM
jahatnya perangai
Quote leftrani_kel 18-3-2014 11:39 AM
sila hukum mati jer org ni...

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048737 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top