CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al-Quran Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Haram

24-3-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3155| Komen: 5


Antara al-Quran lusuh yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

ROMPIN – Gerak hati untuk berlegar-legar serta membuat pusingan kali kedua dengan motosikal di Pusat Pertumbuhan Desa Tanjung Gemok memberi jawapan di luar jangkaan kepada seorang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) di sini.

Kassim Abd Manap. 57, yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 10 pagi memberitahu, terkejut apabila melihat lebih 20 naskhah al-Quran telah dibuang di kawasan pembuangan sampah haram.

Sebelum memastikan penemuan tersebut, beliau pada mulanya tidak sedap hati apabila melihat terdapat kain kuning di kawasan pembuangan sampah haram itu dan berhenti untuk melihatnya dengan lebih dekat.

“Kebiasaannya saya akan melalui kawasan tersebut hanya sekali sahaja tetapi pagi semalam tergerak hati untuk pusing kali kedua  dan ketika itu baru saya nampak kain kuning lalu timbul rasa pelik dan mahukan kepastian dan cuba melihatnya dengan lebih dekat.

“Bila saya menghampiri kain kuning itu, saya nampak longgokan buku tetapi pada mulanya tidak perasan itu adalah al-Quran. Saya cuba melihat dengan lebih dekat untuk memastikan ia buku apa, terkejutnya saya bahawa ia adalah longgokan lebih 20 naskhah al-Quran dan surah Yasin,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang berasa tidak sedap hati dengan penemuan tersebut terus menghubungi Biro Keselamatan JKKK Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar, 50, untuk memaklumkan mengenai hal itu.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab sebegini yang seolah-olah menghina kesucian al-Quran kerana al-Quran yang dibuang itu telah bercampur dengan botol arak yang turut dibuang di kawasan itu.

“Dalam keadaan negara yang menghadapi pelbagai isu ini, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sebegini. Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada pasukan Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin yang segera bertindak.

Dalam pada itu, Azhar yang turut sama mengutip al-Quran berkata apa yang terjadi akan menjejaskan imej orang Islam itu sendiri.

“Kenapa orang Islam sekarang begitu mengambil ringan isu begini kerana dengan mudah membiarkan al-Quran dibuang begitu sahaja sedangkan ia adalah kita suci yang patut kita pertahankan darjatnya,” katanya.

Menurut Azhar lagi, beliau berharap kes seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana ia akan memalukan agama Islam atas tindakan orang Islam itu sendiri.

Paid ambil tindakan susulan

Sementara itu, Timbalan Kadi Daerah Rompin, Mohd Nor Senawi yang ditemui ketika mengetuai pasukan Penguatkuasa Paid Rompin yang melakukan siasatan di lokasi kejadian melahirkan rasa kecewa dengan penemuan tersebut dan menegaskan tindakan susulan akan diambil.

Menurutnya, perbuatan membuang naskhah al-Quran di tempat yang tidak sepatutnya adalah satu penghinaan kepada kitab suci al-Quran dan agama Islam itu sendiri.

“Sepatutnya al-Quran yang sudah lusuh dan mahu dilupuskan perlu dibakar dan abunya ditanam atau buang ke laut. Kebiasaannya ia akan dihantar ke Paid sebelum dihantar ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Pahang untuk proses pelupusan.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci mengikut enakmen yang ada dan kemungkinan tumpuan siasatan adalah kepada sebuah premis berhampiran yang menempatkan sejumlah pelajar Islam. Ini kerana al-Quran lusuh yang dibuang itu turut ditulis nama yang kemungkinan nama pemiliknya,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 20-3-2014 11:15 AM
yang tukang buang tu sape lah. xpandai fikir. main sukati dia jer
Quote yayah8989 20-3-2014 02:42 PM
Byak benor x sedap hati kalo xnk quran tu sedekah jela kat masjid kan
Quote robotech 20-3-2014 02:47 PM
Ni musti Melayu Islam. Kan dah ada cara2 untuk pelupusan Al-Quran, bukan boleh macam tu hje buang kalamullah tu.

Patut le banyak bala menimpa umat Melayu Malaysia ni .....
Quote MegiTomyam 20-3-2014 05:11 PM
Tapi kenapa kain kuning ?
Quote bedahmulutpuaka 26-3-2014 09:01 AM
Allahu Akbar..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.043214 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top