CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Inmarsat guna kaedah fizik kesan MH370

26-3-2014 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8837| Komen: 31

LONDON - Firma rangkaian satelit Britain, Inmarsat menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh bunyi denyut elektronik atau 'ping' yang diterima satelitnya dari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menentukan destinasi akhir pesawat berkenaan di lokasi terpencil di selatan Lautan Hindi.


Penemuan baharu itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merumuskan kelmarin bahawa pesawat Boeing 777-200ER tersebut yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi dengan semua 227 penumpang dan 12 krunya terbunuh.

Kapal terbang itu dilengkapi sistem satelit Aero Klasik yang mengumpulkan maklumat seperti lokasi, ketinggian, arah dan kelajuan sebelum menghantar maklumat tersebut melalui rangkaian satelit Inmarsat ke pangkalan data firma berkenaan.


Sistem satelit itu dikenali sebagai Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS).
Namun, ACARS pesawat MH370 itu dimatikan atau tergendala pada awal penerbangan yang menyebabkan tiada maklumat yang diterima untuk mengesan kapal terbang tersebut.
Pesawat itu didapati m

asih menghantar bunyi 'ping' pada setiap jam yang diterima satelit Inmarsat.
Sekurang-kurangnya 'ping' itu dihantar lima jam selepas ia meninggalkan ruang udara Malaysia.

Bunyi 'ping' yang dihantar selepas semua sistem telekomunikasi pesawat terhenti menunjukkan kapal terbang Boeing itu terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang selepas melencong dari laluan penerbangannya ketika ia perlu memberitahu menara kawalan Vietnam.

Pesawat dari Kuala Lumpur sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada 8 Mac lalu.
Namun, bunyi 'ping' tersebut tidak mengandungi sebarang data tetapi hanya masa dan frekuensinya terkandung petunjuk-petunjuk matematik yang tersembunyi.

Pakar-pakar Amerika Syarikat dan Australia menggunakan maklumat frekuensi itu untuk memutuskan bahawa pesawat itu hilang di Koridor Selatan iaitu di Lautan Hindi dan bukan di Koridor Utara di Asia Tengah.


Maklumat tersebut turut menunjukkan bahawa pesawat itu bergerak pada ketinggian tetap melebihi 9,000 meter.
"Ia seperti menembak di dalam kegelapan (misi mencari lokasi akhir MH370).

"Saya memuji pasukan saintis yang dapat melakukan pengiraan tersebut," kata Timbalan Presiden Kanan Hal Ehwal Luar Inmarsat, Chris McLaughlin dalam wawancara bersama Perbadanan Penyiaran British (BBC).

"Hanya satu 'ping' digunakan untuk menyatakan bahawa pesawat itu masih terbang. Kami kemudian membandingkan MH370 dengan penerbangan Boeing 777-200 lain untuk merumuskan bahawa ia menuju ke selatan Lautan Hindi," katanya.

Menurut McLaughlin, berdasarkan masa yang diambil untuk isyarat 'ping' itu sampai ke satelit Inmarsat dan sudut penerbangan MH370, pihak Inmarsat kemudian memberikan dua laluan iaitu berpotensi MH370 iaitu Koridor Utara dan Koridor Selatan.

"Kami menggunakan kesan Doppler yang merupakan perubahan frekuensi disebabkan pergerakan sebuah satelit di orbit (untuk mengesan lokasi MH370)," tambahnya.

"Kami juga tidak mengetahui sama ada pesawat itu terbang pada kelajuan yang konsisten. Kami juga tidak mengetahui sama ada arahnya kemudian berubah," jelasnya.
Justeru, katanya, kami menggunakan kelajuan sistem pengesan penerbangan pandu automatik iaitu pada kira-kira 350 knot.

"Kami menggunakan apa yang kami tahu mengenai minyak dan jarak pesawat itu untuk dipadankan dengan maklumat 'ping' yang kita peroleh," tambahnya.
Saintis-saintis Inmarsat kemudian memeriksa isyarat 'ping' itu menggunakan teknik berdasarkan hukum fizik yang dikenali sebagai Efek Doppler yang ditemui pada kurun ke-19.

Efek Doppler pernah merungkaikan punca bunyi siren kereta polis berubah apabila ia menghampiri dan melintasi seseorang individu.
"Ia mengenai perubahan gelombang frekuensi MH370 dan kaitannya dengan satelit Inmarsat," kata seorang jurucakap firma berkenaan.

"Kami kemudian menganalisis data itu dan mendapati ia melalui laluan selatan," kata ketua komunikasi korporat Inmarsat, Jonathan Sinnatt. 


GAMBAR yang dirakamkan dari pesawat AP-3C milik Tentera Udara Diraja Australia menunjukkan lokasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi kelmarin

2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 26-3-2014 10:04 AM
Engineers solve real world problems



Quote gujiwa 26-3-2014 10:07 AM
Gila tak tercapai di akal aku masuk bab fizik ni..
Quote jengkoil 26-3-2014 10:12 AM
Kaedah fizik tersebut ada diajar kat skool tak?

Mcm hukum newton? teori bernoulli?
Quote ultra78 26-3-2014 10:14 AM
jengkoil posted on 26-3-2014 10:12 AM
Kaedah fizik tersebut ada diajar kat skool tak?

Mcm hukum newton? teori bernoulli?

Doppler effect katanya


Quote OmJualGas 26-3-2014 10:16 AM
sebenarnya bomoh vip 1malezia pun guna kaedah fizik ni cuma dia tak pandai nak explain,
itu yang guna bubu, buluh, tembikai bakul mendayung tikar terbang segala tu... Last edited by OmJualGas on 26-3-2014 10:25 AM

Quote pinky_incognito 26-3-2014 10:22 AM
perghhh xdpt terbayang mcm mane dorang process data tu, ak dlu kat uni nk kne buat analysis signal sket pon mcm nk terguling2.
inmarsat, gud job!
Quote brownstone 26-3-2014 10:28 AM
Rasa pernah dgr doppler masa bljr radar dlm fizik dulu...

Lagi satu masa belajar kalkulus ada mcm jenis theorem nak kena mahir...

Science not religion solve the problem...
Quote jengkoil 26-3-2014 10:28 AM
ultra78 posted on 26-3-2014 10:14 AM
Doppler effect katanya

Mampus tak paham...nak kena masuk skolah blk ni...

TheDoppler effect(orDoppler shift), named after theAustrianphysicistChristian Doppler, who proposed it in 1842 inPrague, is the change infrequencyof awave(or other periodic event) for anobservermoving relative to its source. It is commonly heard when a vehicle sounding asirenor horn approaches, passes, and recedes from an observer. Compared to the emitted frequency, the received frequency is higher during the approach, identical at the instant of passing by, and lower during the recession.When the source of the waves is moving toward the observer, each successive wavecrestis emitted from a position closer to the observer than the previous wave. Therefore each wave takes slightly less time to reach the observer than the previous wave. Therefore the time between the arrival of successive wave crests at the observer is reduced, causing an increase in the frequency. While they are travelling, the distance between successive wave fronts is reduced; so the waves "bunch together". Conversely, if the source of waves is moving away from the observer, each wave is emitted from a position farther from the observer than the previous wave, so the arrival time between successive waves is increased, reducing the frequency. The distance between successive wave fronts is increased, so the waves "spread out".For waves that propagate in a medium, such assoundwaves, the velocity of the observer and of the source are relative to the medium in which the waves are transmitted. The total Doppler effect may therefore result from motion of the source, motion of the observer, or motion of the medium. Each of these effects is analyzed separately. For waves which do not require a medium, such as light orgravityingeneral relativity, only the relative difference in velocity between the observer and the source needs to be considered.

sumber Wikipedia
Quote Bell 26-3-2014 10:31 AM
Doppler effect tidak diajar di sekolah menengah tp diajar di university. Siapa ambik engineeering, physics di univ mesti tahu pasal doppler effect...
Quote Bell 26-3-2014 10:34 AM
http://en.wikipedia.org/wiki/Doppler_effect
Quote reddots 26-3-2014 10:45 AM
oo ni ada yg share video tentang penerangan doppler effect ni oleh Prof. Madya Dr Aduati Sali, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM.

baru la paham..
Quote reddots 26-3-2014 10:52 AM
tgk sini pasal doppler effect tu..



[fbv]616009225134806&set=vb.106812712721129&type=3&theater[/fbv]
Last edited by reddots on 26-3-2014 10:56 AM

Quote nw111 26-3-2014 10:57 AM
Physicist ni mmg org2 cerdik...respect aku..
Kalau albert einstein masih hidup, mesti dia berjaya solve misteri ni dgn jayanya...
Quote kak_sue 26-3-2014 11:07 AM
jengkoil posted on 26-3-2014 10:28 AM
Mampus tak paham...nak kena masuk skolah blk ni...

TheDoppler effect(orDoppler shift), named af ...

Macam gini kot....
Quote crankshaft 26-3-2014 11:38 AM
kak_sue posted on 26-3-2014 11:07 AM
Macam gini kot....

Apa bau hangit kat dapur nko tuu? Habiskan lah urusan rumah tuu dulu......dah nak masuk waktu lunch tempat nko khennn?

sibuk berdoppler kat sini pulak nko......



Quote popjack 26-3-2014 11:45 AM
Ooooo.......
Quote akughi 26-3-2014 11:48 AM
sat gi ni mesti ade yg mulut busuk nak menyalahkn itu ini.....tunggu dan lihat
Quote MissNigga 26-3-2014 12:05 PM
genius betoi ler engineer physic nie ..... tabek spring

kat porem ni pun ramai gak yang berlagak genius tapi .. persis tong kosong ... yang tak leh blah tu, biler berdebat, just pakai cut and paste... bukannya hasil komen sundirik
Quote asher 26-3-2014 12:10 PM
harap kiraan dia btol..jgn jumpa kt tmpt lain sudah..makin bertambah misteri la jwbnyer...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top