CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenayah Dikalangan Pelajar Semakin Serius - Menteri

31-3-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5287| Komen: 21

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan sekolah diingatkan supaya memantau tingkah laku pelajar kerana laporan menunjukkan kegiatan jenayah mula wujud dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sehingga 18 tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegiatan jenayah dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar kini dilihat membimbangkan berikutan mereka mula terjebak dengan kumpulan gangster.

"Kita khuatir ada dokongan samseng di luar sekolah dan kita akan lakukan siasatan sama ada mereka (pelajar) telah direkrut oleh kumpulan samseng.

"Kita bimbang kegiatan jenayah dalam kalangan kanak-kanak mahupun pelajar-pelajar melebihi daripada laporan yang diterima kerana ada sesetengah sekolah yang berprestij tidak mahu melaporkan kepada polis aktiviti jenayah yang berlaku," katanya.

6

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luvly_eone 30-3-2014 12:18 PM
Kalau bantai org smpi patah rahang dan btg hidung tu kategori apa ye?

Or takde istilah samseng utk umat vvip ni
Quote mak_wa95 30-3-2014 12:19 PM
Siannya muntri...dengan budak2 pun takut....dengan orang  atasan yang buat jenayah besar2 xde pula dia nak bersuara...dengan sedara kandung dia dari seberang tu buat jenayah xde pula dia nak bersungut...
Quote airfilterkotor 30-3-2014 12:58 PM
So... nak wujudkan makmal kaji selidik ke tidak neh?
Quote R2D2 30-3-2014 01:08 PM
airfilterkotor posted on 30-3-2014 12:58 PM
So... nak wujudkan makmal kaji selidik ke tidak neh?

tu pasti
ada la jobs utk pesara-pesara gomen
Quote mommymonster82 30-3-2014 01:11 PM
Memantau jelah keje nya..nak buat pa semua xboleh...so pantau
Quote BurningTimes 30-3-2014 01:16 PM
ini baharu masuk gangster dan jenayah bagai,
belum kira lagi sakai sakai felda pprt duk merempit sekali dengan bohsia2 lokal,
bila naik motor balik sekolah siap gagah lagi tak pakai helmet,
sambil bawak motor bagaikan di jalan bapak dia seko,
akak hanya mampu tersenyum sahaja kalau ada budak2 sekolah rempit ni eksiden mampos.
Quote edee_91 30-3-2014 01:19 PM
dikalangan dikalangan... dalam kalangan lah.
Quote prettyuglybabe 30-3-2014 02:28 PM
mana la anak-anak tak gangster.. tengok la mak bapaknya sikap cam mana.. tengok kat forum je sudeh..
Quote Innrukia 30-3-2014 02:35 PM
prettyuglybabe posted on 30-3-2014 02:28 PM
mana la anak-anak tak gangster.. tengok la mak bapaknya sikap cam mana.. tengok kat forum je sudeh.. ...

Mak bapak & cikgu2 sama naik kat forum...
Quote bbalik 30-3-2014 03:08 PM
Sbb kedunguan d kalangan muntri semakin serius...
Quote annehuda 30-3-2014 03:17 PM
benda mcm ni pun nk dipolitikkan? come on la.. so one day kalau suami anda masing2 mati pucuk tu pun salah menteri? bg aku masalah disiplin bermula dr rumah. kalau anak2 pun dah berani pijak kepala makbapak, ngan org lain pun die dah tak heran.

maap saya bukan macai mane2 parti politik
Quote noor2 30-3-2014 03:19 PM
anak i tingkatan 1 bagitau ...kawannya kena sebat sekali...sebab merokok dan ponteng kelas duk main game kat shopping mall.....


dahla sekolah depa  sepelaung ja shopping mall tu....

hishhh baru tingkatan 1 dah merokok...
Quote pakwetizzaqyah 30-3-2014 05:51 PM
jenayah jawa jadi menteri dalam negeri tk serius ke wak oi?
Quote ikan_kaghing 30-3-2014 09:26 PM
Aku salahkan ibubapa yang jahil dan

lambakan guru yang tiada kualiti.
Quote -electrifying- 31-3-2014 10:02 AM
BurningTimes posted on 30-3-2014 01:16 PM
ini baharu masuk gangster dan jenayah bagai,
belum kira lagi sakai sakai felda pprt duk merempit se ...

1st time aku sokong ang dgn statement felda pprt ko tu,
Quote Lina66 31-3-2014 10:32 AM
BurningTimes posted on 30-3-2014 01:16 PM
ini baharu masuk gangster dan jenayah bagai,
belum kira lagi sakai sakai felda pprt duk merempit se ...



Kagum tengok sekolah2 rendah di Malaysia... belom cukup umur dah bleh bawak motor ke sekolah..
Paling sadis budak2 ni tak pakai helmet...

mak ayah mereka tak risau ke tentang keselamatan anak2 dorang?  Pihak sekolah pon mcm buat donno je?


Dekat sini jgn harap la budak2 ni dpt naik motor sendiri ke sekolah.... mau dengan motor2 and mak ayah skali kene hangkot g balai...
Quote sofea_jenab 31-3-2014 11:46 AM
Semuanya bermula dri rumah...rmai mak ayah skrg sibuk bekerja sampai xde masa nk pantau ank2..

Lagi satu mak ayah hanya nk ank2 pandai dlm pelajaran tanpa menitik beratkan soal akhlak, jati diri dan ibadah ank2.
Quote annehuda 31-3-2014 11:49 AM
Lina66 posted on 31-3-2014 10:32 AM
Kagum tengok sekolah2 rendah di Malaysia... belom cukup umur dah bleh bawak motor ke sekolah.. ...

ms kes budak mati kene langgar dpn sekolah hari tu, aku penah terbaca satu statement ni, kalau kite terlanggar budak sekolah tgh pakai uniform, tak kirelah budak tu naik motor takde lesen ke tanpa helmet ke ttp kite yg bersalah... sbb tu makbapak tak takut kot anak2 mcm tu

Quote isseliparjepun 31-3-2014 12:50 PM
BurningTimes posted on 30-3-2014 01:16 PM
ini baharu masuk gangster dan jenayah bagai,
belum kira lagi sakai sakai felda pprt duk merempit se ...

Aku pun nak buat gitu jugak. Kengkadang aku berharap balasan diorang tu biar depan mata aku, biadap sangat lalu lalang merempit depan dewan sekolah, anak aku tengah exam.

Jangan salahkan cikgu ye pasal kes-kes cenggini. Kat tempat aku, cikgu siap datang rumah lagi bitau mak bapak perangai anak diorang, panggil mak bapak ke sekolah pun ada. Tapi ape la cecikgu tu dapat, lagi dimaku hamun mak bapak ade la.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089366 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top