CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kos Hospital Shah Alam Meningkat Ke Rm550.8 Juta

1-4-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7736| Komen: 39


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan telah membazirkan RM70 juta bagi projek membina Hospital Shah Alam.

Beliau dalam sesi soal jawab pagi tadi berkata pembaziran itu berlaku kerana projek yang sepatutnya dijadualkan siap dalam masa dua tahun telah dilanjutkan sehingga enam tahun.

"Bagaimana kerajaan hendak tentukan pembaziran ini tidak berlaku lagi selepas ini untuk projek-projek lain.

"Apakah menjadi perkara biasa bagi Kementerian Kerja Raya projek-projek memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan?"soalnya.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin jumlah keseluruhan kos projek yang terlibat sehingga ini sebanyak RM550.8 juta.

Katanya, sebanyak RM 410.8 juta adalah kos kontrak semasa manakala RM 140 juta lagi melibatkan bayaran kos kontrak terdahulu yang telah ditamatkan pada September 2010.

Tambahnya, kos yang terlibat pada awalnya sebanyak RM 480.6 juta kerana kegagalan kontraktor pertama jumlah kos yang baru adalah RM 550.8 juta.

"Pihak kerajaan telah mengambil tindakan dengan menubuhkan panel awam dalam masa sama kontraktor asal dikenakan tindakan undang-undang,"katanya.

Masalah projek Hospital Shah Alam sering dibangkitkan oleh Khalid bahkan perkara ini turut diakui oleh Rosnah.

Projek Hospital Shah Alam telah dimulakan pada 15 November 2007 dan  dijangka siap pada 25 Jun 2011, tetapi hari ini Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan projek itu akan siap sepenuhnya 24 September 2014.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sup@rm@n 1-4-2014 12:24 AM
Ni baru satu. Yang lain2 tu tataula perabih duit rakyat brape juta plak.

Kang ade macai yg kata kerajaan di selangor tak suka pembangkang di selangor buat hospital.

Sama macam kes ketenteraan. Baru tanya skit dah melenting. Padahal tanak berlaku pembaziran. Kapal perang naval boustead baru keluar brape bijik padahal berbillion2 dah abis. Kapal selam usah cerita la, komisen yg kasik kat razak baginda tu elok leh beli kapal baru ganti kapal perang malaysia yg buruk2 tu.

Cakap skit melenting. Aptb
Quote daitechgroup 1-4-2014 12:45 AM
beza cerdik dan jahil . bila berbicara satu topik, mereka akan berprasangka dan personal attack orang lain.

Quote satriastendet 1-4-2014 01:08 AM
Kalau x silap, pembinaan hospital shah alam ni ada kaitan dgn permintaan kerabat. Bukan salah gov semata2.  Kthxbai
Quote Acong 1-4-2014 04:55 AM
bahalol mana buat projek tak siap2?
Quote crankshaft 1-4-2014 06:05 AM
No isu...rakyat boleh tangguh sakit mereka sehingga hospital siap.....

Takda Hal.....

Quote Al-Patih 1-4-2014 06:22 AM
Pua to push for PAC probe on botched Shah Alam hospital project
Post on 9-12-2009 01:57 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=453934

KUALA LUMPUR, Dec 9 — DAP chief economist Tony Pua said he will pushfor a Public Accounts Committee (PAC) investigation into the botchedShah Alam hospital project when it meets in Parliament today. The Shah Alam hospital has become yet another government project hit by accusations of discrepancies when an online news portal alleged that its construction cost had inflated by 60 per cent or to RM482 million from its initial budget of RM300 million.

dah 5 tahun ...poong tak ado apo apo dari PAC....
Quote cikglemer 1-4-2014 06:57 AM
Ini dulu bagi kroni la ni modal dua hengget kut...
Quote R2D2 1-4-2014 08:08 AM
bangunan MATRADE lagi la
lewat siap 9 tahun
kerajaan rugi RM159 juta


busuk2 pun Melayu kita jugak
Quote blackred99 1-4-2014 08:09 AM
berani btol si khalid ni, bkn dia tak tau sape main contractor hospital tu..
Quote Acong 1-4-2014 08:15 AM
Al-Patih posted on 1-4-2014 06:22 AM
Pua to push for PAC probe on botched Shah Alam hospital project
Post on 9-12-2009 01:57 PM
http:// ...

cina tak sodar diri mau kena tulah?
Quote petola 1-4-2014 08:35 AM
dpt projek jual 10 juta masuk poket
terbengkalai
dpt revise jual lagi masyuk lagi
revise lagi jual lagi masykk lagi

nak cakap pun nyakitkan hati jer..
Quote airfilterkotor 1-4-2014 08:42 AM
Proyek-proyek under gomen watchdog meme kebanyakannya memanjang masalah.

Ada dua kemungkinan:
1:
Bilamana kakitangan bawahan bertungkus lumus buat kerja,
tetapi ada barua yang ada kepentingan peribadi kacau daun pi sumbat kampeni tarap barua untuk rangkul proyek.

2:
Dari awal stage sampai award tender dah okay, kampeni yang dapat pun bukan jenih barua... tapi,
level daerah plak banyak barua-barua yg suka menyusahkan kampeni yang tak barua neh.
Ada orang lama dalam industri bilang (bukan aku) depa ni dah macam lanun.
Paw keliling pinggang... haji ke, tak haji ke, sama jaa.
Kalo dah macam ni ingat kampeni tak barua ni senang nak buat kerja ker...?


Jadik, berbalik kepada saranan PM Najib yakni rakyat mesti belajar ikat perut berjimat cermat hemah berbelanja...
Terpikir plak aku, perlu kita ikut ker...?

Quote dasatgiler 1-4-2014 08:45 AM
--deleted--too--much--confidential--information--

sendiri pi baca kat sini at your own risk:

http://bit.ly/1fhygj2 Last edited by dasatgiler on 1-4-2014 09:18 AM

Quote R2D2 1-4-2014 08:45 AM
rakyat sahaja yg perlu berjimat
sebab tu ada lakonan pemimpin cari barangan harga murah
Quote airfilterkotor 1-4-2014 08:50 AM
Kalu level proyek besar macam sepital cenggini, lazimnya melibatkan barua-barua kerusi empuk.
Quote petola 1-4-2014 08:58 AM
dasatgiler posted on 1-4-2014 08:45 AM
umno rompak? khalid samad hang berani ke gegar pintu istana bukit kayangan kat shah alam tu?
...

semua org dah maklum menda ni

yg digegar ialah gomen dan kementerian kerjaraya yg buat kerja selekeh..
Quote SeriBunga 1-4-2014 09:04 AM
kesahnya.. jenuh gak aku tunggu projek ni nak siap
masalah x abis2
Quote petola 1-4-2014 09:13 AM
SeriBunga posted on 1-4-2014 09:04 AM
kesahnya.. jenuh gak aku tunggu projek ni nak siap
masalah x abis2

macammana nak siap duit kontraktor habis disapu oleh kerabat in advance
itu yg kita nampak..
Quote tekken 1-4-2014 09:25 AM
Bukan ke kontraktor dia kerabat jugak..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.209102 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top