CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pengkid & Kekasih Curi Anak `Kakak Ipar '

7-4-2014 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11442| Komen: 67

Gambar hiasan


Kluang: Kempunan untuk bergelar ‘bapa’, seorang pengkid berusia 20-an bersama kekasihnya berumur 16 tahun melarikan seorang bayi lelaki berusia setahun dari kediaman ibu mangsa di Kampung Tengah di sini, sejak lima hari lalu.

Bayi lelaki itu adalah anak tunggal kepada kakak kekasih pengkid yang juga ibu tunggal berusia 17 tahun.

Pengkid terbabit dipercayai melakukan perancangan rapi untuk melarikan bayi berkenaan, termasuk pada awalnya menemani ibu mangsa membeli-belah di pasar raya berhampiran Kampung Tengah, jam 2 petang, Rabu lalu.

Sejam selepas menemani ibu mangsa, pengkid itu memberi alasan mahu pulang ke rumah untuk menjemput mangsa dan kekasihnya.

Namun, ibu mangsa yang menanti mereka di pasar raya itu curiga apabila ketiga-tiganya tidak tiba di situ selepas lama menanti.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, ibu mangsa kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas mendapati anaknya, adiknya serta pengkid terbabit tiada di rumah.

“Ibu mangsa turut cuba menghubungi adiknya, namun gagal,” katanya Siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai dilarikan ibu saudaranya bersama seorang wanita berperwatakan lelaki.

“Kami percaya kedua-dua suspek membawa lari bayi terbabit untuk dijaga.

Kedua-dua suspek juga menjalin hubungan sejenis,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan bayi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 6-4-2014 05:47 AM
Yg ni bukan couple yg rejek 4 punai sbb pilih pipit tu kan abe tong
Byk pulak couple pipit cinta pipit...:lol
Quote bidacool 6-4-2014 06:15 AM
17 thn, one kid & single mom
16 thn & lover pengkid

Tak sekolah? Mak bapak buat apa?
Quote alinone78 6-4-2014 06:21 AM
Waduh....ada kes lain kot
Quote nurul_akmar 6-4-2014 06:28 AM
17tahun dh jd ibu tunggal?






Quote rospinki 6-4-2014 06:46 AM
Ada hati nk beranak..buat sndirila :lol
Quote md_nana 6-4-2014 07:28 AM
Lain mcm je org2 yg terlibat ni...
Quote jazaa 6-4-2014 07:49 AM
nurul_akmar posted on 6-4-2014 06:28 AM
17tahun dh jd ibu tunggal?

bersangka baik......
suaminya driver lori terbabit dlm kemalangan & meninggal dunia 5 bln lepas.....
Quote cHimo 6-4-2014 07:54 AM
Kempunan nak jadi bapakkkk ? hahaha ! Pengkid semakin mengada2
Quote mak_wa95 6-4-2014 07:56 AM
bidacool posted on 6-4-2014 06:15 AM
17 thn, one kid & single mom
16 thn & lover pengkid

silap2 mak depa pun ibu tunggal..susah dan dah xmampu kontrol anak..anak dah liar...biasanya ada ibu2 gini datang ngadu ke sekolah,bila pihak sekolah hantar surat memaklumkan ketidakhadiran ank ke sekolah...(surat amaran 1,2,3)
Quote mitnick 6-4-2014 08:02 AM
alahai..
kesian...
Quote amiraira 6-4-2014 08:36 AM
jazaa posted on 6-4-2014 07:49 AM
bersangka baik......
suaminya driver lori terbabit dlm kemalangan & meninggal dunia 5 bln lepas.. ...

Kesian dia..
Dh jatuh ditimpa tangga lak

Apasal la manusia ni kejam sesama sendiri
Wallahualam
Quote rogayahtop 6-4-2014 09:00 AM
tak semua orang hidup perfect mcm forumer cari.  

Quote shogun77 6-4-2014 10:17 AM
humak aihhh...
masing2 belasan tahun..except 'bapa'
Quote johndoe17 6-4-2014 02:24 PM
Nak wat anak xmampo sesama jenis...
Quote cendol 6-4-2014 02:28 PM
Hidup pun huru hara.. ada hati nak bela anak.. tp sekrg ni trend la depa dok bela anak angkat.. aku pun confuse.. risau camne budak tu membesar dlm persekitaran begitu..
Quote jetrofa 6-4-2014 02:29 PM
Pengkid mna pula lagi ni...bnyk nya cerita pengkid...musim kaa?
Quote bidacool 6-4-2014 02:58 PM
mak_wa95 posted on 6-4-2014 07:56 AM
silap2 mak depa pun ibu tunggal..susah dan dah xmampu kontrol anak..anak dah liar...biasanya ada i ...

Aku tak salahkan maknya klu dia pun ibu tunggal... yg salah semua bapak yg membuntingkan mak tu....
Quote Innrukia 6-4-2014 03:02 PM
bidacool posted on 6-4-2014 02:58 PM
Aku tak salahkan maknya klu dia pun ibu tunggal... yg salah semua bapak yg membuntingkan mak tu... ...

Spesis apak yg menabur benih ni berkeliaran di bumi Malaysia skrg...
Quote rosasa 6-4-2014 04:21 PM
Tadi 15 thn beranak, sekarang 17 thn ada anak 1..mak aih...

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.212993 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top