CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jonker Walk Untuk Cina Sahaja? – Azman Anuar

7-4-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10765| Komen: 95

Entahlah ini takdir atau suratan kepada bangsa Melayu. Zaman dahulu, Melayu yang meneroka dan membuka kawasan hanya mendirikan pondok, Cina yang masuk kemudian buka kedai dan bangunan, akhirnya beli tanah orang Melayu.

Daripada kawasan kampung bertukar wajah menjadi bandar. Tapi siapa yang duduk di bandar dan pekan sekarang.

Susah kita dapat lihat ramai peniaga Melayu berjaya dalam kawasan majoritinya Melayu. Ada, tapi boleh dibilang. Inikan pula kalau berniaga di kawasan bukan Melayu. Banyak dugaan dan cabarannya.


Minggu lalu tulisan saya tentang “Sewa tinggi, peniaga Melayu lari” mendapat respons daripada Mohamed Nasir Sulaiman dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Dalam emel itu katanya, masalah sewa tinggi bukan sahaja berlaku di Selangor, tetapi juga di Melaka. Baru-baru ini beliau dan keluarganya bercuti Kota Warisan unesco, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Antara tempat tumpuan yang ditujunya ialah Jonker Walk yang terkenal dengan pelbagai produk dan hasil seni. Tetapi katanya, perkara yang mendukacitakan keluarganya ialah tiada seorang pun peniaga Melayu di situ. Malahan tiada makanan halal dijual di pusat pelancongan itu.

Apabila beliau bertanya kepada salah abang beza tentang hal itu, maka jawapannya – kedai Melayu diletakkan di tempat lain, ini hanya untuk kaum Cina sahaja.

Kenapa perlu dibezakan antara peniaga Melayu dan Cina? Kenapa satu makanan halal pun tiada dijual di situ?

Mujur dalam perjalanan balik, kata Nasir, keluarganya terserempak dengan Kedai Aku & Dia yang menjual ondeh-ondeh (kuih buah Melaka). Dua orang makcik berniaga di situ.

Soalan pertama yang Nasir tanya kepada makcik itu adalah kenapa tiada satu pun kedai makanan halal di situ. Makcik itu dengan perasaan kecewa dan terharu meluahkan kesedihan di mana kedainya adalah satu-satunya kedai makanan Melayu di situ, yang lain dikuasai oleh kaum Cina.

Bahkan, kedai makcik ondeh-ondeh pun mereka hendak beli tapi pendirian makcik itu kental, biar apa pun terjadi, kedainya tidak menjadi mangsa kaum lain.

Pendirian makcik itu untuk menegakkan warisan perniagaan bangsa Melayu di situ patut dipuji. Ada pesanan daripada makcik itu: "Tolong-tolonglah sampaikan kepada yang berkenaan agar sistem satu kaum ini dihapuskan. Biarlah ia menjadi warga 1Malaysia seperti diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak."

Sebenarnya dalam hal seperti ini, kita bukan rasis atau bersikap perkauman. Tapi bagi Nasir, cara yang dilaksanakan di Jonker Walk umpama “kalau Batu Caves sentiasa dikorek, lama-lama akan jadi tanah rata”.

Begitulah kesimpulan yang beliau tafsirkan dalam monopoli dunia perniagaan ataupun pemilikan hartanah.

Benar kata Nasir, kita bukan hendak menjadi juara dalam perkara ini. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, satu hari nanti Melaka yang dikenali dengan pahlawan Melayu akan hilang status kepahlawanannya.

Dalam Malaysia, tak sepatutnya kawasan perniagaan dibolot oleh satu kaum sahaja. Jalan-jalanlah di kawasan beli-belah dalam kawasan pelancongan segi tiga emas Kuala Lumpur, hakikatnya hal ini tak berlaku.

Di sebaliknya, kita berasa pelik tak apabila satu kedai runcit Cina boleh terus bertahan dan berkembang maju dalam kawasan penduduk majoritinya Melayu.

Maknanya apa – peniaga Cina itu sebenarnya mengharapkan pembeli Melayu. Tapi bolehkah kawasan perniagaan yang dikuasai kaum Cina membuka ruang untuk peniaga Melayu?

Dalam dunia bisnes memang adat kena bersaing. Tapi janganlah satu kaum itu sahaja yang ingin bolot semua kekayaan. Apalah salah kaum Cina membantu peniaga Melayu dengan menunjuk ajar cara berniaga dan mengurus kewangan dengan betul.

Rasanya hal ini bukan masalah besar kecuali kalau sudah terpendam rasa dengki dan iri hati. Kita mengharapkan semua bangsa boleh bantu peniaga Melayu.

Paling utama, orang Melayu kena sokong peniaga bangsanya dahulu.

Dalam jiwa orang Melayu perlu ada sentimen bantu bangsa sendiri. Kalau kita bantu mereka, sekurang-kurangnya kita jadikan mereka kaya. Bila kaya kita harap mereka tidak lupa bayar zakat, menderma untuk orang susah.

Secara tak langsung orang Melayu Islam seperti ini dapat membantu bangsa dan agama kita.

Langkah pertama untuk kita jayakan jihad ini ialah bantulah peniaga Melayu. Belilah barangan mereka. Utamakan pembelian di kedai Melayu.

Tidak kiralah kedai runcit, kedai pakaian, kedai dobi, restoran, kedai elektronik, kedai alat tulis, kedai jahit atau apa sahaja jenis kedai asalkan Melayu. Insya-Allah perniagaan mereka akan maju.

Semua ini boleh dilakukan sebab kuasa beli ada di tangan kita. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 7-4-2014 12:57 AM
Kedai Mamak, kedai Melayu,

Kedai siapa lagi berjaya?
Quote munchkin 7-4-2014 01:08 AM
lama dah tak pergi jonker walk
Quote tobby 7-4-2014 01:29 AM
tak payahlah terhegeh2 nak meniaga di situ ... meniaga pekan rabu udah ..
Quote jonkunyit 7-4-2014 01:34 AM
bagaimana pula dengan jalan petaling?
Quote BotakChinPeng 7-4-2014 01:50 AM
Kedai di Jonker Walk pun adalah simbol kemunduran. Macam kedai lain.


Seperkara lagi,
dulu majoriti cina datang jadi kuli & hamba abdi.

Pekerja MalaysianInsider juga macam penulis utusan gak. Spesis menghuni setinggan. Miskin hina
Quote revolusi_30 7-4-2014 01:56 AM
Mulayu sundrik tak pandai niaga. Nk salahkan cina.
Quote BotakChinPeng 7-4-2014 02:01 AM
Setakat sewa tempat kecik mcam reban untuk jual barang buatan orang lain.... buat malu saja. Itu pasal miskin .Tak tau berniaga

Tinggal di bandar pun tak guna kalo setakat menghuni flat, rumah kedai, setinggan
Quote totokreturn 7-4-2014 02:39 AM
abam ipor aku nak meniaga... dan dah jumpa core niaga dia.. aku cakap teruskan jangan pusing kiri kanan dah... dia cari kedai sebijik... aku tanya kat mana, dia kata nak cari area ampang dan dapat sewa kedai RM3.5k sebulan... aku cakap elok tepi jalan dan amik terus....

dia kata mahal sewa.... aku cakap amik ajer... mahal sewa akan jadi motivated untuk kita cari sales sampai lepas bayar sewa dan pekerja.... dia takut nak amik kedai takut jugak takleh bayar sewa... berkali2 aku suh amik... lama diam.. bila jumpa sekali lagi tanya camna kedai arituh dah niaga belum.. katanya tak jadi meniaga...

melayu....
Quote faraway1 7-4-2014 04:54 AM
so what, sebab melayu nak dapat subsidi murahkan sewa ke?
cubalah bersaing jangan asyik komplen aje.
Quote Idelgo 7-4-2014 05:20 AM
layanan dan servis kena la bagus dan memuaskan hati pelanggan baru la peniaga tu boleh dapat pulangan yang lumayan.
Quote noraidil_06 7-4-2014 05:58 AM
totokreturn posted on 7-4-2014 02:39 AM
abam ipor aku nak meniaga... dan dah jumpa core niaga dia.. aku cakap teruskan jangan pusing kiri ka ...

rm 3.5k mhl ke? Adoyai.  kt temerloh pun ade kedai yg sewa rm7k/mth.  bkn kate melayu,  cina pun bungkus.  
Quote Dewa19XKangen 7-4-2014 08:12 AM
ini adalah tentang struggle to remain living,yang kahaq ja idup..
Quote totokreturn 7-4-2014 08:36 AM
noraidil_06 posted on 7-4-2014 05:58 AM
rm 3.5k mhl ke? Adoyai.  kt temerloh pun ade kedai yg sewa rm7k/mth.  bkn kate melayu,  cina pun b ...

Tuh laa.. aku ckp cina kat tgh kl kita tgk pelanggan nak berenti beli barang pun takder parking sewa sampai 10k.... cuba laa masuk niagaa dulu... push diri cari untung untuk cover bayar sewa kedai dan pekerja jer.... melayu kena masuk niaga kalu nak maju.... last2 duit jual rumah flat simpan dia abis jalan2 gi langkawi sampai ke bukit kayu hitam... sekarang bawak lori sambil busy mesyuarat ketuanan melayu setiap minggu flat dia..dia pengerusi kat flat dia...
Quote sahamboi 7-4-2014 08:49 AM
Cina amalkan double standard sejak zaman merdeka lagi. Kononnya mereka kata melayu juga amalkan yang sama padahal itu adalah perjanjian supaya cina2 ni dapat menetap di malaysia dan tidak dihantar pulang.

Kalau gaji memang melayu rendah, kalau kadar sewa pula memang melayu terpaksa bayar tinggi.

Jadi boikot perniagaan orang2 cina adalah lebih baik. Melayu perlu jalankan perniagaan sendiri biar melingkup orang2 cina. Lambat bermula adalah lebih baik dari tidak mulakan lansung. Cuma yang sedih bila melayu sendiri yang menjahanamkan bangsa sendiri...
Quote masa_lalu 7-4-2014 08:55 AM
sahamboi posted on 7-4-2014 08:49 AM
Cina amalkan double standard sejak zaman merdeka lagi. Kononnya mereka kata melayu juga amalkan yang ...

kat area rumah aku kedai runcit cina memang sendu la
tentu tokey kedai tu maki hamun mak bapak tok nenek dia sebab amal double standard dulu2
bila melayu dah sedar mereka pun terasa bila kena balik
Quote mohid 7-4-2014 09:10 AM
jonker street antara tarikan d melaka.

siok susur2.. tinjau2...belek2 kedai ala2 angkat meja d situ

tp yg terkilan..ramai melayu yg kemarok beli makannan ala baba nonya hgga sanggup beratur!!!! melayu yg kebuluk sgt .

sbbnya xda gerai makanan MELAYU d situ kecuali onde2 makcik...cepat habis lak tu

siapa salah ......peniaga melayu pupus kah atau double standard ??????
Quote salimrock 7-4-2014 09:17 AM
kat jonker street tu bukan ke ada makan hwang kasturi.....


itu la wa cakap hang tuah tu cina, hang pa tak caya.........

hang tuah tu hwang tuah la....

smpai skrg masih ada cina yg berketurunan hwang ni..........

dn takde melayu berketurunan hang....

wan, nik, megat ada la....
Quote chaoyunjie 7-4-2014 09:27 AM
ya aku pn mengharpkan orang2 melayu sokong kedai2 melayu...
lain la kalau kawasan tu tak de 1 kedai melayu....

Quote cicikaembong 7-4-2014 09:35 AM
salimrock posted on 7-4-2014 09:17 AM
kat jonker street tu bukan ke ada makan hwang kasturi.....



Err..kiranya nama sbnr hang tuah ialah hwang tu ah?

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.204918 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top