Dungun: Seorang gadis dipercayai tokan dadah sanggup membahayakan keselamatannya apabila cuba terjun dari tingkap kediamannya di Jalan Santong Paka, dekat sini, untuk melarikan diri daripada ditahan sepasukan anggota polis yang menyerbu rumah berkenaan, semalam. Bagaimanapun, gadis berusia 22 tahun itu tidak sempat berbuat demikian apabila dihalang polis. Hasil pemeriksaan dalam serbuan jam 11 pagi itu, polis menemui 14 straw berisi 130 biji pil kuda yang diletakkan di dalam kotak rokok di dalam poket jaket hitam yang tergantung di dalam biliknya. Gadis berkenaan yang belum berkahwin sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut serta hasil ujian mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine. Sebelum serbuan dilakukan di rumah berkenaan, sepasukan enam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail mengadakan operasi di bawah Jambatan Paka, dekat sini, jam 7 pagi. Dalam serbuan itu, polis memberkas lapan lelaki berusia antara 26 hingga 42 tahun yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi memperoleh bekalan dadah dan melepaskan gian. Selain itu, seorang suspek berusia 34 tahun yang datang ke situ untuk menjual dadah terkejut dengan kehadiran polis dan cuba melarikan diri, namun dia diberkas. Pemeriksaan polis menemui sebotol serbuk putih dipercayai heroin seberat 3.9 gram yang disorokkan di dalam seluar dalamnya dan 0.2 gram pil kuda yang dihancurkan di dalam satu straw. Gambar hiasan Beberapa minit selepas itu, seorang lagi rakan suspek yang masuk ke kawasan itu turut diberkas. Polis menemui sebotol heroin seberat 3.3 gram di dalam beg sandangnya. Ketiga-tiga suspek termasuk gadis terbabit disiasat mengikut Seksyen 39 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut. Lapan lagi suspek yang ditahan serta positif mengambil dadah jenis morfin turut ditahan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.
|
11
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina posted on 8-4-2014 07:25 AM
Kat kota bharu budak prempuan 16thn simpan pil kuda...siap leh ikat jamin 1500 jah..cehh ..
alieyrina posted on 8-4-2014 07:25 AM
Kat kota bharu budak prempuan 16thn simpan pil kuda...siap leh ikat jamin 1500 jah..cehh ..
ADVERTISEMENT