CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Ayam Cuma Rm1.90 Di Terengganu

8-4-2014 03:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15950| Komen: 88

Gambar hiasan

BESUT, TERENGGANU - Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api, masih ada peniaga di sini tetap menjual dengan harga lama.

Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gong Kemuntong, Jertih, Ramli Mat Zaid, 43, berkata, dia masih mengekalkan harga nasi ayam yang dijualnya iaitu RM1.90 sepinggan, sejak premisnya yang terletak di depan Padang Astaka Jertih, di sini, beroperasi hampir lapan tahun lalu.

Menurutnya, harga nasi ayam biasa yang dijualnya masih sama tanpa mengubah saiz ayam dan nasi sejak dulu lagi walaupun harga ayam dan beras naik.

“Walaupun kekal dengan harga lama dan barangan pula semakin mahal, saya masih dapat untung meskipun tidak sebanyak ketika harga bahan mentah murah.

“Saya berniaga nasi ayam ini bermula daripada harga ayam sekitar RM4.50 sekilogram sehinggalah harga sekarang kira-kira RM6.50 sekilogram, namun saya masih mampu menjual dengan harga murah,” katanya yang mempunyai lapan pekerja.

Ramli berkata, memang menjadi hasratnya semasa memulakan perniagaan untuk menjual nasi ayam itu dengan harga RM1.90.

Katanya, pelanggan yang menempah nasi ayam dengan air minuman teh 'O' ais di kedainya hanya perlu membayar RM2.90 sahaja.

“Walaupun harga ayam meningkat, tetapi apabila pelanggan ramai berkunjung ke kedai kita, tetap memberi pulangan menguntungkan,” katanya yang menyediakan kira-kira 80 hingga 100 ekor ayam sehari.

Bagaimanapun katanya, bagi nasi ayam spesial, harga yang dijual telah naik sebanyak 50 sen pada awal tahun ini daripada RM3.00 menjadi RM3.50 sepinggan.
Sementara itu, salah seorang pelanggannya, Mohd Razali Mahmud, 31, berkata, dia menjadi pelanggan setia di kedai itu kerana harga nasi ayam yang dijual murah dan berpatutan.

“Langkah pengusaha kedai nasi ayam ini yang tidak menaikkan harga membuktikan peniaga masih mampu mendapat keuntungan walaupun harga barang mentah naik.
“Masalah sekarang, harga bahan mentah naik tidak seberapa, tetapi peniaga menaikkan harga makanan melampau-lampau,” katanya


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brums08 8-4-2014 11:04 AM
size ayamnya lebih kecil dari biasa agaknya...
Quote kenarikelabu 8-4-2014 11:08 AM
Pakcik ni jenis tak bersosial kot....tu yg relax je jual murah2....dah tak penah g mana2. tu yg jimat tuh tak rugi berniaga.
Quote Santeira 8-4-2014 11:08 AM
Dekat kafe polis yg selalu aku beli lunch ni sebungkus nasi campur + kopi o bungkus baru RM 4 ja. Kira orait le tu kan, cumanya nasik aku amik secoet je sbb aku diet. ayam goreng amik seketul + sayur okra tumis telur and sambal belacan.

paling mahal pun plus air bungkus RM 5 je aku makan. ni kat KL tau.
Quote R2D2 8-4-2014 11:12 AM
kedai RM2 yg BN canang2 tu dh tak ada dah
Quote clarizsa 8-4-2014 11:14 AM
cer tunjuk skit rupa nasi aym murah tu... pkcik tu pun jual nasi spesel gak rm3.50...

so.. agak2 cmne rupa nasi rm1.90 vs rm3.50?
Quote nikaido 8-4-2014 11:16 AM
takde sape nak letak pic ke nasi ayam tu banyak mana
Quote fredbok87 8-4-2014 11:20 AM
kenarikelabu posted on 8-4-2014 11:08 AM
Pakcik ni jenis tak bersosial kot....tu yg relax je jual murah2....dah tak penah g mana2. tu yg jima ...

betul... nie kalau jenis nak beli keta mahal, banglo, bercuti...sopping bagai...jgn harap..la
Quote lizaliza 8-4-2014 11:24 AM
Nasi ayam sayur nescafe ais 8$
Quote aziz79 8-4-2014 11:25 AM
baru balik dari kemaman ganu.
Nasi ayam mmg murah sebab fix price gitu.
nasi campur seciput ya rabbi.
standart rm5 kat jb boleh cecah rm10 kat sana.
lagi berbaloi makan kfc
Quote penchintadea 8-4-2014 11:25 AM
Nasi Ayam rm 1.90..ramai kata sedap









Quote zorrro_03 8-4-2014 11:27 AM
besut ni tpt jin tendang.  kwsn deris natang. sembang kencang katanya...
Quote axl_bach 8-4-2014 11:29 AM
penchintadea posted on 8-4-2014 11:25 AM
Nasi Ayam rm 1.90..ramai kata sedap

tgk portion nasi dgn ayam tu cam leh tahan byk laa dgn nilai RM1.90 tu....consider good job well done pocit

Quote kucingTomey 8-4-2014 11:29 AM
Nak makan nasi ayam sampai ganu....rm 1.90 campor diesel pikap 50 pergi balik....sume sekali 52 hengget semata nak makan nasik ayam......berehhhh
Quote R2D2 8-4-2014 11:41 AM
harap PM turun ke sana bersama2 dgn media
Quote amyainsamad 8-4-2014 12:00 PM
okla tu...mana nk dpt nc ayam 1.90
Quote rospinki 8-4-2014 12:16 PM
pulang untung bersih pacik ni tk byk la..mebi kurang 2 ganda untung yg patutnya dia bole dpt. still untung tetap ada tk banyak..biasanya org menega nk untung lebih..cepat kaya katanya.

tengok portion camtu..pinggan kecik size mangkuk sup kecik je nasik tu..so dia dh reduce half portion kot. nasik tu pun tk mcm nasik ayam..kaler terang cam nasik putih biasa.

weldan
Quote dunhill14 8-4-2014 12:30 PM



Quote norie230 8-4-2014 12:43 PM
kat KL x der la ...
Quote rospinki 8-4-2014 12:50 PM
STONER posted on 8-4-2014 12:45 PM
cuba pacik ni buka warung kat pavilion.. tengok boleh survive ke idok. silap2 minggu kedua harga ...

kat pavilion apa barang rege 19..hentak kaw2 la ..situ org kaya2 je lepak, harus pacit ni aku sajes letak rege nasik ayam rege 29.90 gitu..letakler hiasan tomato bunga ros..bukan ros ni tau..tomato bentuk bunga ros.

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083132 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top