CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakan Sebilik Badrulamin Mati Dalam Tidur !

8-4-2014 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13668| Komen: 53

Gambar hiasan


Alor Setar: “Arwah kelihatan seronok ketika menghubungi ahli keluarganya untuk memberitahu akan pulang ke rumah pada hujung minggu ini, tetapi tidak sangka ia panggilan terakhirnya iaitu kira-kira enam jam sebelum ditemui meninggal dunia,” kata Badrulamin Mohd Zahir.

Badrulamin, 16, rakan sebilik Muhammad Hafizuddin Rosli, 16, yang dipercayai meninggal dunia ketika tidur di asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Hamid, awal pagi semalam.

Muhamad Hafizuddin yang juga pelajar tingkatan empat disedari meninggal dunia apabila beberapa rakan sebilik mengejutnya untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi tetapi dia dikatakan tidak memberi tindak balas, selain wajahnya pucat.


Badrulamin berkata, mangsa mungkin sudah meninggal dunia lebih awal kerana rakan mereka ternampak mangsa tidur nyenyak di atas katil dua tingkat di asrama sekolah berkenaan dengan kakinya terjuntai dari katilnya di tingkat atas kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka Muhammad Hafizuddin sedang tidur dan letih kerana dia aktif bersukan.

“Tetapi rakan kami yang tidur di tingkat bawah katil menjerit memberitahu Hafizuddin tidak sedarkan diri, malah nadinya terhenti dan wajahnya pucat.
“Suasana dalam bilik asrama ketika itu panik dan kami berusaha memanggil namanya beberapa kali, tetapi tiada tindak balas menyebabkan kami menghubungi ketua pengawas asrama untuk memaklumkan mengenai keadaan Muhammad Hafizuddin.

“Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada warden untuk membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika di Jabatan Forensik HSB.

Badrulamin berkata, mangsa tidak pernah sakit sebelum ini, tetapi dia mengadu kaki terseliuh selepas latihan sukan, petang kelmarin, selain tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan banyak mendiamkan diri sejak pulang dari sekolah.

“Dia sangat disegani di sekolah dan saya mengenalinya sejak kami tinggal di asrama bermula awal tahun ini, malah dia seorang rakan sebilik yang sangat baik.

“Tak sangka pula dia pergi dalam usia masih muda dan kehilangannya membuatkan kami terkejut. Kami mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Keluarga arwah bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih.

Jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 8-4-2014 05:51 AM
Kus semangat......
Aku ingatkan kak chik tu......
Quote aderaderker 8-4-2014 06:54 AM
Tajuknye buat ku konpius ....
Quote nurul_akmar 8-4-2014 07:02 AM
mudanya meninggal.
Quote menjad 8-4-2014 07:05 AM
' meninggal' tertinggal... Patut ler konpius
Quote BelovedTaeyeon 8-4-2014 07:12 AM
Kita tengok jap lagi, ada yang HANYA baca tajuk

Bermulalah pesta MERATIB
Last edited by BelovedTaeyeon on 8-4-2014 08:18 AM

Quote Syd 8-4-2014 07:12 AM
mati ada tambahan 'MATI' kat tajuk nye kan?
Quote yipun_78 8-4-2014 07:14 AM
al fatihah buat arwah, kematian yg senang dan aman gitu...
Quote FanTasyCreaTioN 8-4-2014 07:22 AM
abang Tong..
abang tertinggal "meninggal" dalam tajuk tu


Quote tongkatwaran75 8-4-2014 07:24 AM
he..he...typo...
Quote GhostWalking 8-4-2014 07:30 AM
Cisssss hahaahahah tipah tertipu
Ramai eh meninggal macam tu tapi jenis aktif bersukan?kenapa eh?and selalunya jantung kan
Quote haryatie 8-4-2014 07:57 AM
ingat badrulamin yg tu..
Innalillah..da ajal kan..
smgoa roh nya dicucuri rahmat
dan ahli keluarga redha dgn pemergiannya..
Quote xtahumenahu 8-4-2014 08:10 AM
mudenya..sbb apa agaknya
Quote underground 8-4-2014 08:12 AM
3 arwah sedara aku kes meninggal time tido.

latest, pakcik aku muda lagi... mula2 sakit tekak aje, bila tido terus tak bangun2... jantung stop.
Quote mitnick 8-4-2014 08:55 AM
innalillah...
muda lagi budaknya....
Quote MegiTomyam 8-4-2014 09:14 AM
Innalillah
Quote -electrifying- 8-4-2014 09:31 AM
takziah diucapkan
Quote melinda_kerr 8-4-2014 09:37 AM
Senangnya kematiannya. Al-fatihah
Quote Kejora927 8-4-2014 09:47 AM
16 thn. muda lagi. insyAllah xbyk dosa.. mg syurga tmpatnya. ALFATIHAH!
Quote berancuk 8-4-2014 09:54 AM
al-fatehah

semoga rahmat tercucur.

arwah baik orang nya.
tak pernah tinggal solat.
hormat orang tua.
dahi hitam kerana selalu sujud  tahajjud malam-malam.


Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.088932 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top