CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Parti Liar Di Jalam Ampang!

9-4-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25763| Komen: 190

Kuala Lumpur: Hadiah satu tong arak dan baucar mencacah tatu. Itulah yang ditawarkan penganjur parti bogel untuk pemenang pertandingan tarian lucah dijadualkan Jumaat ini di pusat hiburan terkenal di Jalan Ampang, di sini dan lebih teruk iklan berkenaan disebarkan terang-terangan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan.


Iklan memaparkan wanita berpakaian bikini dengan aksi mengghairahkan di samping lukisan perempuan menutup buah dada di sudut atas iklan itu mula tersebar di laman sosial sejak semalam.

ANGGOTA penguat kuasa DBKL menurunkan iklan parti liar di Jalan Ampang.


Berlatar belakang warna matahari terbit, parti diberi nama ‘Topless Friday Beach Party’ itu, mengandungi tawaran melampau untuk menarik pengunjung termasuk digalakkan berbogel, kod pakaian iaitu berbikini (perempuan) atau boxer (lelaki) sambil memberikan peringatan lebih menjolok mata lebih digalakkan, jika berpakaian dikenakan caj RM35, minuman arak percuma untuk wanita manakala bagi pemenang tarian lucah menerima hadiah satu tong arak dan baucer mencacah tatu.


Parti dianjurkan di pusat hiburan berhampiran Kampung Berembang di sini, yang jelas tidak bermoral dan dijadualkan bermula jam 8 malam hingga kemuncaknya jam 12 tengah malam itu juga akan dimeriahkan beberapa deejay ternama di ibu kota.

Menurut seorang pekerja enggan dikenali berusia 40-an, pusat hiburan terbabit sebenarnya sudah menganjurkan parti seumpamanya hampir setiap minggu sejak setahun lalu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 8-4-2014 11:06 AM
jgn sampai Tsunami pulak nnti..
mkin lemak Korang ek
Quote annehuda 8-4-2014 11:13 AM
jalan ampang ade pantai ye? oh baru aku tau...
Quote unekspekted_XII 8-4-2014 11:14 AM
Klu korang umur 19 tahun.... korang rase tempat ni dah cukup heaven laa

Budak2 baru nak up je pgi sini
Quote DayangKirana 8-4-2014 11:14 AM
best dirty dancer competition? uisshhh....

Quote sapp73 8-4-2014 11:16 AM
dress code: Lesser the better
Quote shogun77 8-4-2014 11:21 AM
pening aku bace advertisment ni...
adoi...
Quote totokreturn 8-4-2014 11:22 AM
mana pihak berkuasa......??? atas nama perlancongan..?? tahun melawat malasyaia....
Quote totokreturn 8-4-2014 11:30 AM

Quote -electrifying- 8-4-2014 11:30 AM
marila melawat malaysia.
nanti ade je yg ckp untuk menjana pendapatan negara...
Quote clarizsa 8-4-2014 11:32 AM
topless tuuu... klu ppuan xmo naked kna caj... hmmmm..

semoga ditimpa kapal terbang terhempas masa sedap bermaksiat..
Quote prettyuglybabe 8-4-2014 11:32 AM
elok tengah bersula ria, tempat tu roboh mampus semua kena hempap
Quote NURMIMIE 8-4-2014 11:36 AM
iskkk..

nak edit..

terdelete plak..
Quote totokreturn 8-4-2014 11:37 AM
NURMIMIE posted on 8-4-2014 11:36 AM
iskkk..

nak edit..

eekeke... saya baru nak balas mesej akak.. nih bukan kat ampang cik kak.. ini jalan ampang.. dalam kolumpo... bukan selangor... jalan ampang yer.. bukan ampang selangor... harap maklong.
Quote reeny 8-4-2014 11:39 AM
eloknya masa tengah bersuka ria tempat tu terbakar baru tau..
Quote prettymanja 8-4-2014 11:39 AM
totokreturn posted on 8-4-2014 11:37 AM
eekeke... saya baru nak balas mesej akak.. nih bukan kat ampang cik kak.. ini jalan ampang.. dalam ...

hahaha.. klakau laa Uols nie
Quote edoraixora 8-4-2014 11:41 AM
negara berbilang kaum & agama katenye
Quote reenz013 8-4-2014 11:42 AM
belah bedah mana pool ni
Quote rospinki 8-4-2014 11:49 AM
diorg ikut style omputeh...dlm movie omputeh kan sllu ada pool party bikini thong2

budak2 bru nak up katanya..dan urban

for non muslim okla..




Quote NURMIMIE 8-4-2014 11:51 AM
totokreturn posted on 8-4-2014 11:37 AM
eekeke... saya baru nak balas mesej akak.. nih bukan kat ampang cik kak.. ini jalan ampang.. dalam ...

itu lah pasalnya..

baru nak join kalau di selangor..

memandangkan kolumpo, apa nak heran..

esok2 musti ada lagi.. lebih advance.. naked party..





Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.096595 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top