CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sistem Dajjal: Tenaga Ritual Bahagian 1

10-4-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9219| Komen: 7

SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 1
Disiar semula dari Arkib Kosnpirasi Sepanjang Zaman

Definisi tenaga:
“Kapasiti daya kekuatan akibat hasil rangsangan sumber-sumber tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu seperti makanan, air, cahaya matahari, kilat, angin, ombak, arang batu, sumber fosil atau sebagainya yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti fizikal atau operasi mesin.” – British Columbian Encyclopedia.



Definisi ritual:
“Upacara keagamaan di sesuatu lokasi penyembahan tertentu yang memerlukan elemen-elemen tertentu dalam sesebuah kepercayaan seperti perbuatan, percakapan, kelakuan atau bacaan yang dianggap suci bagi melengkapkan upacara agama termasuk yang dilakukan secara rutin atau bermusim.” – Encyclopedia of Spiritual.

Dalam Islam, kita menamakan ia sebagai ibadah dan ibadah mempunyai maksudnya yang tersendiri, ia bukan sekadar ritual.

Definisi ibadah menurut sumber Islam:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (Quran, al-Zariyat: 56-58)

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”. (Quran, al-An'am: 162)

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Quran, al-Sajadah: 16)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah." (Quran al-Hasyr: 21)

Sabda Rasulallah: “Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam menerusi al-Quran menetapkan maksud ibadah dengan sangat jelas, mencakupi perbuatan, keimanan, ketakwaan, perasaan takut kepada Allah Maha Satu, ketaatan dan berserah diri kepada Allah supaya ditaati oleh manusia, jin dan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.

--- Jadikan definisi dan petikan al-Quran serta hadis yang disebutkan di atas sebagai bekal untuk memahami artikel ini serta sambungan-sambungannya. --

Sandarkan juga pemahaman anda terhadap perkara-perkara ini sebelum mengikuti artikel ini:

Untuk memahami artikel ini, kita juga harus sandarkan pemahaman kita terhadap keperluan beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta amalan-amalan yang digariskan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam sedia maklum bahawa mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sandaran pertama: Kita percaya bahawa dengan membaca ayat Kursi dalam surah al-Baqarah boleh menghindar diri kita daripada gangguan jin dan syaitan kerana khasiatnya yang mampu membakar jin dan syaitan yang kafir sehingga rentung. Namun adakah kita nampak seolah-olah ada peluru atau laser yang keluar menembak jin-jin kafir itu semasa kita membacanya? Kita tak nampak semua itu kan?

Sandaran kedua: Kita percaya bahawa laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat juga mempunyai khasiat menghalau jin kafir dan syaitan yang berkeliaran di setiap sudut dunia untuk menyesatkan manusia. Malah jika anda perhatikan, kebanyakan bayi (tidak kira bangsa atau agama) yang di bawah umur setahun akan terdiam seketika daripada menangis atau ketawa pada setiap kali azan dilaungkan, malah jika kita perhati, bayi itu mengamati keindahan azan (kerana hatinya diciptakan bersih). Tetapi, adakah kita nampak seolah-olah ada kereta kebal bergerak laju menghalau jin-jin kafir semasa azan dilaungkan? Juga, adakah kita nampak seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan bayi itu tenang dan diam mengamati keindahan azan semasa ia berkumandang?

Sandaran ketiga: Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Mohon maaf jika sandaran ketiga ini silap.

Sandaran keempat: Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. Pahala (hasil tenaga positif) naik ke langit. Juga mohon maaf jika sandaran keempat ini salah.

Sandaran kelima: Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga, berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Dosa (hasil tenaga negatif) mengundang kemurkaan Allah. Malah akan mendatangkan malapetaka (termasuk kiamat) sebagai balasan perhitungan kepada manusia dengan kehendak-Nya. Juga mohon maaf jika sandaran ini juga salah.

(sandaran-sandaran juga ini akan diguna dalam sambungan-sambungan topik Tenaga Ritual) (kami tidak paksa anda percaya 100 peratus, hanya Allah yang lebih mengetahui mengenai kebenaran sandaran-sandaran ini)

Selamat datang ke topik mistik dan sedikit saintifik. Gunakan segala info awal yang telah diberikan melalui artikel-artikel sebelum ini untuk memahami artikel ini.

Monumen Tenaga

Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ahli arkeologi Dr. Philip Calahan dalam kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids, piramid Mesir dibina dengan menggunakan batu kapur yang bersifat magnetik, yang mampu menjana tenaga.



Dr. Calahan menambah, bentuk bucu piramid sama ada monumen sejarah ataupun piramid moden pula mampu mengumpul setiap tenaga di sekelilingnya untuk menjana tenaga magnetik sebelum tenaga-tenaga itu dibebaskan ke ruang udara secara berterusan.

Kajian yang dibuat Dr. Calahan itu kemudian disokong oleh pakar janakuasa elektrik, Mary Hardy dan Dean Hardy di Amerika. Dalam eksperimen mereka, sekeping wang syiling emas digantung menggunakan tali secara setentang dengan bucu sebuah model replika piramid, dalam piramid itu pula diletakkan sebutir berlian, dan mereka kemudian mengalirkan aliran elektrik dalam jumlah yang sangat minimum di sekitar tapak piramid itu. Beberapa jam kemudian, syiling emas itu mencair seperti minyak walapun jumlah arus elektrik itu sangat sedikit. Mereka kemudian membuat kesimpulan, piramid mampu menyerap semua tenaga (termasuk elektrik dari kabel-kabel bawah tanah) untuk dihala ke ruang angkasa dan menjadi satu tenaga baru yang lebih besar daripada sumber asal (elektrik), malah mampu mencapai infiniti jika sumber asal itu juga besar kuantitinya.

“Rahsia terbesar dalam pembinaan piramid ialah untuk menjana tenaga, ia bukan sekadar makam raja-raja firaun. Mungkin orang Mesir dan Mayan mampu menjana elektrik ketika zaman mereka. Orang Mesir mungkin pernah memanfaatkan tenaga solar atau angin, penjanaan elektrik pula dibantu dengan batu-batu permata berlian yang disemadikan bersama mumia raja-raja.” – Hardy & Hardy.

Mary Hardy dan Dean Hardy juga menyokong pendapat Dr. Calahan mengenai fungsi pelbagai guna yang dimiliki piramid. Piramid mampu memanipulasi semua unsur tenaga elektrikal yang ada di sekelilingnya, ia turut mampu memanipulasi tenaga manusia yang berjalan atau berlari di sekitarnya. Tenaga yang dikumpulkan itu akan disalur ke ruang langit sebagai vortex dalam jumlah yang berganda. Jelas Hardy & Hardy lagi, kemampuan mengalirkan tenaga vortex pula bukan hanya tertumpu kepada binaan berbentuk piramid, malah juga yang berbentuk kon, atau apa-apa sahaja jenis bentuk binaan, asalkan ada bucu di atasnya (obelisk, monolit, minaret dan sebagainya). Ia mampu menjana vortex. Unsur tenaga vortex pula mampu bertindak seperti ‘black hole’ di ruang angkasa lepas yang mempercepatkan pergerakan masa.



Imej grafik black hole yang dikeluarkan NASA

Black hole ialah fenomena angkasa lepas di mana berlaku tarikan graviti (ingat artikel UFO dan Kod Hukum Graviti?) yang menyedut semua bintang di sekelilingnya. Ia adalah satu tarikan graviti yang sangat kuat yang membawa kepada kemusnahan bintang-bintang. Malah, sekiranya kapal angkasa memasuki ruang black hole pula, kapal angkasa itu akan melalui perjalanan yang sangat pantas (merentas masa) sehingga memasuki galaksi lain dalam masa yang sangat singkat, masa yang diambil adalah lebih singkat daripada perjalanan yang tidak melalui black hole, itu pun sekiranya kapal angkasa itu terselamat daripada hentaman bintang-bintang yang disedut masuk ke dalam black hole.

Dalam artikel SISTEM DAJJAL: UFO dan Kod Hukum Graviti yang diterbitkan sebelum ini, kami di Konspirasi Sepanjang Zaman bukan mahu bercerita mengenai alien itu sebenarnya jin dan syaitan. Tapi kami mahu anda faham mengenai kod-kod hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui binaan piramid dan artifak sejarah. Pengetahuan graviti yang ditinggalkan Dajjal dan kemudian dikembangkan Isaac Newton adalah supaya Dajjal dapat menyampaikan mesej mengenai kemampuan graviti merentas masa, atau membuka pintu dunia ghaib.

Piramid menghasilkan vortex, vortex pula mampu bertindak seperti black hole, dan black hole pula mempunyai graviti yang membawa manusia merentas masa ke pintu galaksi lain. Artikel UFO dan Kod Hukum Graviti adalah input awal supaya anda memahami maksud ini. Dajjal meninggalkan kod hukum graviti supaya penyembahnya membina lebih banyak piramid dan binaan-binaan berbucu supaya dapat membuka pintu dunia ghaib seluas-luasnya pada saat kemunculannya nanti.

mudah untuk faham:
Piramid = vortex = blackhole = graviti = gerbang ghaib
(kebanyakan orang suka menyebut gerbang ghaib sebagai stargate).

Kod hukum graviti itu pula berguna untuk mencipta teknologi penerbangan, yang dijadikan jet perang untuk menjayakan plot ketenteraan dalam perang-perang dunia.

Berbalik kepada monumen tenaga, kita ambil sandaran pertama, ketiga dan keempat yang dinyatakan di awal artikel ini. Kita tidak nampak tenaga yang terhasil daripada piramid, tetapi eksperimen saintifik telah membuktikannya.

OK, cuba kita lihat di sekitar piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini. Piramid moden itu berfungsi sebagai kompleks membeli-belah, pusat konvensyen atau sebagainya. Kebanyakannya terletak di tengah bandar yang mempunyai tiang-tiang elektrik dan wayar-wayar kabel elektrik di bawah tanah. Tiang dan kabel bawah tanah itu pula bergerak di sekeliling piramid moden itu. Dan apa yang jadi? Tenaga elektrik itu diserap oleh piramid di sebabkan bentuk binaannya yang menyebabkan ia bertindak sedemikian. Tenaga itu pula dilepaskan di bucunya, menjadi vortex. Tapi kita tak nampak vortex itu..kan?

Piramid di serata dunia:







Apabila semua vortex daripada semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan, tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole di atas bumi? Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan Dajjal keluar semula dengan para iblis dan jin.

Malah, jika kita melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di rangkasa lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi dan menggelarkan diri mereka sebagai alien. Berapa jumlah kapasiti tenaga vortex yang diperlukan untuk membuka pintu dunia ghaib? Maaf, kami tidak tahu.

Dalam menjelaskan kemampuan manusia mencipta objek pantas dalam menjelajah angkasa lepas, kita ambil contoh kapal robotik tanpa juruterbang ciptaan NASA pada Januari 2006 iaitu New Horizon yang mampu memecut 16.26 km/saat atau 58,536 km/jam dari orbit planet Bumi sehingga ke orbit planet Pluto, Jupiter, Saturn dan Kuiper dengan memecah masuk beberapa black hole. Ia adalah hasil pemecahan kod graviti, yang menunjukkan adalah tidak mustahil untuk manusia meneroka black hole di bumi dengan pengetahuan graviti yang ada.

Barangkali, ia (New Horizon) adalah teknologi yang sama digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk membina UFO yang mampu bergerak sangat pantas seperti didakwa oleh sesetengah pihak yang pernah melihat kepantasan objek UFO berterbangan di ruang udara. Segalanya tidak mustahil, teknologi yang dimiliki New Horizon sudah mampu memberi gambaran terhadap kebarangkalian itu.

Kapal satelit robotik New Horizon

Kita juga sudah faham bahawa piramid dan binaan-binaan berbucu yang dibina sejak zaman sejarah tamadun purba dan juga piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini mampu menjana tenaga di sekelilingnya menjadi vortex. Binaan-binaan berbucu yang lain juga mampu menjana tenaga vortex seperti itu.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima pula, semua amalan baik dan jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga yang menghasilkan sama ada tenaga positif atau negatif. Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan pembinaan piramid moden di serata dunia (Sunway Pyramid yang paling dekat dengan kita, juga binaan-binaan berbucu yang bercirikan senibina Masonic yang lain) yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.

Cuba fahamkan walaupun sedikit mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka pintu Dajjal. Cuba selarikan dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui program-program hiburan dan lain-lain, kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah?

Ia mungkin disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk membuka pintu syaitan, pintu Dajjal, dan pintu keluarnya UFO. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.

(kami tidak paksa anda percaya, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)

Pintu vortex kerap dibuka untuk tujuan keluar masuk para jin dan syaitan, dan proses itu terus berlarutan... ia berlaku di lokasi-lokasi tertentu, termasuk di belakang rumah anda, ia tidak memerlukan kapasiti tenaga yang tinggi untuk dibuka, ingin tahu? Tunggu artikel akan seterusnya.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamkumis 26-3-2014 03:29 PM
Tukarlah gambar tunjuk ketiak tu..
Quote pestol 26-3-2014 03:30 PM
zamkumis posted on 26-3-2014 03:29 PM
Tukarlah gambar tunjuk ketiak tu..

amboi nasihat kan kita ya
Quote cef_gango 26-3-2014 03:34 PM
sistem dajjal ni siapa pun xkn paham
Quote manjalara_01 31-12-2017 08:15 PM
Edited by manjalara_01 at 31-12-2017 08:17 PM

thanks TT sudi share info ni..mmg menarik

b4 this i tgk youtubers amerika kongsi kisah psl ni...i x paham langsung psl portal la stargate bagai...
sbb as we all know makluk2 halus ni semua ade dlm alam ghaib...mmg black magic dah lama wujud sejak zaman nabi sulaiman.
walaupun alam ghaib tp jin syaitan masih bleh menggangu manusia...menyesatkan manusia....tanpa portal kejadah ni semua...i was thinking that way
tp yg u kongsi ni psl portal bile dajjal akan muncul nnt kat dunia die guna portal tu la...skrg i paham..eheheh...

caye yg versi Islam je cukup.. tp tetap good info utk dikongsi...

i suke ceramah Dr Danial ni..baru bukak thread kat board agama..ahaha..psl pemeritahan dajjal...
no kidding DD sebut psl Amerika syarikat skrg ni ade kuasa teknologi utk kawal cuacca...dlm episod halaqah "pemerintahan dajjal"
kat link bawah ni...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1077814&page=1#pid66965180


Quote mjla 1-1-2018 10:28 AM
Zmndulu ye la guna piramid power
Zmn skrg dah ketinggaln zmn
Bongok tul dajal ni
Quote AraBellaJuan87 28-1-2018 10:08 PM
Lagi2?? Seronok baca infor2 mcm ni~
Quote angahsmart 5-2-2018 02:33 PM
betul ke apa yang di cakap tu? dajjal kan di tanam kat sesuatu kawasan, sampai tiba masanya. kenapa nak bukak black hole la vortex bagai. macam terlalu mengarut. sebab tu dalam islam, ada istilah ghaib. yang mana kita tak nampak. dan ada sebab kenapa kita tak nampak, kerana tak tercapai dek akalmu. huhuh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.266739 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top