KUANTAN: Keluarga lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bangga apabila nama akademi bola sepak di Gambang, Kuantan, dinamakan sempena jasa tokoh bola sepak negara itu. Isteri Allahyarham, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, 58, berkata beliau sekeluarga amat terharu dan berbangga dengan penghargaan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, hari ini, turut mengumunkan nama baru akademi itu sebagai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari. Allahyarham Mokhtar pernah mengharumkan nama negara di pentas sukan bola sepak dunia bermula tahun 1972 sehingga 1985. "Saya harap Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari juga mampu melahirkan bakat baru bola sepak negara bukan hanya setanding tetapi lebih baik daripada Allahyarham," katanya, di sini, hari ini. Zarina berkata, Allahyarham suaminya yang meninggal dunia 23 tahun lalu itu adalah seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa. Sementara itu, anak bongsu arwah, Nur Arina Mokhtar berkata menjadi impian bagi keluarganya untuk melihat pasukan bola sepak negara mencapai kejayaan membanggakan di peringkat dunia satu hari nanti. Nur Arina, 26, berkata ayahnya adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak namun beliau tidak pernah lupa kepada keluarga. "Bagi saya ayah adalah idola keluarga dan percaya ramai peminat bola sepak masih menjadikan beliau sebagai idola mereka," katanya.
|
Zarina berkata, Allahyarham suaminya yang meninggal dunia 23 tahun lalu itu adalah seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa.
d'zeck posted on 11-4-2014 08:15 AM
kewujudan akademi yang tepat pada masanya
selain pemilihan nama akademi yang juga tepat
crankshaft posted on 11-4-2014 08:21 AM
Arwah semasa hidupnya, sihat segar bugar tak mahu diiktiraf....nih dah semakin jauh menjelajahi alam ...
crankshaft posted on 11-4-2014 08:24 AM
Why it took 23 years dah dalam alam barzakh baru teringat?
Better late than never?
lavajeans posted on 11-4-2014 08:25 AM
sama konsep dgn minah yg minggu2 dapat kfc free tu...
masa ada tak dihargai.....sekarang jawap ...
crankshaft posted on 11-4-2014 08:29 AM
Nih che DET...takkan nak tunggu dia kiok baru nak buat tugu peringatan dia sebelah berhala burung ...
crankshaft posted on 11-4-2014 08:39 AM
Memorial ikut fahaman yahudi kah?
Nko tinggalkan jam swatch kah?
ADVERTISEMENT