CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyakit Anak Bertambah Teruk!

11-4-2014 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4738| Komen: 16



PASIR GUDANG, 10 April - Seorang ibu menggesa pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) memberikan penjelasan mengenai keadaan sakit kulit anaknya yang didakwa bertambah teruk selepas menerima rawatan di hospital tersebut baru-baru ini.

Naziah Mat Nasir, 26, dari Alor Setar, Kedah berkata anaknya Muhammad Adam Aryan Muhammad Danial yang berumur 14 bulan mulai mengidap penyakit kulit menggelupas (eczema) pada badannya sejak berusia setahun.

Namun setelah menerima suntikan protein dan dimasukkan darah di hospital itu pada 25 Mac lalu, penyakit itu bertambah serius dan merebak ke seluruh tubuhnya sehingga menyebabkan anaknya tidak lagi aktif dan asyik menangis sepanjang masa, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau dan anaknya dibenarkan pulang dari hospital pada 7 April namun tidak diberikan sebarang penjelasan mengenai keadaan penyakit anaknya, walaupun telah dimintanya.

Sementara itu Penyelia Pusat Aduan Rakyat Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah yang menerima aduan daripada Naziah berkata pihak hospital perlu memberi penjelasan mengenai keadaan bayi itu kepada ibunya.

  Naziah telah membuat laporan polis semalam di Balai Polis Seri Alam mengenai perkara itu.

Pengarah HSI, Dr Arbain Lani yang dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan menghubungi keluarga berkenaan setelah mendapat laporan perubatan bayi itu.--

2

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 10-4-2014 05:50 PM
kesian anak beliau. hmm
Quote nurkasih74 10-4-2014 05:53 PM
Dulu hsi yg bermasalah kulat..now org plak..
Quote addamnor 10-4-2014 06:10 PM
Anak engkau ada allergic barangkali.. Jgn2 sudah ke tahap steven johnson kak.. Bertabah lah karena itu ada sangkut paut dengan baka jua..
Quote mak_wa95 10-4-2014 08:33 PM
Siannya..baby lagi tu...
Quote koboikekuda 10-4-2014 08:35 PM
kesian betoi anaknya....
Quote axl_bach 10-4-2014 08:42 PM
nape sakit kulit dimasukkan darah plak dah????mosykhelllll
Quote encikWawad 10-4-2014 08:42 PM
mana dia produk MLM yang duk handal sangat tuuuu - p la menabur bakti - tunjuk kehandalan
barulah produk anpa uppppp and kenshingg kazingg kachingg
Quote noor2 10-4-2014 08:51 PM
....kesian sangat kat baby ni...moga dia cepat sembuh...

Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 08:54 PM
axl_bach posted on 10-4-2014 08:42 PM
nape sakit kulit dimasukkan darah plak dah????mosykhelllll

mungkin darah dia kotor
Quote d-7-0ne 10-4-2014 09:05 PM
eczema.jpg
sekadar hiasan

Quote axl_bach 10-4-2014 09:08 PM
Kassim_Patalon posted on 10-4-2014 08:54 PM
mungkin darah dia kotor

lu datang bulan kah??

lubang lu keluar darah lagi kah???

Quote poyohabis 10-4-2014 09:09 PM
addamnor posted on 10-4-2014 06:10 PM
Anak engkau ada allergic barangkali.. Jgn2 sudah ke tahap steven johnson kak.. Bertabah lah karena i ...

Ha ah mcm cousin aku br pas abis pantang ms berpantang terpaksa stay kat hospital serdang coz baby dia di diagnosis alegik hasil dari Mak n bapak pembawa alegik apa tah aku x ingat.. Sian je baby alegik pd antibiotik, kekacang segala bagai... Mak bapak pembawa anak yg terpaksa menderita...
Quote jasmeen 10-4-2014 09:14 PM
Protein apa yg dimasukkan tuh?
Quote clarizsa 10-4-2014 09:17 PM
makin teruk?? kesian.. yg si mak pun, jgnla harap doc je yg kna explain.. u kna google apa iru eczema.. study semuanya..

mcm anak i dlu, ada bonjol kt dahi, i igtkan lymphoma, tp doc bgtau hemangioma.. so terus i google n study, n leh tanya balik kt doc klu x puas ati..

sbb doc kdg2 ada yg mls explain sbb dia igt buang msa je bknnya kita phm pun.. klu kita tahu n phm, doc pun sukahati je explain..

n lebih baik fahami dlm english sbb doc kekadang susah nk explain dlm malay..
Quote TuntungReturn 10-4-2014 09:18 PM

aku ade satu penawar penyakit kulit..aku x pas ti penawar ni bekesan tak kt penyakit kulit yg lain,,tpi aku rase insyallah bekesan..setakat ni aku test kt ketuat,,ilang ketuat tu..petua ni aku dpt dengan izin allah die waktu magrib ketika balik keje..,sape2 nak pm aku~~
Quote clarizsa 10-4-2014 09:21 PM
axl_bach posted on 10-4-2014 08:42 PM
nape sakit kulit dimasukkan darah plak dah????mosykhelllll

mungkin sbb atopic dermatitis... ada kaitan dgn white blood cells..


mungkin..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.130272 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top