CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Fitnah: Jika Di Tempat Saya Apa Perasaan Anda – Wan Azizah.

14-4-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4095| Komen: 16



SHAH ALAM: Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.

Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Pembangkang Dun Selangor dalam isu fitnah II, MH370 dan pertikaian peranan beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Wan Azizah dengan tenang meminta dewan menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.

“Kalau tuan berada di tempat saya, apa perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,”
katanya yang merujuk kepada kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh pujian yang dizahirkan Sultan Selangor yang gembira dengan peningkatan ekonomi Selangor sebanyak enam peratus seperti yang dititahkan tuanku dalam ucapannya, pada 7 April lalu.

Katanya, angka berkenaan adalah bukti jelas Anwar melakukan tugas selaku Penasihat Ekonomi Negeri dalam memastikan ekonomi Selangor meningkat walaupun dibayar dengan gaji RM1.

Selain itu, Wan Azizah turut menegur Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan usaha memastikan kaedah pengurusan sisa pepejal dapat ditambah baik.

Hal itu kerana beliau melihat sendiri keadaan taburan sampah sarap pada tempoh berkempen di Dun Kajang dan percaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat diperkasakan melalui kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jalan penyelesaian masalah aliran trafik untuk jangka pendek di kawasan Kajang juga perlu dibuat sementara menunggu projek MRT siap sepenuhnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nadim 10-4-2014 11:30 AM
ANUgerah tuhan...what else she can say ??
Quote duniaku85 10-4-2014 11:31 AM
dapat pahala free..tak mau ka..ekekeke
Quote jaja4 10-4-2014 11:32 AM
i like cik wan jijah 1000x..
Quote amiraira 10-4-2014 11:48 AM
sabar je la
bkn senang nk puaskn hati semua org
just be yourself
only God knows
Quote -electrifying- 10-4-2014 12:02 PM
amiraira posted on 10-4-2014 11:48 AM
sabar je la
bkn senang nk puaskn hati semua org
just be yourself

yes indeed
Quote Al-Patih 10-4-2014 12:14 PM
lembut ..tapi ..podes...
Quote Al-Patih 10-4-2014 12:22 PM
[size=0.9em]Noh bertikam lidah dengan Anwar isu penasihat ekonomi Selangor

[youtube]MYFlekn2P3o[/youtube]



kisian Noh ...keno panggil taukeh udang...
Quote senahsanasini 11-4-2014 12:34 AM
Umno fitnah xpe, klu pembangkang kemukan bukti terus kuar fatwa JGN BUKA AIB ORG.
Sedihhh, nmpk sgt berat sebelahnya tu..

Sabar jan, senah phm
Quote munchkin 14-4-2014 02:12 AM
Syurga di bawah tapak kaki suami.
Quote nour2001 14-4-2014 06:05 AM
Noh lupa ka, gaji km Sarawak lagi tinggi dari mb sElangor....
Last edited by nour2001 on 14-4-2014 06:09 AM

Quote mnm77 14-4-2014 08:26 AM
Fitnah; bila macai kena nanti, baru rasa sendiri.

Kesian jugak kat Kak Wan.... tapi apa boleh buat, bila terjun arena politik, akan terpalit lah segala kelemahan bila memperjuangkan orang lain, walaupun orang itu suami sendiri...

Ada beberapa perkara yang saya kesian, contoh macam kes Jam Omega tu, bila dah buat kenyataan 'ada di sana', dan bila diminta untuk tunjukkan, tak perlu melenting jika benar jam itu 'ada di sana'.... jika itu yang BENAR.

Adakah isu jam Omega itu isu yang Kak Wan difitnah? Atau Kak Wan yang tersalah pertahan perkara yang tak sepatutnya pertahan?

Tapi apa boleh buat... maruah suami perlu dipertahankan.... walaupun tak mampu dipertahankan....

Quote mnm77 14-4-2014 08:29 AM
munchkin posted on 14-4-2014 02:12 AM
Syurga di bawah tapak kaki suami.

Ehh betul ke ni?

Quote bangcak 14-4-2014 10:14 AM
mnm77 posted on 14-4-2014 08:26 AM
Kesian jugak kat Kak Wan.... tapi apa boleh buat, bila terjun arena politik, akan terpalit lah seg ...

dah bahagian kakwan gitu. nak atau tak terpaksa hadapi.

alangkan seorang ustaz yg cuba memperjuangkan agama
pon 'tewas' terima cemuhan terhadap diri.
inikan pulak cemuhan dan fitnah dihambur satu keluarga.

Quote munchkin 14-4-2014 11:51 AM
mnm77 posted on 14-4-2014 08:29 AM
Ehh betul ke ni?

kata mereka mereka itu.

pastu nanti disambung bukan dibawah tapak kaki isteri. mesti nak kait jugak. kalau tak kait menggigil gigil jari nak taip tu
Quote lvsg8 14-4-2014 02:25 PM
kesian kak wan living in denial...bar council yg pro kakwan pun kata bang non liwat suka sama suka..takkan pitnah lagi kut.....kesian kakwan...sure kena paksa dgn bangnon suruh puji2 bangnon dlm dewan tuh.
Quote leni 15-4-2014 09:26 PM
Dah jodoh....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.259112 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top