CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Punca Sebenar Buat Report Polis Laungan Azan Di Mesjid Terlalu Kuat

17-4-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21120| Komen: 198

 Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat 
Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.


Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.





Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.
~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 16-4-2014 06:10 PM
Haaaaa tu sebabnya rupanya sememangnya barulahnya fahamnya
Quote kegimaru 16-4-2014 06:11 PM
melampau kuat speaker..

aku rasa ramai yg lain tak suka jgk tp tak berani report
Quote idril 16-4-2014 06:17 PM
kesian pakcik tu kena pitenoh...... kalau ceramah agama pun nak pasang kat masjid sampai 15 speaker sampai tgh malam memang melampau.. dah terang2 report tu bukan komplen pasal azan
Quote Modngengade 16-4-2014 06:20 PM
ooo gitew kekdahnya....kesian pokcik kena fitnah dgn porumer
Quote amiraira 16-4-2014 06:22 PM
knapa sampai 15 speaker...
saja la tu
selalu kalau dlm area perumahan
surau/mesjid ade 2 je speaker kn
depan dgn belakang...
tu pn sudah mencukupi

lain la kalau surau/mesjid jauh dr kwsan perumahan
apapn bwk berbincang lagi baik dr report polis kn???

wallahualam
Quote krustykrab 16-4-2014 06:28 PM
tambah lagi 100 speaker....fuhhh
Quote chaoyunjie 16-4-2014 06:28 PM
sampai 15 speaker....
patut la pun....
Quote kazaraf 16-4-2014 06:35 PM
dalam hal ni suratkhabar mcm celaka gak ek. hehe.
org tu buat laporan bukan pasal azan.. tp psl tahrim semua tu
yg diletak tajuk berita mcm tu. cis
Quote HannahMontana 16-4-2014 06:39 PM
azan saja bukannya menyanyi

lgpun x sampai 15 minit pun azan tu

kalau dijawab dapat pahala

lgpun pokcik dah tua dan sudha nak mati

ambil pahala mendengar azan apa salahnya

bukannya lama azan tu dan hanya 5x sehari

pokcik pun muslim kan ,xkan nak berdebik2 mcm kafir xkenal Tuhan tu.
Quote bidacool 16-4-2014 06:42 PM
amiraira posted on 16-4-2014 06:22 PM
knapa sampai 15 speaker...
saja la tu
selalu kalau dlm area perumahan

lagi banyak speaker lagi banyak pahala, lagi nampak waraknya jemaah di situ.........
Quote anishacute 16-4-2014 06:43 PM
Ala kalo Karaoke 20 speaker relax je ummah layan.. siap hangguk2 kepala lagi depan speaker.. hehehe
Quote amiraira 16-4-2014 06:44 PM
bidacool posted on 16-4-2014 06:42 PM
lagi banyak speaker lagi banyak pahala, lagi nampak waraknya jemaah di situ.........

mcm tu ke...
baru mira tahu...
Quote ladyxez 16-4-2014 06:48 PM
Ohhhh kisahnye ..... ok la klu cam gitu
Quote alinone78 16-4-2014 06:52 PM
HannahMontana posted on 16-4-2014 06:39 PM
azan saja bukannya menyanyi

lgpun x sampai 15 minit pun azan tu

Buka sekadar azan tapi tarhim n ceramah2 dipasang sampai ganggu baby tdo...budak nk study dll..
Nak bersenggama laki bini pun mau terganggu konsentrasi klu dah 15 speaker mcm ni
Quote HannahMontana 16-4-2014 06:55 PM
alinone78 posted on 16-4-2014 06:52 PM
Buka sekadar azan tapi tarhim n ceramah2 dipasang sampai ganggu baby tdo...budak nk study dll..
N ...

Tuhan beir ko nyawa bertahun2 lamanya

15 minit xkan menjadikan hidup ko neraka

ko kata senggama dgn suami ko

kenapa? ko beromen selepas Isyak atau selepas azan

mcmlah ko xboleh merancang

aku syorkan tambah kan lg 10 speakers

padan muka org2 Islam ,melampau sungguh!
Quote alinone78 16-4-2014 07:01 PM
HannahMontana posted on 16-4-2014 06:55 PM
Tuhan beir ko nyawa bertahun2 lamanya

15 minit xkan menjadikan hidup ko neraka

Aku dan suami?

Huh nak berhujah dengan orang cepat sentap ni tak guna
Cepat sentap means mati pucuk or mati putik
Hah
Quote HannahMontana 16-4-2014 07:03 PM
alinone78 posted on 16-4-2014 07:01 PM
Aku dan suami?

Huh nak berhujah dengan orang cepat sentap ni tak guna


xde hujah2 pun

komen komen saja

biarlah org2 Islam dgn cara hidup org2 Islam

ko jgnlah campur

ko pindah lah

azan pun jadi isu

Tuhan beri rezeki makan smapai terberak2 tp xmampu lg fikir nak bersyukur.



Quote nikaido 16-4-2014 07:09 PM
HannahMontana posted on 16-4-2014 06:39 PM
azan saja bukannya menyanyi

lgpun x sampai 15 minit pun azan tu

ni masalahnya kalau asyik nak reply tapi malas membaca. dasar bodoh

Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.
Quote HannahMontana 16-4-2014 07:13 PM
nikaido posted on 16-4-2014 07:09 PM
ni masalahnya kalau asyik nak reply tapi malas membaca. dasar bodoh

Tarhim sebelum solat dan si ...

amboi ?!
org lain bodoh ,ko saja yg bijak ?!

kalau mcm tu kenapa x bijak menyelesaikan isu 15 speaker

jahannam manusia sekarang, jahat sampai tahap dgn azan dan tahmid pun menjadi isu.

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.189842 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top