CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cuba Mempolitikkan Kematian Karpal, Kj Bidas Naib Presiden Perkasa

17-4-2014 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3364| Komen: 1



Cuba Mempolitikkan Kematian Karpal, KJ Bidas Naib Presiden Perkasa

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sinonim yang boleh digambarkan atas tindakan kurang beretika yang telah dicetuskan oleh Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin di laman mikro,Twitter milik beliau.

Natijahnya,  ekoran tidak menghormati pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Zulkifli dilihat turut dicemuh oleh ramai pembaca dan pengikutMalaysian Digest di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut berkata di laman Twitternya kepada salah seorang pengikut (follower) beliau, "Saya dengan tegasnya tidak bersetuju dengan pencalonan beliau dalam Barisan Nasional (BN). Kami tidak memerlukan orang sepertinya".






KUALA LUMPUR: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.
Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu
Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”


Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen  yang sama di Twitter beliau.
Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

7

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote devilito2 21-4-2014 08:46 AM
bodoh berdengung.... :P

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.025140 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top