CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Raja Bomoh Halau Jembalang Di Gua Tempurung

21-4-2014 03:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22959| Komen: 161



Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Maut Karpal Singh - Raja Bomoh


Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.



Bagus
4

Marah

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • ummu_aiman


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 19-4-2014 09:31 PM
Mana gambo?
Quote MrRothschild 19-4-2014 09:32 PM
saudi arabia darul wahabi
iran darul syiah

Malaysia darul sihir
Quote highcastle 19-4-2014 09:33 PM
Google kejap tadi.............

Quote shernazz 19-4-2014 09:34 PM
sat gi dia mati, kita ramai2 buat ritual coconut shake plak kat dia
Quote myvios 19-4-2014 09:35 PM
mesti ade yang beli nombor ekor 3016...
Quote edee_91 19-4-2014 09:38 PM
Siyes ni, aku pon teringin gak nak tahu sangat apa tokmoh ni buat kat situ?
Quote annehuda 19-4-2014 09:41 PM
go home tok moh. you're delusional.
Quote Badut.Sarkas 19-4-2014 09:44 PM
Maybe dia nak wat penghormatan terakhir utk karpal.. tahniah tok moh
Quote tobby 19-4-2014 09:44 PM
bila JAKIM nak tangkap manusia khurafat nih??   
Quote hanna88 19-4-2014 09:49 PM
ritual sokmo dia ni
Quote fredbok87 19-4-2014 09:49 PM
sialan sungguh
Quote noor2 19-4-2014 09:50 PM
highcastle posted on 19-4-2014 09:33 PM
Google kejap tadi.............

motip tok moh ni??

Quote zorrro_03 19-4-2014 09:50 PM
Babi gila glamer.  
Quote apitkl 19-4-2014 09:52 PM
mcm photoshop jer huhuhu
Quote Dewa19XKangen 19-4-2014 10:01 PM
esok atas bukit ada sami mimpi ini bukit kena pacak tokong.berboyan2 dana kutip beli tanah tepi highway bangun 18 tingkat kuil..

bomoh nie p gunting riben rasmi..
Quote pakweneelofa 19-4-2014 10:05 PM
shernazz posted on 19-4-2014 09:34 PM
sat gi dia mati, kita ramai2 buat ritual coconut shake plak kat dia

harlem shake!!!!!!!!!! lepas tu kita ramai2 melantak texas chicken!!!!!!!
Quote addamnor 19-4-2014 10:06 PM
so majlis agama tidak mahu ambil siasatan perbuatan khurafat sedemikian?
Quote tongkatwaran75 19-4-2014 10:07 PM
highcastle posted on 19-4-2014 09:33 PM
Google kejap tadi.............


si baju belang sdg scanning apa tu?

Quote shernazz 19-4-2014 10:07 PM
pakweneelofa posted on 19-4-2014 10:05 PM
harlem shake!!!!!!!!!! lepas tu kita ramai2 melantak texas chicken!!!!!!!

yummy..sedap dari kfc ke texas chicken tu?

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top