Gambar hiasan
Melaka: Seorang remaja lelaki ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, mayat mangsa yang berbaju-T dan berseluar jean ditemui sepasang suami isteri ketika meninjau lot kedai dua tingkat terbabit yang ingin mereka beli. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, tangan dan kaki mangsa diikat pada kerusi yang jatuh di lantai dan mulut ditampal dengan pita pelekat. “Bagaimanapun tiada kesan darah, kecederaan kasar atau tikaman ditemui pada tubuhnya. “Mangsa dipercayai berbangsa India, namun identitinya belum dikenal pasti dan kita akan membuat semakan dengan semua balai polis sama ada terdapat laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam. Hadir sama, Timbalanya Superintendan PR Gunarajan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada remaja berkenaan berkemungkinan menjadi mangsa culik. “Kita akan siasat bagaimana mangsa boleh berada di sini dan diikat. Kami juga menunggu laporan bedah siasat. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Saksi dikenali sebagai Yong, 68, berkata, dia mengetahui kejadian selepas dimaklumkan pasangan berusia 40-an terbabit yang terkejut melihat mayat mangsa di dalam premis berkenaan. “Pasangan berkenaan berlari turun dan memaklumkan kepada saya terdapat seorang remaja lelaki tidur di premis itu. Saya yang masuk ke premis berkenaan kemudiannya terkejut nampak mangsa dalam keadaan teikat pada kerusi selain mulutnya ditutup dengan pita pelekat,” katanya.
|
kakikuDibibirmu posted on 22-4-2014 05:00 AM
dipercayai berbangsa India?
susah nak beza ke?
ADVERTISEMENT