CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Cakap `I Miss U' Dipukul Laki !

22-4-2014 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11443| Komen: 34



Jakarta: Seorang wanita dilaporkan dipukul suaminya gara-gara mengucapkan kalimah “I miss you” kepada seseorang melalui telefon bimbit, lapor media semalam.


Menurut sumber, kejadian berlaku kelmarin ketika wanita terbabit menerima panggilan daripada rakannya.


Perbualan itu, kata sumber, didengari suami mangsa yang dikenali sebagai Syamsudin.


“Ketika berbual mangsa mengucapkan kata-kata itu dan ia tidak disenangi suspek.


“Sebaik saja mendengar kata-kata berkenaan, Syamsudin - yang dikatakan seorang yang cemburu - terus berang dan memukul mangsa,” katanya.


Akibat pukulan itu menyebabkan si isteri mengalami lebam di bahagian mukanya.


Kata sumber, mangsa yang tidak dapat menerima sikap cemburu keterlaluan Syamsudin terus membuat laporan ke polis Jakarta Selatan.


Pihak berkuasa kemudian menjalankan siasatan dan menganggap kejadian itu sebagai keganasan domestik.

Jurucakap polis berkata, kes berkenaan masih disiasat.

“Kami mengingatkan supaya semua pasangan suami isteri menjaga hubungan perkahwinan masing-masing dengan baik dan jangan mudah melakukan kekerasan rumah tangga,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-4-2014 05:02 AM
♫...tiada lafaz yang lebih agung

....


relaku pujuk...♫
Quote faraway1 22-4-2014 05:16 AM
jakarta,
pe hal cita pasal indon ni, ramai ke orang indon kat CI ni.
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2014 05:24 AM
lirik lagu ni senang jah: I just wanna say I love you (33x)

[youtube]MB077MxzC_Y[/youtube]

http://youtu.be/MB077MxzC_Y
Quote Tok_Batin 22-4-2014 06:16 AM
Cerita tak lengkap. Siapa yang bini dia ucap 'I miss you tu'??? Betul kah rakannya? Atau Adiknya? Maknya? Abangnya? atau SKANDAL barunya???
Quote intriQue 22-4-2014 06:38 AM
So insecure......

apa daaaaa.....
Quote yipun_78 22-4-2014 06:58 AM
sib baik kejawen k laaaa
Quote batmana 22-4-2014 07:04 AM
Ceraikan ajela...
Wat pe pukul..
Quote Dewa19XKangen 22-4-2014 07:06 AM
memang patut,tepat dan padat serta wajar..
Quote pakweneelofa 22-4-2014 07:57 AM
waduhnya...cemburu2an lalunya diketuk sekali kepalanya..hakak tk sanggup la jantan2 lombok ni
Quote sup@rm@n 22-4-2014 09:47 AM
faraway1 posted on 22-4-2014 05:16 AM
jakarta,
pe hal cita pasal indon ni, ramai ke orang indon kat CI ni.

Sedara mara diorang ramai kot. Mostly dari johor, banting, sungai besar dan sekinchan
Quote Idelgo 22-4-2014 09:50 AM
cemburu buta suami dia tu.
Quote chaoyunjie 22-4-2014 09:57 AM
banyak ke warga asing yg berada di CI...hahah
Quote niceghost2005 22-4-2014 10:10 AM
Tok_Batin posted on 22-4-2014 06:16 AM
Cerita tak lengkap. Siapa yang bini dia ucap 'I miss you tu'??? Betul kah rakannya? Atau Adiknya? Ma ...

Sepatutnya tumbuk kat peghot jer...
X ada lebam or merah pung.
Biaq senak x bley bernafas bbrp saat.

Ajaq skit bini kalau sudah confirmed nusyuk.
Puaih hati............

Ekekekekekekekekekeke

Quote Simunggu 22-4-2014 10:51 AM
I miss you boleh cakap pada keluarga juga....apa lah laki tu...tak check lagi...terus pukul....
Quote kudajantan77 22-4-2014 11:02 AM
lenkali kerat kepala, bungkus dalam beg, campak dalam gaung ... amboiiiii, i miss u kununnnnn ...   
Quote kudajantan77 22-4-2014 11:04 AM
Simunggu posted on 22-4-2014 10:51 AM
I miss you boleh cakap pada keluarga juga....apa lah laki tu...tak check lagi...terus pukul....

Artikel mengisahkan laki dia dah pasang telinga dengar perbualan ... kalo keluarga musti dia tau ... lain gaya ckp dgn keluarga dan dgn skandalan ...
Quote tengokjerrr 22-4-2014 11:07 AM
mudah sangat angkat tangan
Quote sapp73 22-4-2014 11:57 AM
tak selidik dengan sapa bini bercakap dah didebuknya....  i miss u tuk, cakap kat family, kat kawan baik yang dah lama tak jumpa boleh jugak.

mungkin kalau si isteri cakap 'kangen sama kamu' selamat kot
Quote haryatie 22-4-2014 12:01 PM
bini tu i love kat sape pulak..
kalau kat laki lain@BF dia...mmg la nk kena la ngn suami dia.
mcam2 la...


Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077533 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top