CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suntingan Video Boleh Dibuat !

25-4-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7289| Komen: 26


Kuala Lumpur: Menghasilkan video yang mengubah wajah dan tubuh seseorang memerlukan kepakaran tinggi bagi memastikan ia kelihatan seolah-olah asli.

Pegawai Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Superintendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, untuk menghasilkan video seperti itu ia bukan sekadar menggunakan teknik ‘superimpose’ (cantum dan tampal) kerana ia sukar dilakukan.

Menurutnya, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.


“Video itu didapati sudah dipadam di Youtube dan berdasarkan pengalaman, teknik mengubah wajah dan tubuh seseorang individu memang memerlukan kepakaran tinggi,” katanya. “Mangsa tidak sepatutnya membuat pembayaran kepada individu yang mengugutnya kerana kebiasaannya mereka akan terus menerus meminta habuan,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Abdullah Mohd Zin berkata, teknologi menyunting video termasuk mengubah badan atau wajah seseorang dan digantikan dengan orang lain boleh dilakukan menggunakan perisian dan peralatan khas.


Menurutnya, untuk menghasilkan video yang disunting seperti itu memerlukan proses yang lama bergantung kepada kualiti dan durasi.

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 25-4-2014 05:33 AM
video tu besi                     
Quote Acong 25-4-2014 06:36 AM
islam gak best.....! bawa laa 4 org saksi sayfool kena nala
Quote pittjie 25-4-2014 06:44 AM
so ... video bang tapa dgn bang nuar tu semua hasil suntingan belaka la tu kan. hebat org membikinnya.
Quote fatehana 25-4-2014 06:54 AM
Semuanya dah boleh dibuat perubahan dr yg asal,
Quote alinone78 25-4-2014 06:56 AM
Ni isu berkaitan apa ni tetiba saja
Quote highcastle 25-4-2014 07:10 AM
Video "Anwar" ngan Cina Doll kena ingatlah, CCTV tu dirakamkan dalam 4 penjuru.. Mmg dahsyat lah yang buat tu boleh mengubah muka jadi "Anwar". Tang Azmin aiskrim tu aku boleh pertikaikan sbb mmg mudah nak buat sebab dia gambar bukan video. Tang "Stopa" den tak berani nak kata, den boleh anggap tu bini dia, cuma dia malu nak ngaku sebab penampilan pompuan tu camtu.. Cuma aku boleh anggap video "Anwar" tu tipu jika ada yg boleh buat topeng menyerupai sebijik Anwar dan disarungkan ke muka org lain..
Quote noor2 25-4-2014 07:12 AM
highcastle posted on 25-4-2014 07:10 AM
Video "Anwar" ngan Cina Doll kena ingatlah, CCTV tu dirakamkan dalam 4 penjuru.. Mmg dahsyat lah yan ...

cer bgitau terusterang high...kita blur pepagi ni..
Quote highcastle 25-4-2014 07:20 AM
noor2 posted on 25-4-2014 07:12 AM
cer bgitau terusterang high...kita blur pepagi ni..

Senang gini je noor, bagi pendapat aku video "Anwar" tu mmg payah nak dikatakan yg dia diubahsuai sbb diambil 4 penjuru kecuali ada yg boleh menghasilkan topeng yg sebijik menyerupai Anwar dan disarungkan ke muka org lain..

Contoh:

[youtube]vfIHsurwTMo[/youtube]

Ini pun ada org cakap video ni "fake" guna kaedah CGI.......... Last edited by highcastle on 25-4-2014 07:33 AM

Quote pelukis.plan 25-4-2014 07:34 AM
highcastle posted on 25-4-2014 07:10 AM
Video "Anwar" ngan Cina Doll kena ingatlah, CCTV tu dirakamkan dalam 4 penjuru.. Mmg dahsyat lah yan ...

senang cerita video anuwar asli la...

Quote highcastle 25-4-2014 07:49 AM
pelukis.plan posted on 25-4-2014 07:34 AM
senang cerita video anuwar asli la...

Terpulang pendapat masing2. Saya masih menunggu kalau ada hujah kukuh yg boleh menyatakan yg video tu palsu. Ingat, CCTV tu dirakam dalam 4 penjuru.



Quote haryatie 25-4-2014 07:54 AM
bahaya ni...
nnti suka2 jerk org buat utk fitnah org...
Quote pakweneelofa 25-4-2014 08:23 AM
video DS Najib pakai rantai pun palsu!
Quote gaara_X 25-4-2014 08:26 AM
teknologi boss......ahaks!!..orang kg boleh laa kencing...
Quote shamsadis 25-4-2014 08:30 AM
dekat akhirat sok pun ditunjukkan bideo2 perbuatan kamu di donia nan fana adakah kamu semua akan mempertikai bideo2 tersebut
Quote nidzrain 25-4-2014 08:37 AM
highcastle posted on 25-4-2014 07:20 AM
Senang gini je noor, bagi pendapat aku video "Anwar" tu mmg payah nak dikatakan yg dia diubahsuai  ...

aah la.. boleh nmpk bideo ni pn fake...
memula ada rambut... tp tetibe je lps bukak topeng tu, da xde rambut...
Quote clarizsa 25-4-2014 08:41 AM
ni berdasarkan kes apa? mangsa bayar apa kt sapa?
Quote clarizsa 25-4-2014 08:45 AM
bijak sgt laa... nanti semua pembunuh perogol perompak penceroboh yg dirakam cctv bolehla ckp org nk aniaya dorang, berdasarkan artikel ni...
Quote xpdckelate 25-4-2014 08:46 AM
memang boleh,tapi ingat senang ka nak buat,nak ubah video bukan mudah macam ubah gambar
Quote duniaku85 25-4-2014 09:07 AM
ooo sng cite video anwar ni palsu la..kira dia kne fitnah dek saipol eh? kesian anwart jd mangsa keadaan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049790 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top