CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konstabel Berijazah

27-4-2014 01:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8275| Komen: 48

Klang: “Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, saya sanggup memohon jawatan konstabel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana minat mendalam dalam bidang kepolisan.


“Saya tahu gaji ditawarkan jika bekerja dengan syarikat swasta jauh lebih tinggi, namun itu bukan halangan kerana minat sejak kecil, khasnya dalam bidang siasatan komersial, menyebabkan saya memilih bergelar anggota polis,” kata Yeap Yong Sheng, 25.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Menggalakkan Kaum Cina Menyertai Konstabel PDRM di Dewan Persatuan Hokkien Klang, di sini, semalam.

Menurut Yeap, keinginannya menyertai PDRM semakin berkobar-kobar selepas mendapat sokongan padu ibu bapa dan ahli keluarga.

Katanya, program dianjurkan itu memudahkan generasi muda, khasnya daripada kaum Tionghua, menyertai PDRM.


“Jika diterima bertugas sebagai anggota polis, saya berjanji memberi sepenuh komitmen terhadap setiap tugas diamanahkan, selain berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu PDRM mengekang jenayah,” katanya.

Seorang lagi pemohon, Steven Wong Kok Hong, 19, yang berasal daripada Rawang berkata, dia sanggup ke Klang kerana mahu memohon jawatan konstabel.

“Saya memang berminat menyertai PDRM, malah pernah menyertai persatuan kadet polis ketika di sekolah menengah.


DEPUTI Superintendan Woon Tan Seng (kanan) memberikan penerangan mengenai kerjaya polis kepada pemohon konstabel PDRM.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 27-4-2014 08:38 AM

DEPUTI Superintendan Woon Tan Seng (kanan) memberikan penerangan mengenai kerjaya polis kepada pemohon konstabel PDRM.
Quote huJanBaTu 27-4-2014 08:43 AM
goodluck cine ni..
Quote mak_wa95 27-4-2014 08:56 AM
Sampai ada program menggalakkan kaum ni masuk polis...
Quote xdielzx 27-4-2014 08:57 AM
kalau keje polis mmg kena start dari bawah ek regardless of your education level?
Quote amiraira 27-4-2014 09:03 AM
Ada ijazah pn susah nk carik keje skg ni
Polis pn ok jugak
Jgn makan suap suda
Quote amiraira 27-4-2014 09:04 AM
xdielzx posted on 27-4-2014 08:57 AM
kalau keje polis mmg kena start dari bawah ek regardless of your education level?

X de la...
Dia base on uols punya sijil
Quote tagas 27-4-2014 09:06 AM
*rare species* hahahaha..
Quote midori_katana 27-4-2014 09:10 AM
Gaji polis yg ada degree mahai maa....
Quote vespa_oren 27-4-2014 09:20 AM
midori_katana posted on 27-4-2014 09:10 AM
Gaji polis yg ada degree mahai maa....

Maksudnya gaji konstabwl ada degree sama dgn gaji inspektor k?

adik aku lepas suksis antra yg terpilih jadi polis lepas grad, tpi dia mcm tolak jer



Quote Mizuahana 27-4-2014 09:20 AM
Senior aku kah? hihi...gud luck bro
Quote nazadiyah 27-4-2014 09:20 AM
nanti fastlane...dapat aply insp
Quote TuntungReturn 27-4-2014 09:31 AM

lani badan besar2 leh mintak polis dh...besar bukan gemuk ok..anak buah aku tinggi,besar,,dapat polis..keje die tangkap negro..mmg patot la pulis amik orang besar,,ni klo tak buat malu ja...1 van tangkap negro sorang..penah anak buah aku cakap 6 orang polis  melambung bile cube nk tgkp negro,,negro tu mengamuk abis suma polis terbang..
Quote bidacool 27-4-2014 09:31 AM
Abg polis kacak jgn suka pow org tepi jln........ dosa ok..
Quote stinger_attack 27-4-2014 09:33 AM
Forummer Nick Mimy kita ke apa nama dia, mesti dari diploma perikanan kan?





Quote debab_78 27-4-2014 09:35 AM
hmmmm keje setahun dua, naik la pangkat budak neh.. ada ijazah lg tu.... sure la bos2 tarik nnti...
Quote stinger_attack 27-4-2014 09:39 AM
bidacool posted on 27-4-2014 09:31 AM
Abg polis kacak jgn suka pow org tepi jln........ dosa ok..

Nothing is for free ok...kau dapat cuci mata....kau kena bayor ler....



Quote bidacool 27-4-2014 09:48 AM
stinger_attack posted on 27-4-2014 09:39 AM
Nothing is for free ok...kau dapat cuci mata....kau kena bayor ler....


murahan aje abang polis ni mintak2 bayaran....... aku bayar saman je rela...
Quote stinger_attack 27-4-2014 09:51 AM
bidacool posted on 27-4-2014 09:48 AM
murahan aje abang polis ni mintak2 bayaran....... aku bayar saman je rela...

Treading cost money you know...kau nih pun.......
Quote mzzenma 27-4-2014 09:51 AM
Abg polis ni poyo2 ja..tu belum stop kan kereta org pastu minta no fon. Tu belum yg duk kat hotel duk ajak front office assistant pi supper malam2 buta

I don't like polisi gatai meghela lupa bini anak kat rumah ni

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.181146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top