CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Air Bomba !

28-4-2014 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4438| Komen: 14

Klang: Pengurusan sebuah kawasan kediaman di Pandamaran di sini dikesan mengaut keuntungan mudah apabila mengenakan caj perkhidmatan air yang dicuri daripada pili bomba kepada 142 pemilik rumah pangsa di satu daripada empat blok di situ.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyebabkan kerugian kepada pihak berkuasa malah mengundang bahaya sekiranya berlaku kebakaran kerana pili bomba tidak dapat digunakan akibat diubah menjadi saluran penyambungan air.

Penduduk, Amel Shahrom Harun, 37, berkata, walaupun rumahnya tidak terjejas dengan catuan air, dia berasa bertanggungjawab melaporkan kejadian itu kerana kecewa dengan pengurusan perumahan mengambil jalan mudah menggunakan air dari pili bomba untuk disalurkan kepada penduduk.

“Bukan itu saja, mereka mengenakan bayaran walhal air itu sebenarnya digunakan untuk kegunaan kecemasan pihak bomba.

“Bayangkan jika berlaku kebakaran, pasti pihak berkuasa mengalami kesukaran kerana pili bomba sudah diubah suai,” katanya.

Amel berkata, kegiatan pengurusan terbabit disedari penduduk sejak beberapa bulan lalu apabila mendapati terdapat paip yang disambung dari pili bomba terus ke dalam tangki.

“Ketika kawasan perumahan lain mengalami gangguan bekalan air yang tidak menentu, kami di sini tidak terjejas,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata, siasatan mengenai kejadian terbabit akan dilakukan.


“Kami menjalankan siasatan di kawasan berkenaan dan jika benar perkara itu berlaku, ia satu kesalahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988,” katanya.




PILI bomba yang diubah suai bagi mengelakkan penduduk mengalami catuan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 26-4-2014 05:31 AM


PILI bomba yang diubah suai bagi mengelakkan penduduk mengalami catuan.
Quote airfilterkotor 26-4-2014 05:32 AM
Rumah flat laa ni.
Quote mehmet 26-4-2014 06:21 AM
airfilterkotor posted on 26-4-2014 05:32 AM
Rumah flat laa ni.

fuh,,penduduk PPRT melaporkan pasal kecurian air pili bomba tu....gila tinggi kesedaran....mau meroyan pemforem2 kat cari klau tau ni

Quote mak_wa95 26-4-2014 06:22 AM
Macam2 hal orang ambik kesempatan ni...
Quote pakweneelofa 26-4-2014 10:39 AM
bisnes is booming
Quote airfilterkotor 26-4-2014 11:37 AM
mehmet posted on 26-4-2014 06:21 AM
fuh,,penduduk PPRT melaporkan pasal kecurian air pili bomba tu....gila tinggi kesedaran....mau mer ...

Set set pprt pun naik AirAsia-X jugak wehh. Ingat dorang cikai ker.
Takat komplen curik air macam ni apalah sangat.



Quote airfilterkotor 26-4-2014 11:39 AM
mehmet posted on 26-4-2014 06:21 AM
fuh,,penduduk PPRT melaporkan pasal kecurian air pili bomba tu....gila tinggi kesedaran....mau mer ...

Espesyelli yang dok sebut pprt kehulu pprt kehilir ummah syummul sunni berkerak bagai.
Rupanya travel oberc dengan AirAsia sama naik dengan pprt jugak. Alahai kejinya perlakuan ittew.
Quote munchkin 26-4-2014 12:01 PM
Orang teseksa tau ngan catuan ni.
Quote batmana 26-4-2014 12:35 PM
orangg bising psl kene caz la tu..

cube kalu senyap2..mau selamat..
Quote devilito2 30-4-2014 05:46 PM
bijak betul... tp salah guna kat tempat x betul
Quote Babai 30-4-2014 05:50 PM
Jenis setan camni elok mampos je.
Quote kluangman 30-4-2014 10:52 PM
Penduduk flat ini terkena catuan air.
Terima kasih kepada Penduduk, Amel Shahrom Harun, 37,
Quote tripple_M 1-5-2014 02:00 AM
baguih gak laa..ekekekek...tp jgn kaut untung sgt..
Quote yellowfin 1-5-2014 02:52 AM
Aku rasa dh lama management flat ni buat keje.. bukan sbb catuan tapi buat bisness jual air seludup...

Jenis apartment, kondo  dan flat ni biasanya pakai satu bulk meter di bawah dan akan dikenakan satu bill je drpada syarikat air kepada syarikat pengurusan... bagi penduduk plak ada individual meter disetiap rumah dan pihak syarikat pengurusan akan baca meter setiap bulan dan caj kepada penduduk..

Jadi snang cerita, pihak pengurusan amik untung lebih dgn menjual air curi kepada penduduk...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.071692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top