CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370: Kita Di Persimpangan Yang Kritikal - Hishammuddin

29-4-2014 01:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2794| Komen: 0


MH370: Kita di persimpangan yang kritikal - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Hari ini dan hari esok adalah hari paling kritikal bagi pasukan mencari pesawat penerbangan Malaysia (MAS).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini adalah kerana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) telah mengecilkan dan mengkhususkan kawasan kawasan pencarian.

“Ia adalah penting untuk kita memberi tumpuan kerana JACC dan pakar lain telah mengecilkan kawasan pencarian.

“Ia berdasarkan pemahaman saya bahawa usaha mencari berada di satu persimpangan yang kritikal dalam tempoh 48 jam akan datang.

"Apa saja yang berlaku dalam tempoh itu, kami kemudiannya akan berkumpul semula dan berbincang mengenai langkah seterusnya.

“Jadi berdoalah kita mendapat sesuatu dalam beberapa hari yang akan datang,” katanya semasa satu sidang media di sini.


Hishammuddin turut menafikan laporan beberapa media bahawa kenderaan dasar laut Bluefin-2 akan mengambil masa antara enam minggu ke dua bulan untuk mencari keseluruhan kawasan dasar laut.


“Ini tidak benar. Pencarian sepatutnya diselesaikan minggu hadapan,” katanya.

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi.

Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi".

Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042442 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top