CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Penyamun Terperangkap Dalam Rumah

30-4-2014 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7572| Komen: 37

Nusajaya: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas rumah mereka disamun lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di Bandar Selesa Jay di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 8.40 malam, polis yang menerima maklumat awam berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, sebaik tiba, anggotanya melihat sebuah Kancil disyaki milik suspek berada di depan rumah mangsa manakala pintu utama rumah terbuka.

“Tidak lama kemudian, sepasang suami isteri berusia 30-an itu keluar dari rumah dengan tangan diikat dan mulut bertutup pita pelekat.

“Anggota polis kemudian terus masuk ke rumah itu dan berjaya menahan lima suspek berusia 22 hingga 35 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, semalam.

Menurutnya, empat daripada lima suspek menyerah diri selepas anggota polis menyerbu rumah itu, manakala seorang lagi yang dipercayai ketua kumpulan cuba melawan sebelum ditahan.

“Antara barangan dirampas termasuk dua parang, telefon bimbit pelbagai jenis, topeng, sarung tangan serta wang tunai. 

“Semua mereka direman hingga 4 Mei bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


“Dengan tertangkap kelima-lima suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes samun di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua suspek bukan berasal dari negeri ini.

NOOR Hashim (kiri) menunjukkan topeng dipercayai digunakan suspek.


2

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 30-4-2014 05:03 AM

NOOR Hashim (kiri) menunjukkan topeng dipercayai digunakan suspek.
Quote tongkatwaran75 30-4-2014 05:04 AM
[youtube]xUsjVZyzU1w[/youtube]
Quote noor2 30-4-2014 06:22 AM
penyamun ni elok ditembak ja sampai mati...
Quote nurul_akmar 30-4-2014 06:47 AM
noor2 posted on 30-4-2014 06:22 AM
penyamun ni elok ditembak ja sampai mati...

aku pon stuju
Quote harimau76 30-4-2014 06:50 AM
tau pun serah diri.. takut kena tembak mati ler tu..
Quote kentel 30-4-2014 08:33 AM
dahla menyamun sempat minum wine lagi...gamp*ng...
Quote haryatie 30-4-2014 08:39 AM
menakutkan..
kat dlm umah pun x selamat..diluar rumah lagik la..
susah nya nk hidup ..
fobia sungguh...
Quote spiderman80 30-4-2014 10:37 AM
Pemilik rumah tu warga Singapork kah?
Quote jengkoil 30-4-2014 01:48 PM
Kalau silap masuk nak rompak umah tok moh...mau berenang2 kat ruang tamu
Quote mawarika 30-4-2014 01:50 PM
Ini rumah tok moh ker.. Mcm senang je kena tangkap
Quote annehuda 30-4-2014 01:56 PM
kalau tembak smpi mati terus pun aku setuju. tp tulah nnt ade la yg dok persoalkan kenapa perlu tembak?
Quote ell768 30-4-2014 03:24 PM
tembak jer laaa kan senang..bg mampus terus...hidup pon nyusahkan org jer...
Quote Vellfire 30-4-2014 03:32 PM
byk lagi keja yg boleh dibuat
ni nak menyamun ingat orang senang2 ke nak kumpul reta
Quote Babai 30-4-2014 03:40 PM
Tembak aje diorang tu kasi mampos.
Quote TigerFeith 30-4-2014 03:46 PM
Tunjuk la muka penyamun tu...
Quote asermullen 30-4-2014 03:47 PM
penjara sepanjang hayat...
Quote bangcak 30-4-2014 03:51 PM
noor2 posted on 30-4-2014 06:22 AM
penyamun ni elok ditembak ja sampai mati...

siasatan awal mendapati semua suspek bukan berasal dari negeri ini
kalu bukan dari negeri tu, komfom dari negeri sebelah.
so, bukan dari negara luar la ye??
Quote noor2 30-4-2014 09:21 PM
bangcak posted on 30-4-2014 03:51 PM
siasatan awal mendapati semua suspek bukan berasal dari negeri ini
kalu bukan dari ne ...

...cer tanya polis..

Quote mommymonster82 30-4-2014 09:26 PM
Klu hudud ntah per hukumn untuk kesalhn gini...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.085659 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top