MH370: "Jangan mengata saja, tidak bagi solution"- Rosmah Datin Seri Rosmah Mansor (berbaju biru) sewaktu melawat keluarga penumpang pesawat MH370 - Gambar Fail KUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal. "Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya. Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. "Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian)," katanya.
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu. Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini. "Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1
|
19
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
17
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT