CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Isyarat Ping Diciptakan? – Adakah Dunia Sedang Ditipu Pihak Tertentu?

30-4-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3301| Komen: 1


Isyarat Ping Diciptakan? – Adakah Dunia Sedang Ditipu Pihak Tertentu?

Selagi MH370 tidak dijumpai, kehilangannya akan menjadi medan ‘permainan’ yang tidak bertepi. Ada pihak yang sedang mempermainkan dunia. Inilah yang dirasakan sebahagian penduduk dunia hari ini mengenai insiden MH370 yang sudah berlarutan 5 minggu.

Terkini, dunia dihebohkan dengan isyarat ‘ping’ di sesuatu latitud di Lautan Hindi. Rupanya sehingga kini belum dapat disahkan. Pelik bin ajaib kerana teknologi yang dikatakan canggih itu tidaklah sehebat mana. Atau sengaja ini semua dilakonkan untuk melengah-lengahkan sehingga dunia ‘melupakan’ insiden ini begitu saja?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Hishamuddin secara terus terang mengatakan Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat. Apa yang hendak ‘diceritakan’ jika tidak ada apa-apa maklumat yang diketahui kerajaan Malaysia?

Jadi siapakah dalang di sebalik ini semua? Bacalah paparan berikut..


Dalang Pencipta Isyarat Ping MH370 Terbongkar?

Permainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia.

Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini. Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu.

Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang Arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite.

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370. Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370.


Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India? Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kemahuan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia. Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.


Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat “ping’, dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan ‘pinger’ ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

“Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan ‘pinger’ ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat,” kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tiada penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baru.


Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote unguaurora 3-5-2014 07:48 PM
Konsiprasi demi konspirasi dibincangkn..kasihan malaysia yg x tau apa2 tlh mnjadi mgsa permainan kuasa2 besar..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.019430 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top