CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelacur Diskaun RM15 Sempena Hari Pekerja

2-5-2014 12:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16041| Komen: 29

Gambar hiasan

Seremban: Kegiatan sebuah hotel bajet berhampiran Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, yang menawarkan potongan RM15 bagi pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur sempena cuti Harian Pekerja, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.


Hotel tiga tingkat itu diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 2.30 petang.

Jurucakap polis berkata, 12 pelacur tempatan berusia antara 23 hingga 50-an dan sembilan pelanggan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penawaran seks.

Beliau berkata, hotel yang beroperasi lebih 10 tahun itu menyasarkan cuti umum sempena Hari Pekerja bagi menarik lebih ramai pelanggan dengan memberikan potongan RM15.

“Risikan dijalankan mendapati, pemilik menyediakan khidmat pelacur dengan bayaran antara RM30 hingga RM50 mengikut usia.

“Bagaimanapun, sempena Hari Pekerja, mereka memberikan potongan sehingga RM15 kepada setiap pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan itu, 12 pelacur tempatan dan sembilan pelanggan membabitkan dua lelaki tempatan, manakala selebihnya warga Indonesia serta Bangladesh.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 60-an dipercayai penjaga premis.

Sementara itu, wartawan berkesempatan menemubual pelacur tempatan dikenali Shida, 23, dari sebuah FELDA di Pahang yang kononnya dibayar gaji RM600 sebulan.

Katanya, dia tiada pilihan melainkan bekerja di premis pelacuran berikutan tidak mendapat pekerjaan lain.

Ketika pemeriksaan, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pelanggan merayu supaya dibebaskan dengan memberi alasan anaknya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.





Pelanggan pelacur hotel murah berkenaan turut ditahan dan dibawa ke IPK negeri untuk disoal siasat


23

Bagus
17

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 2-5-2014 07:43 AM
[youtube]DU5Z0TdJlBM[/youtube]
Quote NHolmes 2-5-2014 07:43 AM
Sekurang2nya dapat mengurangkan peratus pengangguran si Malaysia kekdahnye
Quote xpdckelate 2-5-2014 07:48 AM
gaji RM600 sebulan?baik kerja kilang lagi syiok..ke nak nikmat donia,adoiya
Quote kentel 2-5-2014 07:51 AM
xpdckelate posted on 2-5-2014 07:48 AM
gaji RM600 sebulan?baik kerja kilang lagi syiok..ke nak nikmat donia,adoiya

da sedap...dpt duit lg tu..layan jela..zzzzzz
Quote putehkundor 2-5-2014 07:53 AM
Patutnya pelacur ni mintak triple pay
Quote jengkoil 2-5-2014 07:56 AM
Pelacur tersebut patut demand untuk dapatkan gaji minimum rm 900 + full dental treatment + profit sharing..

Quote stinger_attack 2-5-2014 08:13 AM
TRULIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII........

Quote mrseller 2-5-2014 08:28 AM
600 gaji...belum comission, freelance dkt luar, org bela...etc...
Quote -electrifying- 2-5-2014 10:57 AM
aik 600 je sebulan ke sehari? erkkk xberbaloi, ke xpermanent lgi sbb tu gaji rendah? hahahaha
Quote sapp73 2-5-2014 11:01 AM
nak langgan pelacur pun dapat diskaun....tapi esok esok kalau dihinggapi penyakit, tak dak diskaun ye
Quote tongkatwaran75 2-5-2014 11:08 AM

Pelanggan pelacur hotel murah berkenaan turut ditahan dan dibawa ke IPK negeri untuk disoal siasat


p/s industri nih subur sbb byk pendatang tanpa izin...klu tak, mana dorang nak pancut?

Quote tongkatwaran75 2-5-2014 11:11 AM
SEREMBAN – Tindakan pihak berkuasa menyamar pelanggan sebelum membuat serbuan membuahkan hasil apabila berjaya menahan 12 wanita dipercayai bekerja sebagai pelacur di sebuah hotel sekitar bandar ini, semalam.

Serbuan sempena Ops Buruh itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan selama tiga jam itu berakhir kira-kira jam 3 petang.

Jurucakap polis berkata, kesemua pelacur yang ditahan adalah rakyat tempatan berusia sekitar 23 sehingga 50 tahun.

Beliau berkata, semasa operasi dilakukan, terdapat sembilan pelanggan lelaki di mana dua daripadanya rakyat tempatan, manakala selebihnya warganegara Indonesia dan Bangladesh sedang asyik berasmara dengan pelacur berkenaan.

“Mereka ke sini bagi melepaskan penat-lelah bekerja, di samping mencari hiburan sempena cuti umum. Turut ditahan seorang lelaki berusia 50-an, dipercayai penjaga premis berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, premis tiga tingkat itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 7 malam sahaja.

Difahamkan, hotel murah terbabit sudah lama menyediakan khidmat pelacur dengan mengenakan harga paling murah iaitu serendah RM30 sehingga RM60.

“Kita yakin dengan penahanan pelacur ini, kita mampu membanteras aktiviti tidak moral.

“Serbuan sebegini akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan gejala tidak berfaedah ini dapat dibanteras,” katanya.
Quote liyamariska 2-5-2014 11:20 AM
murahnya harga perempuan2 penjual mauah diri nih...
Quote SukaMain 2-5-2014 02:58 PM
liyamariska posted on 2-5-2014 11:20 AM
murahnya harga perempuan2 penjual mauah diri nih...

Tapi tak semurah perempuan yang suka terlanjur

Quote Jejaka88 5-5-2014 01:50 PM
nk dapat benda mcm ni sekarang nie makin senang...umat akhir zaman
Quote devilito2 5-5-2014 02:19 PM
gambar x ingat...
Quote emmet_23 5-5-2014 03:53 PM
-electrifying- posted on 2-5-2014 10:57 AM
aik 600 je sebulan ke sehari? erkkk xberbaloi, ke xpermanent lgi sbb tu gaji rendah? hahahaha

under probation kot....
Quote kambeng_masam 5-5-2014 04:10 PM
tu baru hari pekerja...kalau hari raya silap2 ada promo LANGGAN SE-ROUND, PERCUMA LAGI SE-ROUND!
Quote intriQue 6-5-2014 12:24 PM
Murahnya gaji.....RM600 jer. Dah lah kena hadap   pelanggan ntah dari mana

kesian......

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.145021 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top