CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedatangan Pendatang Satu Bentuk Pencerobohan

7-5-2014 11:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7657| Komen: 59


Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan

BANGI, 6 Mei – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan.

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” ujarnya hari ini dalam satu kenyataan.

Tambah beliau juga, ini merupakan satu kesilapan orang Melayu terdahulu yang harus diperbetulkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

Sebagai balasan kepada kenyataan itu, ada pihak yang mendakwa bahawa orang bukan Islam telah banyak menyumbang kepada negara contohnya dalam bidang perlombongan dan perladangan sejak sebelum merdeka.

Menurut Ustaz Abdullah lagi, jika mereka ingin terus menjadi rakyat Malaysia, mereka haruslah taat setia kepada raja, menerima Islam sebagai agama negara dan hak kedaulatan bangsa Melayu.

Ini kerana menghalang cita-cita Melayu dan menafikan hak Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah satu tindakan mencabar dan melampau oleh bangsa asing.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa ISMA telah menyebarkan racun dalam bentuk perkauman, tegas Ustaz Abdullah, kenyataan itu tidak berasas sama sekali.

Hakikatnya, Kit Siang sendiri yang telah memecahbelahkan rakyat. Hal ini jelas sekali apabila dia telah membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Dia sendiri yang membuatkan orang Cina rasa tidak berpuas hati sehingga bangkit untuk menuntut dan mendesak lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini.

“Walhal, hak-hak keistimewaan orang Melayu misalnya telah pun termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama,” katanya kepada wartawan ISMAweb.

8

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 7-5-2014 01:07 AM
Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

bodo, UMNO laa..........
Last edited by Acong on 7-5-2014 01:09 AM

Quote Acong 7-5-2014 01:08 AM
ISMA nak bangkit menentang UMNO yg jadik tali barut British?
Quote Acong 7-5-2014 01:09 AM
hidup UMNO.......!!!     
Quote deryza 7-5-2014 02:21 AM
Sikit hari lg Bangla, Nepal, Myanmar, indonesia juga dilabel penceroboh bersama penjajah xxxx..........menindas dan membuli melayu........
Quote sueism 7-5-2014 02:23 AM
dia belum ambik ubat lah tu. tak baca sejarah ke?
bukan ke dulu china yg keja kat lombong bagai?
kalau bagi kat melayu tak ada nak buat keja lombong
sebab melayu kan bangsa superior.
Quote sueism 7-5-2014 02:24 AM
deryza posted on 7-5-2014 02:21 AM
Sikit hari lg Bangla, Nepal, Myanmar, indonesia juga dilabel penceroboh bersama penjajah xxxx....... ...

dah bagi lepas masuk siapa?
bukan cina bagi lepas masuk pun

Quote Al-Patih 7-5-2014 05:04 AM
lah ...budak ingus ni ...pakai le buju golayu ......ni gayo british .....
Quote vespa_oren 7-5-2014 06:13 AM
Angry at Chinese for coming to Malaya but never said a word about royalty asking for British aid resulting in 200 years of colonisation?
Quote vespa_oren 7-5-2014 06:14 AM
Acong posted on 7-5-2014 01:07 AM
bodo, UMNO laa..........

pm should talk to china and send all Chinese back to them. Together with their wealth too pls...
Quote batmana 7-5-2014 06:27 AM
sueism posted on 7-5-2014 02:23 AM
dia belum ambik ubat lah tu. tak baca sejarah ke?
bukan ke dulu china yg keja kat lombong bagai?
...

bkn zmn dlu, sebab melayu dlu byk tanah nk diusahakn. smpai ada part2 kg tu bela 'entiti' tuk bntu uruskn kebun msing2..

smpai gtu skali..


Quote batmana 7-5-2014 06:28 AM
kalu cmtu, sape yg bodo bagi warganegara, jus soli kicap tamim bagai?..



Quote Acong 7-5-2014 07:28 AM

Quote nexusys 7-5-2014 08:15 AM
meleis bila bersembang.. meletup2...

bab2 dengki no.1

bab2 kerja, pemalas...

bab2 nak show off.. no.1

bab2 korap PUN no.1..

pastu dengki dgn orang lain yg maju....

Quote kecimpret 7-5-2014 09:32 AM
kenapa UMNO begitu bodo kasi kerakyatan kpd penceroboh?
Quote the_killer 7-5-2014 09:35 AM
so jawa,minang,banjar dan bugis pon penceroboh ke?
Quote Santeira 7-5-2014 09:39 AM
bitch, please.


Quote palmolive 7-5-2014 09:40 AM
mender dh jd sejarah,watpe ungkit lg..patut bg la penerangan pasal hudud..bukan bantai..cmner la non muslim nak tertarik ngan islam kalo lagu ni kelakunya
Quote cipOt_cedOt 7-5-2014 09:52 AM
aku rasa Malaysia harus memberikan kerakyatan kepada pendatang Indonesia, bangla dan banyak lagi seperti yang diberikan kepada pendatang cina dan india dulu...

takde bezanya pendatang cina dan india dulu dengan pendatang indonesia, bangla dan lain-lain... mereka juga menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka dalam pembagunan negara...

kalau pendatang cina dan india dulu tak sampai pun satu generasi duduk tanah melayu dapat taraf kewarganegaraan secara beramai-ramai... naper skarang tak boleh nak buat perkara yang serupa plak...
Quote BotakChinPeng 7-5-2014 09:56 AM
Bodohnya Abdullah Zaik.  Kuli cina paling awal dibawa masuk oleh pembesar melayu la.

Parti ajaran sesat yang  tentang hudud kenapa tak dikutuk ?

Cina dari dulu hingga kini dibuli melayu macam binatang. India lagi la teruk.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.169728 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top