CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perodua Lancar Model Baru?Perodua Axia??

12-5-2014 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18330| Komen: 46

RAWANG 8 Mei - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) enggan mengulas nama model terbaharu mereka iaitu Perodua Axia, sebaliknya memberitahu beberapa nama telah dikemukakan untuk model tersebut yang akan dilancarkan pertengahan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, tiada sebarang pilihan nama yang dimuktamadkan untuk model kompak tersebut walaupun terdapat laman blog yang mendedahkan syarikat automotif telah mengemukakan permohonan nama kenderaan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak dua bulan lalu.

Beliau walaupun tidak menafikan membuat permohonan tersebut berkata, beberapa nama lain telah dikemukakan dan sebarang keputusan berhubung nama model belum diputuskan.

"Kita belum ada sebarang nama untuk model baharu ini. Tunggu sama ada Julai atau Disember atau antara Julai dan Disember untuk kemunculan model baharu ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pusat alat gantian dan reka bentuk baharu bagi minyak pelincir di kilang Perodua di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd., Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus dan Pengarah Urusan Lubetech Sdn. Bhd., Megat Shahrul Azmir.

Pembinaan pusat tersebut dengan keluasan 13,800 meter persegi menelan kos RM28.2 juta dapat meningkatkan operasi logistik Perodua bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Sejak kemunculan Perodua pada 1994, syarikat tersebut telah menjual lebih 2.4 juta kenderaan sekali gus menyaksikan pertumbuhan pantas bagi segmen perniagaan alat ganti dan aksesori kenderaan.

Aminar berkata, Perodua menyasarkan untuk meningkatkan nilai jualan bahagian alat ganti kenderaan sebanyak RM250 juta tahun ini berbanding RM243 juta pada 2013 menerusi 178 pusat perkhidmatan di seluruh negara.

"Selain memenuhi keperluan domestik, Perodua juga mengeksport alat ganti kenderaan ke sembilan negara iaitu Nepal, Fiji, Singapura, United Kingdom, Mauritius, Malta, Sri Lanka dan Brunei dengan Indonesia adalah negara pengimport terbesar," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perodua dari semasa ke semasa akan meningkatkan perkhidmatan selepas jaminan bagi memastikan pemilik kenderaan Perodua memperoleh alat ganti yang tulen dan terjamin dari segi keselamatan.

"Kita mengenal pasti hanya 29 peratus sahaja pemilik Perodua yang kembali mendapatkan servis dengan Perodua selepas tamat tempoh jaminan dan untuk itu, Perodua akan pastikan jumlah ini meningkat sebanyak 35 peratus secara berperingkat-peringkat," katanya.

1

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-5-2014 07:01 PM
mcm alto je..
choy sgt..buruk
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 07:30 PM
axion ke axia?

♪♫♫ mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya, tentu dia perempuan muda..♪♪♫   

Quote huJanBaTu 9-5-2014 08:09 PM
mcm kia rio latest edition
Quote merrissa 9-5-2014 08:11 PM
walaupun buruk mesti ramai yang akan beli juger
Quote ultra78 9-5-2014 08:12 PM
kakikuDibibirmu posted on 9-5-2014 07:30 PM
axion ke axia?

♪♫♫ mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awa ...

Mcm sama sahaja




Quote dubuk 9-5-2014 08:15 PM
hello geng



Quote CiliPadiSedap 9-5-2014 08:20 PM
peYno jealous kereta perodua laku.

kereta preve tak laku.

akak mampu senyum sinis.
Quote asyriqa 9-5-2014 08:27 PM
kecikkk dan konpem mahal jugekkk...
Quote peYno 9-5-2014 09:13 PM
merrissa posted on 9-5-2014 08:11 PM
walaupun buruk mesti ramai yang akan beli juger

mesti set2 ppuan , kampung dan tak uptodate
Quote peYno 9-5-2014 09:15 PM
CiliPadiSedap posted on 9-5-2014 08:20 PM
peYno jealous kereta perodua laku.

kereta preve tak laku.

nanti masa exciden ada kerabat dia mati sebab keta takde safety baru nsk menyesal... takpe la mati pon mati laa
Quote sup@rm@n 9-5-2014 09:15 PM
ultra78 posted on 9-5-2014 08:12 PM
Mcm sama sahaja

Muahahaha..

Ok le tu, keta ni leh buat cuci pinggan skali
Quote peYno 9-5-2014 09:16 PM
ultra78 posted on 9-5-2014 08:12 PM
Mcm sama sahaja

kat indonesia dah kelyar.. nsma daihatsu ayla... ikut afta.. import dari indon lagi murah dan guna jenama jepun...

tapi sebab nak jaga kroni kat mesia dan perodua... keluar gak
Quote xpdckelate 9-5-2014 09:47 PM
nak booking sebijik buat pi noreh senang nak parking
Quote munchkin 9-5-2014 10:21 PM
Rega berapa rega
Quote aechae 9-5-2014 10:26 PM
mcm katak pisang yg kaler hijo tu...

brapa duit ni?? klu murah nk beli cash
Quote vespa_oren 9-5-2014 10:29 PM
aechae posted on 9-5-2014 10:26 PM
mcm katak pisang yg kaler hijo tu...

brapa duit ni?? klu murah nk beli cash

Hari tu dh bgtau perodua kuar kereta baru xcayer
Quote aechae 9-5-2014 10:43 PM
vespa_oren posted on 9-5-2014 10:29 PM
Hari tu dh bgtau perodua kuar kereta baru xcayer

nsib baik x oder viva lg...hold dlu lah...tp klu 30k je nk beli klu lbih xmoh..nnt kna buat loan lama plak

Quote vespa_oren 9-5-2014 10:57 PM
aechae posted on 9-5-2014 10:43 PM
nsib baik x oder viva lg...hold dlu lah...tp klu 30k je nk beli klu lbih xmoh..nnt kna buat loan l ...

this car is for people who do not wan to waste too much money on a car, as long can get them from point a to point b , plus fuel saving and economical, can squeeze in tight parking areas , not concern of their status ,


Quote atira 9-5-2014 10:59 PM
najib penipu tu bila nak turun harga kereta

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.122697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top