Kompaun RM500 jika biak nyamuk BANDAR SERI BANDI – KEMAMAN. Pejabat Kesihatan Kemaman tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kediaman dan premis perniagaan yang didapati membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan Kemaman, Abdul Rahman Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa di kawasan yang berisiko tinggi atau yang mencatatkan kes demam denggi. “Kompaun maksimum RM500 akan dikenakan terhadap mereka yang degil membiarkan pembiakan Aedes. “Mencegah pembiakan Aedes lebih baik daripada mengubatinya, justeru kawasan pembiakan nyamuk itu perlu dibanteras sepenuhnya,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan awam Felcra Seri Bandi. Dalam operasi itu, sebanyak 30 rumah diperiksa oleh Pejabat Kesihatan Kemaman diketuai Pembantu Kesihatan Kemaman, Mohd Hairi Izwan Mohd Anuar bersama lima anggota. Sementara itu Mohd Hairi berkata, kebanyakan rumah yang diperiksa berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes dan mereka diberi notis amaran serta nasihat agar menghapuskan tempat pembiakan Aedes itu. “Melalui pemeriksaan itu juga kami mengambil sampel air bertakung yang berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes untuk diuji di makmal Jabatan Kesihatan Kemaman,” katanya.
|
18
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
namirulmukminin posted on 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takun ...
namirulmukminin posted on 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takun ...
ADVERTISEMENT