CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atap Rumah Guna Kanvas

20-5-2014 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5647| Komen: 20


Che Liah menunjukkan atapnya yang terdedah sejak dua bulan lalu selepas terbakar.


RAWANG - Seorang warga emas, Che Liah Bidin, 68, hidup beratap kanvas sejak dua bulan lalu ekoran tidak mampu menampung kos pembaikan rumah sekurang-kurangnya RM10,000.

Pada Februari lalu, Che Liah berdepan detik cemas apabila sebahagian atap rumahnya terbakar selepas berlaku litar pintas sekitar jam 6 pagi.

Dalam kejadian itu, bau asap yang kuat berjaya mengejutkannya dari tidur dan menyelamatkan nyawanya dan anak perempuan sekali gus mengawal api dari terus merebak.

Che Liah berkata, dia ada membuat permohonan bantuan di Pejabat Dun, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Peringkat awal memang mak cik ada terima bantuan hasil kutipan sumbangan RM1,000 dan duit itu digunakan untuk belanja harian sebab tiada pendapatan atau bantuan daripada mana-mana jabatan.

"Arwah suami meninggal tahun lepas dan mak cik cuma mengharapkan duit simpanannya yang masih dalam proses permohonan pengeluaran," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia mempunyai dua orang anak namun kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan.

"Anak sulung baru saja jalani pembedahan buah pinggang sementara anak perempuan tak bekerja sebab baru pulih selepas koma akibat kemalangan.

"Kalau boleh ada pihak yang sudi salurkan bantuan sebab walaupun guna kanvas tapi setiap kali hujan, air akan banjiri kawasan dapur di sini," katanya.

Katanya, dia juga mengharapkan supaya proses kelulusan di Jabatan Pusaka melibatkan proses pengeluaran dipermudah kerana menunggu terlalu lama dan amat memerlukan wang tersebut.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun BSN 14100-41-90036386-2.


Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 19-5-2014 03:38 PM
Kalu ada PRK kat kawasan mak cik ni, baru berduyun2 orang datang membantu...
Quote makton 19-5-2014 04:29 PM
kesian laa.. takkan nak tggu pilihan raya baru nak dtg bantu....
Quote shernazz 19-5-2014 04:49 PM
sape wakil rakyat neh?
kasi cucuk sket telor biar buat keje sket
Quote kakikuDibibirmu 19-5-2014 05:04 PM
siapa suruh wakil rakyat tak mati? padan muka! cuba matikan wakil takyat tu, nanti dapat PRK, dapatlah bantuan
Quote Tok_Batin 19-5-2014 05:06 PM
Semoga dapat bantuan sewajarnya daripada pihak-pihak berkaitan.
Quote batmana 19-5-2014 05:13 PM
sian makcik ni..
harap ada yg bntu..
Quote mikasa 19-5-2014 05:13 PM
Kalau ada prk...seminggu terus siap rumah baru.
Quote mikasa 19-5-2014 05:15 PM
Arwah mak mentua aku meninggal sebelum sempat bagi wasit pasal duit asb. Ambik masa 6-8 bulan jugak utk kuarkan duit simpanan
Quote Acong 19-5-2014 05:16 PM
makcik, beli insurans rumah
Quote munchkin 19-5-2014 05:21 PM
Salam takziah. Siapa wakil rakyat kat situ
Quote Anak_Nogori 19-5-2014 05:52 PM
mikasa posted on 19-5-2014 05:15 PM
Arwah mak mentua aku meninggal sebelum sempat bagi wasit pasal duit asb. Ambik masa 6-8 bulan jugak  ...

sekarang ASNB dah ada HIBAH AMANAH...
Quote Anak_Nogori 19-5-2014 05:54 PM
munchkin posted on 19-5-2014 05:21 PM
Salam takziah. Siapa wakil rakyat kat situ

Gan pei nei..dari PKR..
Quote asermullen 19-5-2014 05:57 PM
ok la tu makcik dari takdak langsung...

ok2 sory2 ... terbuat lawak pulak..
aku doakan makcik ni dimurahkan rezeki.. aminnnn
Quote munchkin 19-5-2014 11:11 PM
Anak_Nogori posted on 19-5-2014 05:52 PM
sekarang ASNB dah ada HIBAH AMANAH...

RM180 per hibah. kalau buat utk bbrp akaun pun kalau tak silap RM180. tapi nak disburse nanti percentage diambil sedikit utk pengurusan kalau tak silap.
Quote munchkin 19-5-2014 11:12 PM
Anak_Nogori posted on 19-5-2014 05:54 PM
Gan pei nei..dari PKR..

apa si gan pei nei ni boleh tolong makcik ni? dalam proses ke atau mcm mana?
Quote Anak_Nogori 19-5-2014 11:14 PM
munchkin posted on 19-5-2014 11:11 PM
RM180 per hibah. kalau buat utk bbrp akaun pun kalau tak silap RM180. tapi nak disburse nanti perc ...

oklah..kalau buat hibah dgn pejabat peguam..1% dari simpanan ASNB kita..
Quote Anak_Nogori 19-5-2014 11:16 PM
munchkin posted on 19-5-2014 11:12 PM
apa si gan pei nei ni boleh tolong makcik ni? dalam proses ke atau mcm mana?

Mmmmmm..tak payah mengharap lah kat PKR tu..baik mereka penuhkan tempolok mereka sendiri....tunggulah UMNO turun...
Quote kucingTomey 19-5-2014 11:22 PM
tunggu umno turun maknenye sampai mati la makcik tu umah begitu...
Quote munchkin 19-5-2014 11:39 PM
Anak_Nogori posted on 19-5-2014 11:14 PM
oklah..kalau buat hibah dgn pejabat peguam..1% dari simpanan ASNB kita..

tak sure pulak berapa dia amik.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.130414 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top