CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Calon DAP Di Teluk Intan Adalah 'Underdog' - Lim Guan Eng

21-5-2014 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2858| Komen: 0

Description: Dap Mendakwa Calonnya Bagi Pilihan Raya Kecil (Prk) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud Sebagai 'Underdog' Untuk Menentang Calon Barisan Nasional (Bn) Datuk Mah Siew Keong.


Calon DAP Di Teluk Intan Adalah 'Underdog' - Lim Guan Eng

GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) -- DAP mendakwa calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai 'underdog' untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata pilihan raya ini bukan mengenai rupa atau sama ada calon merupakan anak tempatan ataupun tidak, tetapi penentunya adalah mengenai isu rakyat.

Beliau berkata punca pendapatan penduduk di Teluk Intan harus menjadi keutamaan dan Dyana mempunyai keupayaan untuk berkhidmat.

"Kami adalah 'underdog' berbanding calon BN di Teluk Intan tetapi kami akan terus berjuang dan mengubahnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar Air Itam yang turut disertai calon DAP PKR Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo di sini hari ini.

Lim juga mendakwa Mah yang juga Presiden Gerakan seorang yang kaya sedangkan Dyana tidak, namun mempunyai keberanian untuk berjuang demi rakyat.


PRK Teluk Intan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan 19 Mei dengan disusuli pengundian awal pada 27 Mei serta hari pengundian 31 Mei.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata, beliau tidak akan hadir semasa pencalonan di Teluk Intan esok kerana perlu menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang.

"Saya akan hadir untuk ceramah di Teluk Intan tetapi untuk pencalonan saya tidak akan dapat hadir kerana persidangan DUN," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804348&extra=page%3D1&page=1

Bagus
6

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.032844 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top