CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lambakan Kedai Tom Yam Warga Asing

21-5-2014 12:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9844| Komen: 36


ALOR SETAR - Pertubuhan Ikatan Peniaga Kecil dan Sederhana Malaysia menggesa pihak berkuasa tempatan serta agensi penguatkuasa (PBT) memandang serius terhadap kebanjiran peniagaan restoran tom yam warga asing dekat sini.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan menyemak lesen perniagaan restoran dan gerai tom yam perlu dilakukan dengan telus bagi memastikan ia tidak ‘dialibabakan’ kepada warga asing.

Menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga tempatan yang kini terjejas berikutan lambakan restoran tom yam di negeri itu sejak kebelakangan ini dimonopoli peniaga asing dari Thailand.

“Ikhlas memandang serius isu kebanjiran peniaga warga asing di negeri ini yang dilihat berleluasa menjalankan perniagaan sehingga menjejaskan peluang penduduk tempatan.

“Sehubungan itu, kami berharap PBT meningkatkan pemantauan terhadap restoran atau gerai seumpama ini dan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kemasukan peniaga dan pekerja warga asing juga perlu diberi perhatian serius dari aspek permit kemasukan ke negara ini sebagai pekerja.

“Di samping isu lesen perniagaan yang diragui, timbul juga isu sama ada pekerja-pekerja asing yang bekerja di restoran atau gerai ini memiliki permit bekerja yang sah atau tidak, ini juga menimbulkan keraguan berhubung status kesihatan mereka.

“Ini kerana banyak kes yang melibatkan kemasukan pekerja warga asing dengan hanya menggunakan pas lawatan sosial atau pas sempadan untuk bekerja di negara kita,” katanya.

Tambah Mohd Ridzuan, pemantauan pihaknya mendapati, lambakan restoran atau gerai tom yam itu dikesan di sekitar daerah Kubang Pasu, Alor Setar, Baling, Sungai Petani dan Padang Serai.

“Boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada sahaja kedai Tom Yam dibuka di daerah-daerah tersebut. Ini menyebabkan peniaga tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan mereka,” katanya.

11

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 21-5-2014 12:06 PM
Ala.... restoran mamak yang dimonopoli warga India tu tak pulak nak bising.... Dah Tom Yam tu asal dari thai... memang la depa buat tom yam lagi best.. dapat la sambutan...
Quote kumbang7 21-5-2014 12:09 PM
mintak nak sewa gerai/kedai...buat bagi kedai xlaku/sendu last2 owner/melayu yang terpedaya pun jual dgn harga murah...
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2014 12:10 PM
Pertubuhan Ikatan Peniaga Kecil dan Sederhana Malaysia

singkatan dia apa?

PIPKES?
Quote LordMuramasa 21-5-2014 12:14 PM
ni antara hasil google utk awek kedai siam..

*kalu tiada kaitan sila abaikan







Quote rospinki 21-5-2014 12:19 PM
aah memang merata2 la byk..selang sebuah rumah kedai tomyam.

skrg tekak dh ilang gian makan tomyam..tak mcm dulu2..gila hirup kuah tomyam,time tu kat ampang sebelah petronas taman cempaka..kedai kecik2 je time tu. skrg main restoran stimbot tomyam saje! rasa takla sedap mana..yg dulu2 kedai kecik tepi jalan tu lagi ori dan kuah dia..haaarghhhh dap
Quote ell768 21-5-2014 12:19 PM
welkam to Malaysia laaa ekk..mai laa ramai2 lg masuk berniaga mcm2 kat sini..org sini seme malas2...
Quote insulin 21-5-2014 12:23 PM
Sedap ke tomyam mereka ni? Yang ku tahu, tomyam = rasa masam.
Quote OrangKita 21-5-2014 12:36 PM
kedai tomyam thai ni diorg guna bahan dr thai sendiri...
kicap,belacan,sos dll..made in thailand...sawadeekap ikan siakap
Quote annehuda 21-5-2014 12:39 PM
ade kedai thailand kt tmpt aku ni. sedap la jugak tomyam putih die. tp hari ni harga lain minggu depan harga lain minggu lagi satu harga lain. pastu pulut durian diorg plak harga tulis mcm ni 'berubah mengikut pasaran kerana durian diambil drpd kg gajah bla bla bla'. pastu caj harga tak masuk akal
Quote vespa_oren 21-5-2014 12:39 PM
Tom yam paling sedap penah rasa dkt area hulu bernam,

Sempadan perak-selangor, dia punya piyau

Smpai lepas makan terus effect kt pinggang
Quote xtahumenahu 21-5-2014 12:41 PM
kedai yindon pon manyak apa
kat tmpt aku ni...yindon pon bukak kedai tom yam tauuu...kelassss
Quote Changa 21-5-2014 12:42 PM
akak selalu dan suka makan kat santai place gombak.

sedap sangat tomyam poktek nya.
harga pun murah dan tak berkira, selalu dpt diskaun takat yg sen2 itu.
Quote Changa 21-5-2014 12:44 PM
xtahumenahu posted on 21-5-2014 12:41 PM
kedai yindon pon manyak apa
kat tmpt aku ni...yindon pon bukak kedai tom yam tauuu...kelassss

baharu semalam akak mencekik sate madura dan nasi goreng acheh kat kg sg ara.

dah macam indon sis area situ, tapi sate nya boleh tahan sedap, lembut jah daging ayam nya,
kuah pun not bad, mgm totally different la rasanya dgn sate lokal
akak ingat sate indon semua yg mcm sate padang itu jah,



Quote xtahumenahu 21-5-2014 12:52 PM
Changa posted on 21-5-2014 12:44 PM
baharu semalam akak mencekik sate madura dan nasi goreng acheh kat kg sg ara.

dah macam indon s ...

kat klang apatah lagi
multiracial
indon, bangla, nepal, myanmar...semua ada
kedai makan nepal pon ada kat sini tauuu
Quote jengkoil 21-5-2014 12:54 PM
Tomyam...3 rasa dan segala masakan siam paling sedap aku pernah makan kat taman puteri wangsa, ulu tiram jb...pelayan muka manis bab nise kerek...tapi sayang... adik tokey dah sebat buat bini dulu...

eh...ni tred PENGALAMAN MAKAN KAT LUAR  ke?
Quote rospinki 21-5-2014 12:57 PM
xtahumenahu posted on 21-5-2014 12:41 PM
kedai yindon pon manyak apa
kat tmpt aku ni...yindon pon bukak kedai tom yam tauuu...kelassss

haaii..mamak bukak tomyam pun ade apa. tpi yg ada ni dia gaji local masak..ada satu dulu kantin apartment kt umah tu..bangla nama mirash..igt lagi aku nama budak bangla tu..dia masak tomyam ko..tapi pakai cube ja. apa barang!!
Quote mrseller 21-5-2014 01:01 PM
Sekaramg yinddia pun masuk tomyam la deyyy....what the fish!!!
Quote lkick2113 21-5-2014 01:04 PM
org luar semua kata malaysia lubuk emas, org malaysia sundri hina negara sundri ketahap hina sehina-hina nya dan menyalak kerajaan zolim kehulu keliliaq....

lkick~typical Malaysian...
Quote asermullen 21-5-2014 01:12 PM
sambutan dari pelanggan jadi punca.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070440 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top