CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

"Saya Tidak Pernah Tolak Hudud" - Dyana

23-5-2014 10:22 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 34380| Komen: 405

"Saya Tidak Pernah Tolak Hudud" - Dyana

TELUK INTAN 22 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya mempertikai dakwaan beliau telah menolak hudud seperti yang beliau katakan sebelum ini.

Beliau berkata beliau tidak pernah menolak hudud dan meminta untuk para hadirin yang hadir ceramah untuk membaca kenyataan beliau sebelum ini

"Saya tidak pernah tolak hudud. Boleh baca kenyataan saya. Terima kasih," katanya ketika segera menyahut suara daripada hadirin yang hadir ke sesi ceramah di Selebak Luar di sini, malam tadi.

Pada 19 Mei lalu, Dyana tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di negara ini dan akan tetap berpegang dengan pendirian partinya yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun, Dyana dalam satu temubual oleh sebuah portal berita baru-baru ini menafikan menentang hukum itu secara sendirinya.

PAS sebelum ini berhasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat pada Jun ini bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dilaksanakan di Kelantan.

Bagaimanapun hasrat itu ditangguh bagi membolehkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan seperti yang dicadangkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 23-5-2014 07:41 AM
Putar alam jugak deyana sepiah ni....tapi tk heranlah....anak didik kit siang
Quote OmJualGas 23-5-2014 07:47 AM
Yakini BN, Panda didahulukan.
Quote tupaiterbang 23-5-2014 07:58 AM
Last edited by tupaiterbang on 25-5-2014 09:19 AM

Quote makton 23-5-2014 08:01 AM
wat eber la deyana oiiiii... pening arrrr dgn stetmen ko ni
Quote highcastle 23-5-2014 08:04 AM
Aku rasa Dyana ni belum matang lah ngan politik Malaysia.. Aku dok risau atas tekanan nanti dia akan keluar jadi Bebas atau join parti lain.. Aku harap dia kena banyak belajar.
Quote yipun_78 23-5-2014 08:04 AM
dia stuck kat tengah, antara nak dapat undi melayu gunakan hudud nk dapat undi lain2 bangsa kene tunjuk x pro hudud... selamat belajar dunia politik ye Dyana
Quote yipun_78 23-5-2014 08:06 AM
highcastle posted on 23-5-2014 08:04 AM
Aku rasa Dyana ni belum matang lah ngan politik Malaysia.. Aku dok risau atas tekanan nanti dia akan ...



takkan tinggalkn DAP nya, mereka dah melabur banyak untuk dia kan? Mentor dia dh berusaha nak bagi kawasan ni kat dia dgn mengenepikan mereka yg lain kat Telok Intan.. takkanlaaaa
Quote Muntz 23-5-2014 08:07 AM
Jelas apa yg dia maksudkan. Dia menentang perlaksaaan hudud di Malaysia, sbb kat Malaysia nie pendakwaraya pun boleh pilih2 siapa yg dia nak dakwa, nak rayu bagai. Tapi dia tak menentang hudud. Kenapa ramai yg confuse pulak? Ker takleh hadam byk sangat ayat?
Quote cmf_acura 23-5-2014 08:11 AM
bukan x boleh hadam....saja nak amik advantage politik....putar selagi boleh.....lepas tu salahkan pas...macam x biasa pulak
Quote highcastle 23-5-2014 08:13 AM
yipun_78 posted on 23-5-2014 08:06 AM
takkan tinggalkn DAP nya, mereka dah melabur banyak untuk dia kan?  Mentor dia dh berusaha n ...

Itulah aku cakap, kalau dia tak tahan dengan tekanan politik benda ni tak mustahil berlaku.. Kan dah ada di kalangan ahli DAP melayu yg keluar parti. Secara jujur kalau tak kerana penampilan dia yg agak "menawan", dia ni biasa2 aje. Cuma yg menarik pertandingan kali ini ialah Parti BN (mewakili melayu) calonnya cina & DAP (mewakili cina) calonnya melayu..
Quote highcastle 23-5-2014 08:16 AM
Muntz posted on 23-5-2014 08:07 AM
Jelas apa yg dia maksudkan. Dia menentang perlaksaaan hudud di Malaysia, sbb kat Malaysia nie pendak ...

Benda ni biasak lah Muntz, dulu isu tanjak salib Tengku Razaleigh terus Semangat46 bungkus, disebabkan zaman tu x de internet dan kesedaran politik kita masih lapuk. Sib baik skg ada internet bagi mendapat penjelasan..
Quote yipun_78 23-5-2014 08:19 AM
Muntz posted on 23-5-2014 08:07 AM
Jelas apa yg dia maksudkan. Dia menentang perlaksaaan hudud di Malaysia, sbb kat Malaysia nie pendak ...



then dia sebagai loyer dlm pakatan patut membantu pelaksanaa hudud ni dgn kemaskan lagi struktur law dlm hudud mengikut perkemabngan dan selari dgn apa yg PAS dah bentuk... dia menentang pembentangan hudud di Parlimen nanti katanya ... ke dia nk propa amik ati sebab dah silap cakap?
Quote yipun_78 23-5-2014 08:19 AM
highcastle posted on 23-5-2014 08:13 AM
Itulah aku cakap, kalau dia tak tahan dengan tekanan politik benda ni tak mustahil berlaku.. Kan d ...



ironi kan?
Quote yipun_78 23-5-2014 08:21 AM


dia loyer pon bagi statement mengelirukan pastu nk suh org baca kenyataan dia pulak.. ke naik pentas PAS cakap lain, naik platform DAP lain lak pemahaman dia nk pengundi tau? ummmm
Quote totokreturn 23-5-2014 08:22 AM
OmJualGas posted on 23-5-2014 07:47 AM
Yakini BN, Panda didahulukan.

"BN MENANG, PANDA SENANG"

Pm panda.
Quote cmf_acura 23-5-2014 08:26 AM
meh kita buat parti panda....comfirm menang
Quote totokreturn 23-5-2014 08:28 AM
yipun_78 posted on 23-5-2014 08:19 AM
then dia sebagai loyer dlm pakatan patut membantu pelaksanaa hudud ni dgn kemaskan lagi strukt ...

M7ntak maaf laa kak yip, saya sgt tergelak ngan macai umno samada mereka ada masalah pemikiran atau kecacatan kekal pemilihan tak tahu laa nak ckp sebab mereka tak dapat bezakan antara parti dap dan pas, parti islamik dan liberal.... antara dap dan mca, gerakan..parti perkauman dan semua kaum....

Jadi saya tergelak beberapa hari bila macai2 umno melalak, kenapa diana tolak hudud,  kenapa diana tak pakai tudung... suh tolak diana dan nak suh pangkah sapa..? Ustaz Mohd mah siew tuh dari parti islam gerakan...? Bila kenangkan soalan macai umno teringin nak buat soalan pada ustaz mohd mah siew, kenapa tak laungkan hidup melayu...? Nampak tak kebodohan kat situ...
Quote highcastle 23-5-2014 08:31 AM
yipun_78 posted on 23-5-2014 08:19 AM
then dia sebagai loyer dlm pakatan patut membantu pelaksanaa hudud ni dgn kemaskan lagi strukt ...

Susah jugak Kak, dia mewakili DAP.. cuma bagi aku dalam persoalan hudud ni merupakan "bola tanggung" bagi UMNO untuk smash kat PAS atau DAP.. Jadi sepatutnya Dyana kena buat kenyataan yg tak mengelirukan. Tahu ajelah putar belit paper pro kerajaan.. Tv1, Tv2, tv3, Utusan dan byk lagi semua mewakili BN............ Last edited by highcastle on 23-5-2014 08:33 AM

Quote cmf_acura 23-5-2014 08:37 AM
bagi umno kalau parti lain tolak hudud..x boleh....tapi kalau mereka...boleh pulak....aku pun confius pendirian dlm hudud...lani..dok nak sokong hudud...pulak..tapi suruh undi cina pulak...

Lihat semua komen(405)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.064965 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top