CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Melayu Penegak Panji Hitam Dari Timur

23-5-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25201| Komen: 29



MELAYU PENEGAK PANJI HITAM DARI TIMUR

Sabda Nabi SAW :

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun keadaannya seperti merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)






Untuk menghuraikan mengapa Melayu dikatakan Penegak Panji Hitam Dari Timur maka kita perlu menghubung kaitkan fakta;

1. Bagaimana Cara dan Kaedah pemeliharaan Allah SWT keatas Agama Islam dari permulaan manusia iaitu Nabi Adam hinggalah keakhir zaman. Yangmana manusia adalah sebagai Pendokong Agama Islam. Inilah AMANAH yang di tanggung manusia yang mengangkat manusia sebagai Khalifah Allah di dunia.


2. Bagaimana Cara dan Kaedah Kesinambungan Agama Islam dapat dipelihara hingga ke akhir zaman. Firman Allah:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al Hujurat 13)

Ke 2-2 fakta ini jawabannya ialah manusia. Manusia yang menjadi alat sebagai Pendokong, Pemelihara dan Penyambung Agama Islam hingga ke akhir zaman.
1. Dari Nabi Adam dan Hawa - Diri/Manusia Pendokong Agama
2. Dari Nabi Idris dan segala keturunannya - Kaum Pendokong Agama
3. Dari Nabi Nuh dan segala keturunannya hingga sekarang - Bangsa Pendokong Agama.

Hakikatnya semua manusia sebagai Pendokong Agama atau Penanggung Amanah Allah. Walaupun ada manusia yang engkar. Ini bukanlah persoalannya. Jawaban kepada yang engkar ialah Neraka iaitu diakhirat.

Sebenarnya maksud dan matlamat Allah ciptakan manusia dari 1 diri dan berpasangan, berkembang biak menjadi Kaum/Suku Manusia dan akhirnya berkembang biak menjadi Bangsa Manusia adalah sebagai PENDOKONG AGAMA(AMANAH) ISLAM.

Oleh itu, untuk memperkatakan dan membuktikan Bangsa Melayu sebagai Penegak Panji Hitam  Dari Timur maka kita mesti memulakan bagaimana kitaran mula wujudnya Bangsa manusia di dunia untuk Allah menyusun dan membentuk bagi melahirkan Bangsa Melayu sebagai Bangsa Pendokong Agama dan Bangsa Penegak Panji Hitam Dari Timur.

PERINGKAT KEWUJUDAN MANUSIA DI BUMI
1. Peringkat Permulaan
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Akhir

1. Peringkat Permulaan
Kewujudan manusia di bumi, di mulai oleh Nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Penghidupan mereka peringkat ini melalui hidup dan berumur panjang. Sehingga wujudnya Kisah Habil dan Qabil seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran.

Penghidupan peringkat permulaan ini disambung oleh Nabi Idris as. Nabi Idris a.s juga melalui penghidupan yang panjang. Tetapi oleh kerana panjangnya masa berjalan dan berkembang biaknya manusia di bumi maka penghidupan manusia sudah banyak yang lari dari Maksud dan Matlamat Hidup dibumi iaitu untuk Mengabdikan Diri kepada Allah SWT.

Peringkat Permulaan kehidupan manusia diakhiri oleh Peristiwa Banjir Besar yang menenggelamkan bumi akibat dari kekufuran manusia terhadap Allah SWT. Kekufuran manusia ketika itu boleh dilihat dari kisah dan Sirah Nabi Nuh a.s. Sehingga dinyatakan bahawa Nabi Nuh a.s membuat Usaha Dakwah selama 900 tahun dan hasilnya beberapa kerat manusia sahaja yang Beriman dengan Nabi Nuh a.s. Semua kisah ini dijelaskan didalam Al Quran dalam Surah Nuh a.s dan Surah-surah lain.

2. Peringkat Pertengahan
Peringkat Pertengahan manusia dimulai oleh umat Nabi Nuh a.s yang beriman. Setelah Nabi Nuh a.s melalui masa Dakwah yang terlalu panjang dan penghidupan manusia telah melewati batasan hamba, kekufuran manusia telah sampai kekemuncaknya. Maka bumi telah menjadi kotor untuk dihuni oleh manusia yang beriman dan makhluk yang sentiasa memuja-memuji Allah SWT. Oleh itu sebagai balasan dan cara untuk membersihkan bumi dari kekotoran hasil dari kekufuran manusia maka Allah SWT telah menurunkan bala dalam rupa banjir besar yang menenggelamkan keseluruhan bumi. Termasuklah gunung yang ditempatkan Bahtera Nabi Nuh a.s. Dinyatakan bahawa hanya 8 puncak gunung sahaja yang tidak tenggelam

Dalam Nabi Nuh a.s membuat usaha Dakwah itu, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Nuh a.s membina sebuah Bahtera atau Kapal di atas Gunung Judy. Dinyatakan bahawa sehingga saat-saat bumi ditenggelamkan, Nabi Nuh a.s terus berdakwah kepada umatnya, agar naik kebahtera. Tetapi inilah gambaran manusia yang kufur, tetap engkar dan keras hati. Sehingga orang yang terakhir Nabi Nuh a.s berdakwah adalah isteri dan seorang anaknya, yang tenggelam dan mati dalam banjir besar itu

Bumi telah dicuci dan bersih dari manusia-manusia yang kufur kepada Allah SWT. Maka yang menjadi Kesinambungan Agama ialah manusia-manusia yang berada didalam Bahtera Nabi Nuh a.s. Dan manusia-manusia yang berada didalam Bahtera Nuh a.s jugalah yang menjadi Bapa dan Ibu yang mengembang biakkan zuriat, keturunan dan titisannya. Dan manusia-manusia inilah disebut sebagai Bapa dan Ibu Bangsa. Dari manusia-manusia inilah manusia yang ada sekarang dan sehingga bumi ini dikiamatkan oleh Allah SWT.

Dinyatakan hanya seramai 82 makhluk termasuk Iblis dan isterinya saja yang selamat dan berada didalam bahtera Nabi Nuh as.

Oleh itu Usul Manusia ialah dari Nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Usul Kaum/Suku Manusia bermula dari Nabi Idris dan Usul Bangsa Manusia adalah bermula dari Nabi Nuh as. Maka hasil dari banjir ini jugalah untuk Allah mengembang biakkan manusia menjadi Bangsa.

Seperti Firman Allah SWT ;
“Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum untuk kamu saling kenal mengenal antara kamu”

Bila berlaku banjir besar, bumi telah menjadi kosong dari penghuninya iaitu manusia dan jin engkar. Tetapi kerja-kerja agama yang diletak dan diamanah pada bahu manusia tetap dan mesti diteruskan.

Maka belayarlah Nabi Nuh a.s untuk menyambung usaha Dakwah selama 300 tahun lagi iaitu dengan menempatkan manusia-manusia yang selamat ketika banjir ditempat yang Allah SWT perintahkan. Tempat – tempat itu ialah diatas puncak gunung yang tidak ditenggelamkan semasa banjir besar. Dinyatakan puncak gunung itu ialah 4 disekitar jazirah Arab dan jazirah Afrika dan 4 di jazirah Khurasan dan jazirah Melayu. Puncak Gunung yang ditempatkan anak-anak Nabi Nuh a.s ialah di 4 puncak gunung didunia iaitu 1 di utara, 1 ditimur, 1 diselatan dan 1 dibarat.

>> Dinyatakan anak Nabi Noh as yang selamat adalah 12 orang, tetapi anak2 yang mengembang biakkan bangsa hanya 4

Maka berakhirlah pelayaran dan usaha Dakwah Nabi Nuh a.s dan pelayaran itu berakhir di Gunung Ararat, Timur Turki. Maka Nabi Nuh a.s menghabiskan umur baginda selama 1200 tahun untuk menyempurnakan Perintah Allah dan kesinambungan usaha Dakwah itu diteruskan oleh keturunannya.





Di nyatakan;
(1) Nabi Nuh - menyediakan Tempat Bangsa.
(2) Nabi Ibrahim - menyediakan Budaya Bangsa.
(3) Nabi Musa - menyediakan Bahasa Bangsa.
(4) Nabi Isa - menyediakan Peranan Bangsa Pendokong Agama.
(5) Nabi Muhammad SAW – merumuskan dan menyelaraskan keseluruhan peranan yang dibuat oleh ke4-4 Rasul dari segi tempat, budaya, bahasa dan peranan bangsa pendokong agama

Perkiraan Dalam Islam;
(1) Jarak masa Nabi Noh a.s > Nabi Ibrahim a.s - 500 tahun
(2) Jarak masa Nabi Ibrahim a.s. > Nabi Musa a.s. - 500 tahun
(3) Jarak masa Nabi Musa a.s. > Nabi Isa a.s. - 500 tahun
(4) Jarak masa Nabi Isa a.s. > Nabi Muhamad s.a.w. - 500 tahun

Untuk Zaman pertengahan, segala usaha Dakwah diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW, sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Baginda merumus segala usaha Dakwah, segala perintah Allah untuk umat manusia.




Sepertimana Firman Allah SWT:
“Telah Kami sempurnakan Agama untukmu, hanya Kami Redha Islam sahaja sebagai Cara Hidup”

Semasa penutup zaman Peringkat Pertengahan inilah, suasana yang amat perit, sukar dan serba payah. Nabi Muhammad SAW membuat usaha Dakwah dalam suasana kehidupan Umat Manusia yang pelbagai ragam. Keseluruhan umat Nabi – nabi yang terdahulu terkumpul di zaman Baginda SAW. Seperi Bangsa Yahudi (Bangsa Yang Sesat) yang sememangnya Pembunuh Nabi-nabi, keras kepala dan banyak alasan. Bangsa Nasrani (Bangsa Yang DiMurkai) ialah bangsa yang suka menokok tambah. Bangsa Majusi (Bangsa Sesat dan dimurkai) ialah bangsa yang suka mengadakan patung-patung sembahan. Dan bermacam-macam lagi aneka perangai manusia yang Rasulullah SAW hadapi.

Walau bagaimana berat sekalipun akhirnya, Rasulullah SAW berjaya membentuk 124 000 Sahabat RA. Mekah kembali sirna dengan Cahaya Allah dan Kota Madinah dibuka sebagai Kota Islam. Dan Rasulullah SAW dan 124 000 Sahabat RA dapat mengusai ¾ dunia dan Islam memerintah. Baginda Rasul memerintah selama 33 tahun, diikuti Khulafah Ar Rasyidin 30 tahun iaitu bermula Saydina Abu Bakar 2 tahun, Saydina Umar 6 tahun, Saydina Osman 12 tahun, Saydina Ali 7 tahun.


3. Peringkat Pengakhiran
Setelahah kewafatan Rasulullah SAW, Kesinambungan Islam di pimpin oleh Khulafah Ar Rasyidin 30 tahun iaitu bermula Saydina Abu Bakar 2 tahun, Saydina Umar 6 tahun, Saydina Osman 12 tahun, Saydina Ali 7 tahun

Sabda Nabi SAW:
Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sg. Fhurat surut (digelar sg Tikrit) dan kelihatan satu gunung maka akan berlaku peperangan antara 100 orang dan 99 mati, dan masing-masing berharap agar mereka adalah 1 orang yang hidup itu … (hadith riwayat Abu Hurairah)

Kemudian disambung oleh Kerajaan Muawiyah di Damsyik, Kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Sehingga Baghdad dilanggar kaum Tartar dikatakan sehingga Sg Frurat menjadi merah darah. Selepas itu campuran antara kaum Tartar dan Arab bangunkan Kerajaan Othmaniah sehingga pemerintahan Osman Ben. Ini lebih kurang dekat-dekat dengan pembangunan Kerajaan Melaka. Jatuhnya Kerajaan Abbasyiah naiklah Kerajaan Othmaniah di Timur dan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di Nusantara.

Jika kita lihat dari putaran sejarah, Baghdad akan jatuh seperti yang berlaku pada Kerajaan Abbasyiah, kaum Tartar yang menyerang. Akhirnya Melaka peluk Islam. Hasil perkahwinan Tartar dengan Arab lahirlah Kurdish, perkahwinan Monggol dengan Arab lahirlah Turki. Bangsa ini terkenal di gunung-ganang merupakan sebahagian orang Khurasan.

Hasrat orang Eropah nak tengok Baghdad jatuh meleset (konon Tartar serang Islam boleh jatuh) malah Kerajaan Abbasyiah bertahan sehingga 400 tahun, walaupun Kerajaan Melaka dah jatuh untuk siasahkan Nusantara, maka pemerintahan Islam akan bangkit dari debu-debu kehancuran.

Peringkat Akhir ini tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah SWT. Hanya yang ada Para Sahabat, Mujadid dan Mujahid. Melalui mereka-mereka inilah peranan mengembang, menjaga dan memelihara Amanah Agama diteruskan. Merekalah orang-orang yang di amanahkan untuk Memimpin Islam di Peringkat Akhir ini.

Tanggungjawab menjaga dan memelihara AMANAH AGAMA di Peringkat Akhir ini diberi keatas BANGSA dan disebut BANGSA PENDOKONG AGAMA. Hasil usaha Nabi-nabi terdahulu dan Para Sahabat melahirkan Bangsa Pendokong Agama iaitu Arab, Afrika(Habsy), Farsi/Khurasan dan Melayu


Bangsa Pendokong Agama
Adalah bangsa yang wujud dan ditegakkan atas dasar untuk menjadi pendokong, penanggung dan menyempurnakan Amanah Allah iaitu Agama Islam. Amanah Agama Islam keatas Bangsa Pendokong Agama adalah mengikut Wilayah/Benua/Bahagian yang terwujud mengikut Pembahagian Dunia dan mempunyai Peranan Agama pada Peringkat Dunia.




1. Bangsa Arab > menguasai wilayah Barat Dunia - Ameer
2. Bangsa Melayu > menguasai Timur Dunia - Ulama
3. Bangsa Afrika > menguasai Selatan Dunia - Makmum
4. Bangsa Farsi/Khurasan > menguasai Utara Dunia - Pendekar(Tentera)

Bangsa – bangsa ini akan bergabung menjadi Satu UMMAH. Tujuan dan Peranan Bangsa Pendokong Agama ini ialah untuk meneruskan KESINAMBUNGAN AGAMA agar dapat diwariskan hingga Akhir Zaman.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 28-3-2014 05:40 PM


DELETE * Last edited by pestol on 31-3-2014 11:57 AM

Quote pestol 28-3-2014 05:43 PM


DELETE  * Last edited by pestol on 31-3-2014 11:57 AM

Quote pestol 28-3-2014 06:03 PM
[youtube]JmaZqdM2XH0[/youtube]



Quote unekspekted_XII 29-3-2014 12:28 PM
6. Melayu - Era Tamim Habibud Dari – berpusat di Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terangganu. Dunia dikuasai oleh Islam dan di Alam Melayu orang ketika itu lebih sinonim menyebut masuk Melayu maksudnya masuk Agama Orang Melayu.

2. Tanah/Bumi Pilihan
Sesungguhnya bumi Melayu adalah salah satu bumi pilihan Allah selain bumi Mekah bumi Melayu ada Terengganu Darul Iman


WTFFFF??????????????????
Quote unekspekted_XII 29-3-2014 12:34 PM
Aku boleh gelaak jee laa.. dah mcm Yahudi pulak Melayu ni.. insan terpilih konoonnn

Anyway.. hadith "anji2 Hitam" tu 1st popularised by... Al Arqam.. sekitar tahun 1986 .. aku dah bace sejak darjah 1 dlm majalah bulanan Al Arqam

Then.. now.. korang sambung pulak.. good luck next Abuya
Quote hzln 29-3-2014 01:33 PM
berangan
syok sendiri
semayang suboh pun kadang kantoi
ada hati mau jadi penegak panji2 hitam
Quote richard303 29-3-2014 03:36 PM
ohh ketiak
Quote nelayan 29-3-2014 04:13 PM


cover photo.jpg



Quote leenaz 29-3-2014 11:54 PM
bagi la kredit cilok dari blog mana
Quote apam 30-3-2014 01:04 AM
nak kene gi perang ke ni?
Quote encikWawad 30-3-2014 07:47 AM
poning baco - nabi kata dari timur
timur mana? malaysia je ke duk kat timur?
mungkin kah china? "ah.siin" timur juga kan
dimana umat islam sana lebih membiak dari malaysia
apa pun - tak lalu nak baca - banyak sangat teori
Quote BotakChinPeng 30-3-2014 12:14 PM
Penegak panji hitam dari timur bukan puak sulu babu pengecut ka ?

Aritu ada orang sulu berangan nak jadi balaci & pengkalan tentera amerika. Jadi jaguh Islam dengan menggunakan tentera kafir amerika Last edited by BotakChinPeng on 30-3-2014 12:40 PM

Quote BotakChinPeng 30-3-2014 12:21 PM
cina kafir lebih minat jadi hamba seks & GRO

@encikWawad
Last edited by BotakChinPeng on 30-3-2014 12:26 PM

Quote pestol 31-3-2014 11:53 AM
encikWawad posted on 30-3-2014 07:47 AM
poning baco - nabi kata dari timur
timur mana? malaysia je ke duk kat timur?
mungkin kah china? "a ...

ok sorry abang akan edit balik. sejadar share ni semua nk tgk komen2 anda smua mana2 yg tahu ttg ni
Quote pestol 31-3-2014 11:55 AM
richard303 posted on 29-3-2014 03:36 PM
ohh ketiak

sekadar share je la sivaji
Quote pestol 31-3-2014 11:56 AM
unekspekted_XII posted on 29-3-2014 12:34 PM
Aku boleh gelaak jee laa.. dah mcm Yahudi pulak Melayu ni.. insan terpilih konoonnn

Anyway.. hadi ...

abuya nya blog ke ni?
Quote alphawolf 31-3-2014 12:25 PM
Timur tu melayu aje ke?
Quote encikWawad 31-3-2014 12:35 PM
pestol posted on 31-3-2014 11:53 AM
ok sorry abang akan edit balik. sejadar share ni semua nk tgk komen2 anda smua mana2 yg tahu ttg n ...

Ok abang ketiak - susun molep2 - hehe
Quote pestol 31-3-2014 02:49 PM
alphawolf posted on 31-3-2014 12:25 PM
Timur tu melayu aje ke?

[youtube]JmaZqdM2XH0#t=0[/youtube]

Lain kali ada video tgk la. dulu bg paham

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071334 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top