CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2014: LHDN kutip cukai RM140.15 bilion

23-5-2014 02:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5733| Komen: 15



TELUK INTAN 22 Mei - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM140.15 bilion tahun ini, berbanding RM128.9 bilion tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan sehingga 30 April ini, sebanyak RM41.5 bilion sudah dikumpul.
Beliau juga berharap rakyat perlu melihat tanggungjawab membayar cukai sebagai satu kewajipan kepada negara dan tidak harus dianggap sebagai membebankan.
``Kita mahu rakyat melihat pembayaran cukai sebagai perkara positif dan pembayar cukai sebagai orang yang patriotik,'' katanya kepada pemberita selepas melawat cawangan LHDN Teluk Intan, di sini hari ini.


Ahmad berkata, rakyat perlu memahami bahawa setiap ringgit yang dibayar melalui cukai dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan.
Sementara itu, beliau juga berpuas hati dengan kutipan LHDN cawangan Teluk Intan yang berjaya mengutip RM350.5 juta tahun lalu, berbanding RM328 juta pada 2012.
``Terdapat 85,296 pembayar cukai termasuk individu dan syarikat di Teluk Intan. Saya ucapkan tahniah kepada LHDN cawangan Teluk Intan,'' katanya.

Menyentuh mengenai kedudukan daya saing Malaysia yang meningkat tiga mata ke tangga ke-12 dalam kalangan 60 negara (Laporan Tahunan Daya Saing Dunia), beliau berkata ia menunjukkan bukti kukuh pencapaian baik kerajaan pimpinan BN.

Tahun lepas Malaysia menduduki tempat ke-15 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia, yang dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan berpangkalan di Switzerland. 

14

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kumbang7 22-5-2014 05:54 PM
untungla sape keje lhdn...bonus sampai 6 7 bulan....
Quote Czaziq 22-5-2014 05:55 PM
so tolak utang negara, spending negara pun defisit lagi..
Quote jofizo 22-5-2014 06:03 PM
ambik 2b boleh buat hiway cash.... tp bg kt kroni, rakyat kene menanggung puluhan tahun.......
Quote biosfree 22-5-2014 06:03 PM
Kalau defisit......rakyat...boleh gak.berdemo sana sini..yek...sampai...bersih pn...ada versi....hebat jg defissit kat malaysia nih
Quote naina 22-5-2014 06:50 PM
wow byknye..beratus bilion..
1 bilion : 1000 juta
100 bilion?? kiralah sendiri
Quote semerbak 22-5-2014 06:59 PM
RM140.15 bilion ,Puyoo,banyak giler.
Ini kutip dari sapa yea,penyokong BN aje ke.
Patutlah selama ini dia orang boleh ungkit jangan guna sekolah atau jalanraya
yang dia orang buat.
Quote Peterpan17 22-5-2014 07:09 PM
semerbak posted on 22-5-2014 06:59 PM
RM140.15 bilion ,Puyoo,banyak giler.
Ini kutip dari sapa yea,penyokong BN aje ke.
Patutlah selama  ...


Hahaha! Yalah tu. Rata2 penerima BR1M tu
Quote myvios 22-5-2014 07:12 PM
byk nye.. amik sikit buat bayar sewa panda lagi sepasang la...
Quote tripple_M 22-5-2014 10:47 PM
pncpaian terbaek pala hotak ang!!!
kedaqah duit org mau x tbaik.
pnat2 org keja bg kt hampa..pastu uruskan duit beli panda..
awat xbeli babi sekandang??pastu bela dlm kondo kak jat??
phuiiii..cmna la rkyt xktuk hmpa..urus wang ngara ke arah hancur!!!
tgktkn infrastruktur..
atasi msalah jem n basmi kmiskinan
Quote MelahJanda 22-5-2014 10:52 PM
Woi
Belum kira refund tu
Jgn terpedaya dgn angka
Hahaha
Quote R2D2 22-5-2014 10:54 PM
Hasil kutipan zakat seluruh negara pada tahun lepas berjumlah RM1.87 bilion
Quote huJanBaTu 22-5-2014 10:58 PM
bulan satu aku pulun byr zakat utk dpt refund...
tak patriotik kah aku??
Quote ikan_kaghing 22-5-2014 11:48 PM
Aku syak lepas ni

muncul la puak-puak ultra kiasu dengan

muka tebalnya terhegeh-hegeh

klaim depalah penyumbang utama cukai.
Quote sup@rm@n 23-5-2014 01:01 AM
Duit banyak tapi gomen boros.
Quote nurul_akmar 24-5-2014 02:36 PM
masa pilihanraya kajang, hari2 cter pasal kajang. hari2 puji kajang. la ni teluk intan , hari2 cter pasal teluk intan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top