CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Suzuki Kizashi !!

23-5-2014 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14759| Komen: 3





KIZASHI merupakan kereta saiz pertengahan yang dikeluarkan pengeluar kenderaan kompak popular Jepun, Suzuki.

Selepas diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal kemunculannya pada tahun 2009, Kizashi dibawa ke dalam pasaran Jepun pada tahun yang sama sebelum memasuki beberapa buah negara lain.

Nama Kizashi membawa maksud “sesuatu yang besar akan datang” atau “petanda” dalam bahasa Jepun. Selari dengan namanya, Suzuki berhasrat untuk menjadikan Kizashi sebagai model sedan perdana bagi jenama itu.

Pengedar jenama Suzuki di Malaysia, Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) telah membawa varian Kizashi untuk bersaing dalam segmen D automotif pada suku pertama 2012.

Pada awal pengenalannya, Suzuki dilihat cukup berani mencuba nasib untuk bersaing dalam segmen yang dikuasai oleh jenama berprofil tinggi seperti Honda, Toyota, Volkswagen dan beberapa lagi jenama bertaraf antarabangsa termasuk jenama dari Korea yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna kenderaan di Malaysia.


Namun, Suzuki yakin Kizashi mempunyai kelebihan dari segi rekaan badan yang lebih kompak dan faktor keunikannya.

Baru-baru ini, SMA memperkenalkan varian Suzuki Kizashi 2.4L Sport edisi terhad berwarna hitam matte.

Varian sedan eksekutif edisi terhad ini menerima sentuhan yang lebih sporty pada bahagian luaran dengan kesan yang unik untuk menonjolkan karakternya yang tersendiri. Dengan padanan warna hitam matte, Kizashi tampak lebih berani dan berkarakter.

Suzuki Kizashi edisi terhad dikuasakan oleh enjin petrol berkuasa 2.4 liter DOHC empat silinder sebaris yang menyediakan kuasa 178PS dan 230Nm tork.

Kuasa enjin tersebut dipindahkan melalui transmisi automatik enam kelajuan CVT.

Pada bahagian ruang dalaman, edisi terhad ini didatangkan dengan sistem hiburan terkini In Car Entertainment (ICE) yang terdiri daripada sistem audio 2-Din dengan skrin sentuh, sistem Navigasi, kamera undur HD dengan mod malam dan bunyi sistem audio yang dipertingkatkan.

Kesemua peningkatan yang diberikan adalah semata-mata untuk menambah keseronokan pemanduan.

Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, Keiichi Suzuki menyatakan peningkatan yang diterima Kizashi adalah berlandaskan slogan Suzuki, “Way of Life!”.




“Suzuki Kizashi edisi terhad boleh didapati secara eksklusif hanya di Malaysia sahaja. Saya yakin model ini mampu memenuhi cita rasa mereka yang sedang mencari sesuatu yang sangat istimewa dan berbeza daripada yang lain.

“Aksesori model edisi terhad ini bernilai lebih daripada RM9,000 dan hanya boleh didapati dengan pembelian model tersebut,” kata Keiichi.

Model edisi terhad yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan keselamatan standard termasuk sistem brek anti-kunci (ABS), sistem agihan brek elektronik (EBD), beg udara SRS dan sistem Program Kestabilan Elektronik (ESP) dengan kawalan cengkaman.

Varian Kizashi premium ini boleh didapati dalam versi Sport dengan harga RM158,207,20 termasuk insurans. Warna hitam matte adalah pilihan opsyen, manakala keseluruhan aksesori edisi terhad tidak boleh dibeli secara runcit.

SMA turut menawarkan rebat tunai sehingga RM30,000 (sementara stok masih ada) dan jaminan selama 3 tahun atau 100,000 kilometer (km) perbatuan atau mana-mana yang datang dahulu.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duniaku85 22-5-2014 03:58 PM
minatttt.tp mahalnyerrr. 2.4L mmg lajuuu la
Quote richard303 29-5-2014 08:58 AM
nice ass
Quote dualchicks 29-5-2014 03:52 PM
model lama laaa nih....takde model baru ke...sejak tahun 2009 tuh...sekrg dah 2014...keta lain dah baper kali tukar facelift dan model baru

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036745 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top