CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Beradik Yatim Piatu Tidak Akan Dipisahkan

26-5-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2138| Komen: 0


Lima beradik yatim piatu tidak akan dipisahkan

TANJUNG MALIM 24 Mei – Wajah sayu lima beradik yang kematian ibu bapa mereka dalam nahas ngeri di ibu negara semalam cukup meruntun hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Mungkin anak bongsu pasangan itu yang baru berusia tiga tahun, Nur Auni Safia tidak mengerti apa-apa namun kakak dan abangnya sudah faham bahawa mereka kini tiada lagi tempat bermanja dan kasih sayang.

Ahli keluarga dan saudara mara terdekat yang mengunjungi rumah keluarga pasangan itu, Allahyarham Jefri Mohd. Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai dekat sini hari ini tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap wajah kelima-lima anak mereka yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata.

Bagi memastikan hubungan lima beradik itu tidak terputus, ahli keluarga mangsa yang kini menjadi waris kanak-kanak itu bertekad untuk tidak memisahkan kesemua mereka.


Waris Allahyarham menyifatkan, walau apa cara sekali pun, mereka akan menjaga adik beradik berkenaan supaya dapat membesar bersama-sama.

Zainah Mohd. Zain, 44, adik kepada Allahyarham Jefri berkata, dia tidak rela melihat anak-anak arwah abangnya dipisahkan seperti dihantar ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan.

Katanya, mereka akan berbincang untuk menentukan siapa yang akan menjaga adik-beradik itu, juga sama ada terus tinggal di Cheras atau berpindah ke kampung asal keluarga mereka di Sungkai.

“Buat masa ini kami belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga mereka. Selepas selesai majlis kenduri dan tahlil arwah abang saya, baru kami akan berbincang mengenainya.

“Kami juga perlu berbincang dengan keluarga arwah kakak ipar saya yang tinggal di Tanjung Malim. Mungkin kelima-lima mereka akan terus menetap di Cheras kerana arwah bapa mereka sudah pun memiliki rumah di sana, lagipun mereka bersekolah di sana,” katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat hari ini.

Allahyarham Jefri, seorang juruteknik syarikat swasta bersama Noorsalawati maut setelah digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir dalam nahas ngeri di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.

Selain Nur Auni Safia, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10, dan Norshamini, 4.

Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat selepas solat Isyak semalam.

Zainah memberitahu, arwah abangnya adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan adik beradiknya.

Menurutnya, hubungan arwah abangnya yang mesra dengan panggilan ‘Yob’ dengan adik-beradik begitu erat apatah lagi rumah mereka di Cheras terletak berdekatan.

“Hubungan saya dengan anak-anak arwah abang saya juga begitu erat. Saya tidak tergamak untuk memisahkan mereka. Mereka begitu rapat terutama Norshamini dan Nor Auni Safia yang tidak boleh berenggang.

“Selepas ketiadaan abang sulung kami, saya sebagai anak yang paling tua daripada enam beradik yang masih tinggal akan menjadi pengganti kepada arwah dalam urusan keluarga kami,” katanya.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=805675
7

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.112999 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top