CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dyana Isytihar Keluar Perkasa

27-5-2014 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5470| Komen: 19

Ibu Dyana isytihar keluar PERKASA


Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu.


Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan.

Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan.

Ditanya mengenai pembabitan awalnya dengan PERKASA, Yammy berkata beliau menyertai NGO tersebut kerana Umno dilihat lemah pada masa itu.

"Saya akui saya terlibat dalam PERKASA untuk bantu orang Melayu, sebab kita tengok Umno dah lemah dah dalam membela Melayu.

"Apabila dia dah ditubuhkan, (saya seperti melihat) akhirnya PERKASA lari daripada tujuan awal. Bukan saya seorang saja yang keluar (dari PERKASA)," katanya.

Jelasnya, beliau melihat PERKASA lebih banyak menyertai politik dan bukannya sebagai NGO Melayu.

"Dia dah lebih kepada politik. Pada peringkat awalnya dia ditubuhkan (sebagai) NGO Melayu, apabila dia dah (masuk ruang) politik, kita tak nak lah," katanya lagi.

Tambahnya, beliau hanya memberitahu Dyana perkara itu "baru-baru" ini.

Beliau tidak membincangkan mengenai isu tersebut dengan Dyana sebelum ini kerana anak gadisnya itu sedang sibuk belajar pada masa itu.

"Baru-baru ini saja (beritahu Dyana), sebab saya dengan Dyana pun jarang bercakap pasal ini dan dia pun belajar, jarang dengan saya," katanya.


4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudajantan77 27-5-2014 03:13 PM
Adakah bangsa Melayu ni bangsa yang boleh diharap?
Quote slippergombak 27-5-2014 03:16 PM
kudajantan77 posted on 27-5-2014 03:13 PM
Adakah bangsa Melayu ni bangsa yang boleh diharap?

bangsa melayu UMNO...?? jangan harap laa..
Quote huJanBaTu 27-5-2014 03:17 PM
perkosaa...aum.aum.aum
Quote annehuda 27-5-2014 03:18 PM
perkasa sama pekida tu sepatutnye tak payah wujud pun takpe. ade pun memalukan melayu je
Quote zidane_ziege 27-5-2014 03:19 PM
Belum kawin, cun mcm artis, ex uitm, anak org kuat umno & ahli perkasa..apa lagi melayu mau?
Quote slippergombak 27-5-2014 03:23 PM
annehuda posted on 27-5-2014 03:18 PM
perkasa sama pekida tu sepatutnye tak payah wujud pun takpe. ade pun memalukan melayu je

dah nama persetubuhan pembela melayu.. bagi laa semua melayu masuk.. takyah politik2 nih khas untuk melayu.. tapi keahlian hanya pada ahli UMNO jerk.. sokong pembangkang kalu.... musti wajib dinista, keji dan dihalau kuar dari persetubuhan.... natang cadburry betul laa..
Quote jeeja07 27-5-2014 03:38 PM
Mak ke anak ke nak tanding nii..
Quote girlspretty 28-5-2014 07:44 AM
kalau ye pon nak kuar parti ..tak payah nak hina sangat org melayu ok..makcik
Quote mak_wa95 28-5-2014 07:50 AM
UMNO...........macam2 ada
Quote nikaido 28-5-2014 08:11 AM
girlspretty posted on 28-5-2014 07:44 AM
kalau ye pon nak kuar parti ..tak payah nak hina sangat org melayu ok..makcik

bodoh membaca pun x reti. mana ada dia hina melayu. dia cuma keluar dr NGO shj. Perkasa bukan parti.
Quote girlspretty 28-5-2014 08:14 AM
nikaido posted on 28-5-2014 08:11 AM
bodoh membaca pun x reti. mana ada dia hina melayu. dia cuma keluar dr NGO shj. Perkasa bukan part ...


org mcm kau memang tak reti beradab ker klu na cakap.. jgn sebab politik kau jadi kurang ajar.. takkiralah kau ni parti apa .. beradab sikit
Quote BungaSaffron 28-5-2014 08:38 AM
macai detected
Quote AHMADVW 28-5-2014 08:41 AM
harapnya abg/adik laki dyana xde join pekida,

pekasa, pekida isma, jati, 3 line smua dibwh pertubuhan yg sama,
tuka nama shj
rasist yg amat
Quote DTECCONAN 28-5-2014 08:42 AM
ala PKR tu lagi teruk, sebulan sekali org keluar

yg keluar mengundi tu pun x sampai 100 ribu
Quote Eljie 28-5-2014 10:11 AM
mana-mana kau la makcik..
Quote BungaSaffron 28-5-2014 11:15 AM


cilok dari page cai



Quote hzln 28-5-2014 11:26 AM
betapa hambarnya  publisiti utk mah siew keong
jgn kata nak lawan publisiti utk dyana
nak lawan dgn makcik yam punya publisiti pun tak mampu

Quote kecimpret 29-5-2014 12:09 PM
x dpt serang calon..dpt serang mak calon pun jadi laaaaaa
Quote Al-Patih 29-5-2014 12:36 PM
oreng ketuo Perkosa dan Isma...dari pantai timur ....????? sekor pasai hok melayu ...sekor pasai hok Islam ...bende apoh neh..simpang ajo idologi kat nogri masing masing le.....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.098998 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top