CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anggota Polis Letak Kaki Di Hajar Aswad Dikecam

29-5-2014 05:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13030| Komen: 95

Seorang anggota polis meletakkan kakinya di Hajar Aswad ketika berkawal di Kaabah, sehingga mengundang kecaman pelbagi pihak termasuk Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abduilah. 

RIYADH 28 Mei - Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah marah terhadap gelagat seorang anggota polis yang meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, di sini baru-baru ini.

Menurut laman web arabnew,com, gabenor itu menggesa Ketua Polis Mekah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan atas perbuatannya itu.

Perbuatan anggota polis tersebut yang meletakkan kakinya di kawasan Hajar Aswad itu tersebar luas di media sosial.

Putera Mishaal mengarahkan ketua polis supaya mengadakan kempen kesedaran khas kepada anggota keselamatan, tentera dan pegawai awam yang bekerja di kedua-dua masjid suci (Masjidil Haram dan Masjid Nabi) bagi menghormati kesucian di kawasan sekitar kedua-dua masjid itu serta berurusan dengan jemaah secara sopan.

Beberapa orang penulis blog Arab Saudi, mengutuk tindakan anggota polis itu dengan berkata, seseorang yang tidak menghormati tempat-tempat suci tidak harus dilantik bagi menguatkuasakan undang-undang dan berkawal di tempat suci.

Seorang lagi penulis blog yang merupakan seorang pelajar di United Kingdom di bawah Program Biasiswa Luar Negeri, Raja Abdullah, menggesa pegawai-pegawai keselamatan supaya mempelajari daripada pengawal diraja Britain yang sanggup berdiri beberapa jam seperti berhala.

"Kita perlu mempunyai satu pasukan khas untuk berkawal di kedua-dua masjid suci yang mempunyai kecerdasan fizikal dan memakai uniform tentera terutama yang direka khas untuk disesuaikan dengan tempat suci," katanya.

Beliau berkata, anggota polis yang bertugas di kedua-dua masjid itu juga perlu diberikan latihan khas untuk menangani jemaah secara sopan.

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 29-5-2014 12:39 PM
kakak hanya mampu senyum sinis.
Quote nagapompuan 29-5-2014 12:40 PM
Amekkau. Jahiliyah betul sikap dan perilaku beliau. Inilah yang kita agung agungkan, ye?
Quote PostBanhammer 29-5-2014 12:41 PM
Akibat makan cadbury DNA babi lah ni.
Quote Acong 29-5-2014 12:42 PM
sembah batu ke apa?
Quote PostBanhammer 29-5-2014 12:42 PM
Kena basuh darah dia!
Quote Changa 29-5-2014 12:42 PM
ummah sunni ke syiah???
Quote atira 29-5-2014 12:42 PM
caprut ya amat polis itu
Quote Changa 29-5-2014 12:43 PM
daripada nak berbebut cium batu itu, ujung2 dok cium kaki abang polis sunni itu jah
slayak nya lah
Quote TuntungReturn 29-5-2014 12:43 PM
klo ikot sejarah arab ni bergaduh dpn kaabah..letak kaki tu ape la sgt..tapi depa tetap nmpk kaabah..melayu ke mekah x nmpk kaabah.bnyk dose kte org.walahualam..mungkin x sama islam melayu ngn arab..
Quote BotakChinPeng 29-5-2014 12:44 PM
Habis la polis lahanat tu
Quote DTECCONAN 29-5-2014 12:44 PM
Batu tu bknnya benda suci, x perlu taksub sgt la
Quote alinone78 29-5-2014 12:46 PM
Aowhhh dia nak berdiri tegak
Lenguh kaki kot

Betoi la polis ni kena berlatih macam polis Britain yang berdiri tegak macam patung
Quote jofizo 29-5-2014 12:47 PM
kalau umah melayu dah jadik perkara pelik dah berlaku kat pulih tuh......
Quote TuntungReturn 29-5-2014 12:48 PM
satu lgk melayu klo pg msjidil haram  x jumpe jln kua siap la dikatekn bnyk dose,amalan x elok....first time dtg mestila sesat.tempat bru.tpi yg kne dikatekn amalan x elok..
Quote lkick2113 29-5-2014 12:58 PM
Changa posted on 29-5-2014 12:39 PM
kakak hanya mampu senyum sinis.

betul tu kak senah...I pon senyum sinis jah...

Quote kakikuDibibirmu 29-5-2014 01:05 PM
dahulu katanya ada rowayat, umar kata kalau tak kerana Nabi sayangkan sangat hajarul aswad, dah lama dah batu tu dibuang, elok-elok elak syirik hapuskan 360 berhala, tiba-tiba biarkan satu batu cium segala

dahulu ada website konspirashit, Awloh tu tuhan bulan, itu pasal sebut labaikallahumma labbaik dan angkat tangan tunjuk ke hajarul aswad, kami datang kepadamu ya Awloh, tempat lain Awloh tak ada ke? ke batu jugak?
Quote zaidi_jb 29-5-2014 01:06 PM
TuntungReturn posted on 29-5-2014 12:48 PM
satu lgk melayu klo pg msjidil haram  x jumpe jln kua siap la dikatekn bnyk dose,amalan x elok..:sle ...

Ko tak kena batang hidung sendiri, bolehlah cakap, dah kena baharulah sedar. Mutawwif yang pergi beratus-ratus kali pun bila di sana ia cakap besar dan angkuh pun boleh sesat...Kehendak Allah....

Quote TuntungReturn 29-5-2014 01:08 PM
zaidi_jb posted on 29-5-2014 01:06 PM
Ko tak kena batang hidung sendiri, bolehlah cakap, dah kena baharulah sedar. Mutawwif yang pergi b ...

kn aku dh ckp..bukan soal ckp besar ke x.soalnye sekaranf pemikiran org melayu..ang klo sesat kt sne.agak2 org kte ape kt ang?
Quote zaidi_jb 29-5-2014 01:08 PM
Aku rasa thread ni bakal jadi bahan umpatan dan kejian terhadap Islam.....Takpelah semoga semuanya diberi kesedaran dan rahmat Allah.....topik ni boleh sahaja berbincang secara hikmah tp pastinya akan menjadi hinaan terhadap agama Islam....

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.147171 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top